Huggies Ultra Diapers Super Jumbo
Pilihan terbaik
Kualiti yang terbaik. Saya bagi anak saya gunakan ini sejak dari lahir hingga sekarang dah dua tahun. Anak saya tidak pernah alami masalah kulit merah atau ruam. Permukaan yang lembut anak saya rasa selesa memakainya. Boleh tahan lama hingga 12 jam. Tak ada leaking. Saya akan gunakan huggies ni untuk anak-anak saya akan datang.
Sony XB650BT EXTRA BASS Bluetooth Headphones
Bass yang terbaik
Bunyi bass yang dihasilkan memang terbaik. Kualiti bunyi musik seperti menggunakan sistem audio yang berkualiti sangat tinggi. Bila pakai di telinga, bunyi luaran bagaikan sunyi. Hampir tidak dengar apa-apa di luar. Fungsi tanpa wayar sangat sesuai dan tidak serabut. Harga pun agak berpatutan. Dijamin puas hati kepada pembeli.
Tropika Baby Herbal Cream
Krim herba yang sangat bagus untuk kulit bayi
Krim ini memang terbaik untuk penjagaan kulit bayi. Saya bagi anak saya pakai krim ni sangat sesuai. Kulit lebih lembut. Kesan-kesan gatal cepat sembuh. Parut-parut kesan gigitan serangga, nyamuk pun cepat hilang.
Kekurangan produk ni adalah tak mudah nak cari di pasaran. Kebanyakan kedai stok cepat habis. Harap syarikat pengeluar krim ni memberikan stok yang lebih untuk setiap kedai yang menjual produk ini.