Anmum Materna
Berkhasiat untuk perkembangan janin
Susu ini bagus untuk memberikan tenaga kepada ibu hamil. Diperkaya dengan DHA, MFGM+GA, PREBIOTIC PROBIOTIC, FOLAT, KALSIUM & ZAT BESI. Susu ini juga tidak mengandungi gula tambahan. Ianya membekalkan nutrisi penting untuk memberikan kekuatan dari dalam, membina tisu badan, tulang & gigi menjadi kuat. Selain itu, Anmum Materna berkhasiat untuk perkembangan janin (bayi).
Nappikleen Antibacterial Liquid Wash
Berkesan tanggalkan kotoran & membunuh kuman
Sebagai seorang ibu, saya berpuas hati dengan NappiKleen Antibacterial Liquid Wash!! Terutamanya semasa wabak COVID19 ini, saya perlu menitikberatkan bahan pencuci yang sesuai dan selamat untuk mencuci pakaian bayi saya. Nappikleen berkesan membunuh 99.9% bakteria, membantu membasmi kuman dan menghilangkan bau-bauan dari kain bayi. Ia juga membantu menanggalkan kesan kotoran yang degil. Cucian saya menjadi mudah dilakukan dengan adanya produk NappiKleen Antibacterial Liquid Wash ini. ??????
Sangat mengesyorkan kepada semua ibu-ibu di luar sana !! ?
Similac Gain Plus Gold Step 3
Berat badan naik
SIMILAC GAIN PLUS GOLD ini memberikan khasiat nutrien kepada anak saya yg sedang aktif membesar. Lgpula Marissa turns 1y tahun ini dan sy dah start introduce Marissa kpd susu formula. Waktu umur Marissa skrg ini dia mula lasak dan sgt aktif. Disebabkan itu la berat badan Marissa merosot ?
Setelah beberapa hari sy memberinya minum, sy dah perasan berat badan Marissa mula rasa berat sedikit apabila didukung ?. Sy bersyukur sebab susu SIMILAC GAIN PLUS GOLD ini telah membantu menaikkan berat badan baby girl sy ??. Marissa pon dah mula suka minum SIMILAC GAIN PLUS GOLD ini ?☺️
Tq 100Comments ??
Aveeno Baby Soothing Relief Moisturizing Cream
Sangat bagus
Sangat berkesan kepada anak saya setelah mencubanya. Kulit kelihatan semakin lembut sesuai untuk kulit yang sensitif/ekzema ,tiada lagi ruam-ruam merah, krim ini juga cepat meresap ke kulit selepas disapu. Ianya juga boleh digunakan untuk seisi keluarga. Highly recommended kpd bayi yg baru lahir yg mengalami masalah kulit sensitif atau ekzema ???
KA’FEN Ginger Shampoo
Bagus
KA'FEN Ginger Shampoo ini membantu menyuburkan akar rambut serta mengelakkan helaian rambut saya daripada terputus. Akan tetapi syampu ini membuatkan rambut saya kering jika tidak memakai perapi dan juga serum. Dengan itu, saya harus menggunakan perapi & serum daripada jenama lain bagi memastikan rambut saya lembut dan mudah diurus. Tekstur syampu yang agak pekat dan berwarna kuning keemasan. Bau halia + lemon membuatkan rasa seperti berada di spa rambut.
KA'FEN Ginger Shampoo ini disyorkan untuk orang yang mengalami rambut rapuh dan mudah gugur, serta ingin memiliki rambut yang sihat. Ia dapat menyuburkan kulit kepala, membantu penyerapan semula jadi nutrien oleh akar rambut, menanggalkan sepenuhnya kotoran dan terasa menyegarkan selepas dicuci.