Moschino Fresh Couture EDT
perfume atau febreeze?
Bau yang sangat mempersonakan. Saya sering memakainya walaupun ketika mandi kerana saya mahu baunya melekat sampai bila bila. Apabila saya memakai minyak wangi ini, hampir semua orang terteleng kepala mereka melihat saya apabila saya melintasi mereka kerana bau saya yang sangat memikat. Saya hampir confused perfume ini dgn spray febreeze kerana botolnya seakan akan sama. Seperti chanel vs walmart
Palmer’s Bottom Butter
Sutera atau kulitku?
Kulit selembut sutera seolah olah seperti menyapu butter pada kulit badan sendiri. Bau yang sangat menarik dan enak sehingga saya hampir termakan krim ini. Saya rekemen kepada semua orang yang mempunyai masalah kulit untuk pakai krim ini sebab ia sangat menakjubkan dan saya gerenti anda tidak akan menyesal
Maybelline Hypersharp Laser Liner Intense
Pembuka hijab
Eyeliner hitam pekat sehitam hati saya yang sangat bagus untuk digunakan. Tetapi anda harus berhati hati kerana Mata saya hampir terluka ketika memakainya kerana ia terlampau tajam tapi nasib baik saya sempat mengelak dari terluka. Eyeliner ini juga boleh membuka hijab mata seseorang selepas memakainya sehingga mereka juga boleh melihat masa depan mereka. Bertapa hebatnya eyeliner ini. Saya sendiri pernah mengalaminya. Jika anda ingin berangan hendak mempunyai mata seperti kucing, boleh dapatkan ini segera. Sangat bagus.