Pureen Liquid Cleanser
PENCUCI BOTOL SUSU PALING AWESOME !!
Saya telah menjadi pengguna setia pencuci botol jenama pureen ini sejak tahun 2009 lagi. Sejak anak pertama saya lahir, saya tidak pernah menggunakan jenama pencuci botol susu yang lain. Mula jatuh cinta dengan jenama ini bila saya dapat hamper barangan bayi yang diberikan oleh rakan sepejabat. Sejak itu hingga kini, anak ketiga, saya masih menggunakan jenama ini. Pergi travel ke mana-mana wajib bawa memandangkan pencuci botol ini ada dijual dalam botol yang lebih kecil. Jika tidak pakai, rasa tidak bersih botol susu anak. Jenama pureen memang terrbaik !!!
Daia Fabric Softener Bio Scent Morning Mist
DAIA PILIHAN SEPANJANG MASA !
Setiap kali ke pasaraya tidak kira apa-apa pasaraya, wangian daia sentiasa ada dalam senarai belian barang keperluan rumah. Dengan cuaca yang panas dan lembap sepanjang tahun, sudah tentunya wangian daia adalah penyelamat kepada bau yang kurang menyenangkan pada pakaian kami sekeluarga ! Wangiannya yang sederhana amat memberi keselesaan kepada pakaian yang dipakai. Ini membuatkan saya tidak bertukar kepada jenama lain. Daia Terrbaikk!!
Kodomo Lion Toothpaste
KODOMO LION, pilihan terbaik untuk anak saya !
Sejak anak pertama lagi, saya telah menggunakan ubat gigi kanak-kanak kodomo lion ini. Ini kerana ubat gigi tersebut rasa manis, jadi anak-anak menyukai aktivit memberus gigi!!! Menjadi satu masalah jika mereka tidak memberus gigi jadi kodomo lion adalah penyelesaiannya. Sampaikan mereka minta untuk diberi lagi ubat gigi ketika memberus. Kandungannya yang selamat jika tertelan yang membuatkan saya terus menggunakan ubat gigi ini ke atas anak-anak saya. Perasa kegemaran mereka adalah “stoberi”..
Pigeon Breast Pad Honeycomb
Selesa ! Pilihan terbaik saya !
Sejak dari anak pertama hingga anak ketiga, saya menggunakan produk ini. Selain selesa, ianya juga lembut!. Ini membuatkan saya tidak beralih kepada jenama lain. Ianya menyerap dengan baik membuatkan kulit saya sentiasa kering selesa. Saya syorkan produk ini wajib ada dalam 'list' anda..!