Gardenia Original Classic
Roti yang paling sedap dan gebu dalam dunia.
Sejak dari saya kanak-kanak memang emak saya akan membeli roti ini untuk saya dan adik-adik. Berbanding roti lain seperti massimo dan daily memang gardenia yang akan menjadi pilihan saya. Selalunya satu bundle tu memang satu hari je dah boleh habis kalau saya dengan adik-adik ada di rumah. Sedap dimakan bersama daging burger dan jem.
Ayam Brand Coconut Milk
Sangat sedap, mudah dan cepat.
Sangat memudahkan saya sebagai isteri yang bekerja dan di masa yang sama perlu memasak untuk suami dan anak-anak. Sangat sedap seperti santan asli dan anak-anak saya sangat menyukai masakan saya yang menggunakan santan ini.
Yeo’s Chrysanthemum Tea
All time favourite drink.
Saya sangat menyukai air teh bunga dari yeo ni kerana rasa nya yang sangat asli. Selain itu air ini tudak terlampau manis dan sesuai di minum oleh semua golongan umur. Jika tetamu datang ke rumah, saya semestinya akan menghidangkan air ini kepada tetamu. Air teh bunga yeo memang sangat sedap.