Naturel Olive Oil
Minyak Zaitun Pilihan Keluarga
Naturel Olive Oil adalah pilihan utama keluarga kerana ia berkhasiat dan mudah dibeli di pasar raya terdekat. Ia juga harga murah dan memudahkan urusan dalam memasak atau menumis bahan-bahan masakan. Juga digunakan dalam masakan harian. Dibeli sekali setiap bulan.
Gardenia Original Classic
Pilihan Utama Keluarga Sejak Dahulu
Roti Gardenia Original Classic yang sentiasa dibeli seminggu dua kali, amat sedap di makan bersama omelet telur goreng, dicicah air panas milo atau teh o, diletakkan susu pekat manis atau apa sahaja hidangan. Sentiasa sedap dan masih setia dibeli sehingga kini.
Buruh Refined Cooking Oil
Minyak Cap Buruh Yang Berkuali Serta Murah
Minyak cap Buruh adalah pilihan saya dan keluarga sejak dahulu lagi kerana ia berkhasiat dan mudah didapati. Ia sesuai untuk menggoreng pelbagai masakan yang mana digunakan untuk menggoreng ikan, kentang, ayam dan lain- lain masakan. Menjadi pilihan keluarga juga kerana ia murah dan mudah didapati di mana-mana pasar raya.