Knorr Pasti Sedap
Penambah perisa hidupku
Tidak lengkap rasa makanan jika tidak gunakan Pasti Sedap ni. Seluruh keluarga pasti akan merungut kerana makanan tidak ada rasa. Setiap masa saya akan gunakan untuk buat pelbagai hidangan. Mudah larut dalam makanan dan tidak berketul.
Drypers Classic
Selesa dan harga berpatutan.
Lebih murah dari jenama lain. Mudah untuk dapatkan di 99speedmart. Kualiti sederhana tapi lebih berpatutan. Anak tiada alahan bile pakai dan selesa. Tidak mudah bocor dan fabrik sangat selesa untuk anak. Klip pelekat yang mudah digunakan dan tidak mudah untuk ditanggalkan. Sangat bagus untuk ibu bapa yang mementingkan baget.
JOHNSON’S® Baby Powder
Bedak kesukaan anak
Anak saya suka sangat pakai bedak ni. Katanya baunya wangi. Sangat lembut baunya dan menyerap peluh. Sangat selesa apabila menggunakannya. Tidak hanya digunakan pada anak malah seisi keluarga menggunakannya. Kerana bedak ini sesuai untuk semua peringkat umur. Dan bedak ini telah digunakan sejak saya kecil dan kualitinya sangat dipercayai.