Lifebuoy Total 10 Body Wash
Sangat berkesan dan sesuai diguna oleh seisi keluarga
Kami sekeluarga telah menggunakan sabun jenama ini sejak 5 tahun yang lalu dan kami boleh menyakinkan anda bahawa ini adalah sabun yang paling hebat sekali.Didatangkan dengan pelbagai jenis dan haruman yang pelbagai,ternyata sabun ini telah berjaya menarik hati saya serta semua ahli keluarga saya.
Johnson’s® Baby Oil
sangat bagus untuk kulit
Produk ini bukan sahaja baik untuk bayi malah boleh digunakan untuk semua peringkat umur. Saya selalu menggunakan ia untuk membersihkan kulit kepala saya. Ia sangat mudah digunakan dan sangat berkesan. Harganya yang mampu milik serta saiznya yang pelbagai membolehkan semua orang mampu memilikinya.
Johnson’s® Baby Oil
Sejak turun temurun
Sejak dulu lagi, kami sekeluarga telah menggunakan produk ini, iaitu Johnson's Baby Oil. Adik beradik saya ada 4 orang kesemuanya dan kesemuanya telah menggunkan produk ini sejak kecil lagi sehingga sekarang walaupun ada di kalangan kami yang berusia 22 tahun. Kami masih menggunakan produk ini kerana ia mampu digunakan bukan sahaja untuk memberi kelembapan pada kulit malah mampu digunakan untuk menghilangkan daki di seluruh anggota badan seperti pusat, telinga dan lain-lain.
Buruh Refined Cooking Oil
Tahan
Minyak yang mampu digunakan sebanyak 3 kali penggunaan. Jadi ia sekaligus mampu memberikan penjimatan kepada saya. Saya mengesyorkan minyak ini khas kepada peniaga peniaga makanan kerana ia mampu memberi penjimatan kepada anda.