Ayam Brand Baked Beans Light
Mudah dan sedap
Jenama ayam brand memang tidak pernah mengecewakan. Terutama kacang panggang ayam brand. Mudah dimasak, ringkas,harga yang sangat berpatutan dan rasanya sedap. Sangat sesuai dihidang bersama telur goreng atau dimakan dengan roti.
Nestle Milo Nuggets Chocolate
Milo Nugget menjadi kegemaran
Milo Nugget merupakan snek yang menjadi pilihan saya kerana mudah dibawa ke mana-mana. Produk ini sangatlah mudah didapati di kedai berhampiran. Selain itu, Milo Nugget juga menjadi pilihan saya kerana snek ini dapat membekalkan tenaga serta rasanya sangat sedap.
Mamee Monster Chicken Noodle Snack
Snek yang murah dan sedap
Mamee monster merupakan salah satu snek yang murah,berkualiti dan rasanya sangat sedap. Ia mudah didapati dimana-mana pasar raya berhampiran. Mamee monster perisa ayam sangat menggamit citarasa saya. Perisa lain juga tidak mengecewakan. Pada kebiasaannya saya akan restock mamee monster berbanding snek jenama lain kerana harganya yang berpatutan, kuantitinya yang banyak dan rasa yang sangat memuaskan hati.