Nivea Smooth Nourishing Hand Cream
Melembutkan kulit tangan yang kasar.
Sebagai seorang surirumah tangan saya sentiasa terdedah dengan bahan-bahan pencuci apabila membuat kerja pembersihan di rumah, ini membuatkan tangan saya menjadi kering dan kasar. Krim tangan ini sangat membantu melembut dan melembapkan semula kulit tangan saya.
NIVEA Crème
Krim sejak zaman berzaman.
Saya sudah mengenali krim ini sejak kanak-kanak lagi, dahulu nenek dan emak saya juga menggunakan krim ini.Kini umur sudah menjangkau 40an krim ini sudah menjadi kemestian dalam hidup saya setiap kali selepas mandi malam, kalau tidak ada krim ini rasa tidak selesa untuk tidur kerana kulit rasa kering. Saya juga menggunakan krim ini sebagai pembersih alat solek,dijadikan mask muka dan lain-lain, Oleh itu krim ini menjadi salah satu produk yang mesti ada di rumah.
Nestle MILO ACTIV-GO
Tak boleh kalau tak ada 'Milo'
Kalau tak ada Milo di rumah macam tak lengkap saja kehidupan sekeluarga, Pagi milo,petang milo, malam milo... Selain menjadi minuman kegemaran, anak-anak juga suka makan milo begitu saja sebab itu milo cepat sangat habis, setiap minggu mesti beli milo ?