Cif Multipurpose Surface Cleaning Cream (Lemon)
Cif like a star
Dengan satu semburan, cif dapat menghilangkan kesan lekatan kotoran minyak degil pada dapur memasak. Cif jugak boleh digunakan di jubin bilik air,tandas dan macam2 lagi. Krim ini dapat menanggalkan hampir 90% kesan kotoran. Saya menggunakan cif ini ketika membasuh rumah baru yang ingin diduduki. Hasil penggunaan cif menghasilkan bilik air yang harum serta bersih berkilat
Sunlight Lime Diswash Liquid
Sunlight mengagumkan
Dengan hanya beberapa titik sunlight ia menghasilkan cucian yang diidamkan oleh para isteri. Dengan 1 gilap dapat menghilangkan kotoran minyak serta kotoran yang melekat pada pinggan mangkuk dengan mudah. Memberi cadangan dengan menghasilkan produk yang boleh isian semula bagi memberi galakkan pada kempen no plastik di dunia ini
Apple iPhone 6s
Sistem yang canggih
Mempunyai sistem yang canggih iaitu mempunyai life picture. Selain itu,boleh memberikan hasil gambar yang cantik.kebesaran screen yang berpatutan boleh dimiliki pelbagai umur. Mempunyai flash pada kamera hadapan.
Easy Spray Mop with 2 Microfibre Refill Mop Pads
Mop yang mudah
Mop yang mudah dan ringan. Dengan adanya mop ini, tidakcperlu lagi untuk ulang alik ke baldi dan perah untuk mengemop. Mengurangkan masa serta memudahkan urusan kerja membersih rumah dengan hanya menekan tombol picu di atas untuk mengeluarkan bancuhan sabun. Mudah digunakan serta mudah disimpan
Bepanthen Ointment
Nappy cream yang terbaik
Saya mengenali bepanthen ointment sejak mengalami luka pada nipple.hanya satu sapuan krim dapat menghilangkan kesakitan dan dapat menyembuhkan kemerahan pada nappy rash dengan cepat dan berkesan. Selain itu ia selamat digunakan .harga yang berbaloi.
glo Apple
Kualiti tidak setanding harga
Glo pencuci yang amat murah dan mudah dijumpai di mana2 kedai. Dengan kulit tangan yang sensitif pada penggunaan sabun, glo dapat menghilangkan masalah yang dialami. Walaupun membasuh terlalu banyak perkakasan tapak tangan dan jari tidak lagi menggelupas dengan penggunaan glo. Glo apple mempunyai bau yang harum serta menghasilkan basuhan yang bersih dan berkilau dengan hanya beberapa titik glo. Ia meyakinkan dengan penggunaannya