Adidas Trefoil Gym Sack
I Love It !!!
Sangat sesuai bagi saya untuk pergi melakukan aktiviti lasak seperti mendaki , bersukan dan sebagainya. Ianya juga mempunyai saiz yang tidak terlalu besar dan cukup sesuai untuk mengisi barangan yang penting di dalam nya. Kualiti kain yang digunakan juga sangat bagus . Saya amat sukakannya !!!!
Xiaomi Mi Band 2
Berpatutan Dan berkualiti
Saya telah membeli smartwatch ini lebih kurang 3 bulan yang lepas. Saya sangat sukakan nya dengan design yang menarik dan sesuai untuk semua peringkat umur. Ianya juga mempunyai kelebihan dari pelbagai segi iaitu mampu mengesan jumlah jarak perjalanan yang kita telah lakukan dalam masa satu hari. Oleh itu, Ianya sangat sesuai untuk saya yang sukakan aktiviti lasak yang memerlukan jarak perjalanan yang jauh. Bagi saya ianya sangat berbaloi untuk memiliki nya.
Sony XB650BT EXTRA BASS Bluetooth Headphones
Good product !
Saya seorang yang sukakan muzik. Jadi saya fikirkan lebih baik saya membeli headphone ini untuk kegunaan saya seharian. Ianya hadir dengan warna yang menarik dan kualiti bass yang boleh didengari sangat bagus. Tidak terlalu bergema dan lembut sangat. Saya selalu menggunakan nya sewaktu saya menonton movie atau mendengar lagu kegemaran saya.