Pureen Baby Powder
Mengatasi Ruam
Saya bukan penggemar bedak talkum. Namun setelah mempunyai anak, saya membuat sedikit kajian untuk mengetahui produk bedak apa yang bagus untuk kulit bayi. Saya percaya setiap ibu di luar sana pasti mempunyai produk bedak untuk bayi mereka. Akhirnya saya putuskan untuk menggunakan produk ini. Bagi saya produk ini bagus. Anak saya jenis kuat berpeluh, jadi kulitnya selalu ruam. Produk ini sangat membantu untuk mengatasi ruam.
Shokubutsu Orange Peel Sensation Shower Foam
Wangian yang Segar
Saya dan keluarga sangat menyukai produk ini. Terasa lembut dikulit dan wangiannya sangat segar. Setelah seharian penat bekerja pasti kita inginkan sesuatu yang menenangkan. Produk ini sangat membantu. Harganya bagi saya berpatutan.
Ambi Pur Relaxing Lavender Gel Fresh
Wangian yang Menenangkan
Selepas seharian penat bekerja, pasti kita akan inginkan suasana yang tenang bukan? Haruman daripada produk ini mampu memberikan ketenangan kepada kita. Sangat harum dan lembut. Cuma jika kita sentiasa buka penutup pewangi ini akan cepat kering. Itu je masalahnya bagi saya.
Nivea Essential Care Lip Balm
Antara Pelembab Bibir Terbaik
Mengapa saya katakan produk ini antara yang terbaik? Kerana produk ini betul-betul mengatasi masalah kulit bibir kering saya yang teruk. Semasa saya di Tingkatan 2 dahulu, saya mengalami kulit bibir kering yang terlampau teruk sehingga nampak seperti kulit bibir terbakar dan hitam. Keadaan ini mungkin terjadi kerana saya kurang minum air dan kerap basahkan bibir dengan air liur. Jiran sebelah rumah saya waktu itu seorang Ahli Farmasi dan beliau beritahu ibu saya untuk cuba menggunakan produk ini. Selang beberapa hari selepas menggunakan produk ini, kulit bibir saya semakin elok. Dan semenjak itu, saya akan bawa prduk ini ke mana sahaja.
Safi Anti-Acne Facial Cleanser
Lembut & Bagus untuk Kulit
Saya mula menggunakan produk ini seawal di waktu persekolahan lagi. Saya mempunyai kulit yang normal, jadi tiada masalah untuk menggunakan sebarang jenis produk. Namun produk ini tetap bagus bagi saya walaupun saya ada juga menggunakan pencuci muka jenama lain. Sangat lembut, baunya harum dan agak berkesan untuk kawal jerawat.
Lucas Papaw Ointment
Terbaik untuk mengatasi serangga
Ada satu masa bayi saya kerap kena gigitan nyamuk. Kesan gigitan nyamuk itu sangat lambat untuk hilang dan akan meniggalkan kesan hitam. Saya sangat risau dan ke farmasi bertanyakan produk apa yang bagus untuk situasi ini. Ahli farmasi tersebut mengesyorkan saya 'Lucas Papaw Ointment.' Pertama kali saya tahu kewujudan produk ini. Apabila anak saya terkena gigitan nyamuk, saya terus sapukan produk ini. Produk ini membantu untuk tidak meniggalkan kesan hitam pada kulit anak saya. Bagi saya ia sangat bagus. Juga bagus untuk ruam.