Carrie Junior Baby Hair & Body Wash
Sabun dan syampu untuk anak-anak
Tiga anak saya gunakan sabun ni, boleh diganakan sebagai sabun badan dan juga dijadikan sebagai syampu rambut. Masa anak saya kecil, saya gunakan sabun badan biasa tapi kulit anak saya akan jadi merah dan gatal-gatal. Tapi sejak saya bertukar kepada carrie junior ni, merah dan gatal-gatal tiada lagi. Sampai sekarang anak saya sudah berumur enam tahun malah adik-adiknya juga menggunakan sabun carrie junior ini.
Clearblue Digital Pregnancy Test with Conception Indicator
Alat pengesan kehamilan digital terbaik.
Sangat berguna untuk mengesahkan anda hamil atau tidak. Siap paparkan berapa minggu anda sudah hamil. Setakat ini, sudah tiga kali saya belikan product ini untuk isteri saya menguji kehamilan masa mengangdungkan ketiga-tiga anak saya. Memang puas hati guna produk ni. Ketiga-tiga ujian yang kami buat sebelum ni memang tepat, nanti kalau ada rezeki lagi, saya pasti akan belikan lagi alat ini untuk isteri saya uji kehamilan anak kami yang keempat nanti.
Cap Limau Yu Yee Oil
Ada baby, pasti ada minyak Yu Yee
Tiap kali isteri lahirkan anak, pasti kita akan cari Cap Limau Yu Yee Oil ni. Bukan sekat disapukan pada baby, mak baby dan ayah baby pun sebuk nak sapu jugak. Baunya pun sedap, dan tidaklah rasa panas sangat, jadi sangat selesa kalau sapu kat badan kita. Anak saya yang sulung sekarang umur enam tahun, masih lagi guna Cap Limau Yu Yee Oil ni dia panggil minyak yu yee ubat wangi. Memang kalau ada baby, kita pasti cari minyak yu yee ni. Cubalah, pasti puas hati.
Scotts Emulsion Regular
Bina ketahanan badan
Dulu, anak lelaki saya yang sulung selalu batuk-batuk. Asal makan aiskrem, air sejuk, tekana hujan je pasti dia akan mula batuk-batuk. Tapi bila saya mula bagi dia makan Scotts Emulsion ni, batuk anak saya makin kurang. Sekarang dia dah boleh minum air sejuk, makan aiskrem dan kalau balik kampung boleh main air hujan bersama-sama sepupunya dengan gembira. Bukan anak saya yang sulung sahaja sukakan Scotts Emulsion, anak saya yang nombor dua dan tang bongsu pn suka makan Scotts Emulsion ni. Ia memang bagus untuk sistem pertahan badan anak kita. Cubalah..
Farm in the City
Interaktif zoo di kawasan bandar
Farm in the City ni adalah zoo mini yang sangat sesuai untuk dilawat bersama-sama keluarga. Saya sudah dua kali pergi ke sini, memang puas hati. Bagi saya, Farm in the City ni lebih baik untuk dilawati berbanding zoo negara kerana anak-anak boleh berinteraksi dengan binatang tidak seperti di zoo, anak-anak hanya boleh melihat haiwan dari jauh. Walaupun haiwan-haiwan disini tidaklah segah haiwan di zoo, tapi disini kanak-kanak dapat gosok, bagi haiwan makan, tengok haiwan dari jarak dekat pasti anda akan rasa puas hati tengak riaksi anak-anak kita berinteraksi dengan haiwan-hsiwan disini. Dari mula-mula masuk sampailah nak keluar dari Farm in the City ni anak-anak kita dapat bermain dengan haiwan-haiwan disini. Cubalah datang bawak anak-anak anda, pasti anda puas hati.
Dashing For Men Speed Deodorant Body Spray
Bau harum kekal 24jam
Baunya yang harum dan sesuai dengan bau badan lelaki. Tiada gatal-gatal, kehitam dan melekat dibaju. Sesuai dipakai untuk outdoor dan juga indoor. Harganya pun sangat berpatutan, baunya yang kekal untuk 24jam membutkannya sangat jimat untuk wang kita. Malah isteri saya pn sukakan bau ini tiap kalai saya memakainya.