Drypers Wee Wee Dry Disposable Diaper
Drypers pilihan ibu
Tak pernah tukar ke jenama lain. Dari baby lagi dia hanya menggunakan drypers sehingga sekarang. Jimat, harga berpatutan dan mudah di dapatkan. Kualiti juga bagus. Jarang terkena ruam lampin. Sesuai dengan anak saya. Jika anak selesa ibu gembira.
JOHNSON’S® baby top-to-toe™ wash
Kerja mandikan anak menjadi mudah
Johnson merupakan produk penjagaan bayi yang paling saya percayai. Dari mandian, bedak, baby oil dan banyak lagi. Apabila Johnson mengeluarkan mandian head to toe. Saya antara ibu yang paling gembira. Kerja mandikan anak menjadi mudah. Hanya 1 produk boleh di gunakan sebagai syampu dan sabun mandian. Haruman yang wangi berkekalan dan sabun yang lembut amat sesuai untuk kulit kanak-kanak.
Johnson’s skincare baby wipes
Wipe no 1 pilihan hati.
Pilihan saya apabila membersihkan anak. Walaupun pernah mencuba jenama lain, saya lebih selesa, yakin dan kembali menggunakan Johnson’s® skincare baby wipes. Sentiasa bawa dalam handbag kerana tekstur wipenya yang lembut dan harumannya yang wangi tidak terlampau sesuai untuk membersihkan anak ketika berada di luar.
Yakult Health Drink
Minuman santai keluarga
Bagus untuk penghadaman. Kami sekeluarga sentiasa mengambil yakult sebagai minuman santai selepas kami melakukan aktiviti di luar. Rasanya sedap dan tidak terlampau manis. Harap yakult berperisa akan sampai ke Malaysia