Ayam Brand Tuna Chunks In Oil
Tuna breakfast dan diet
saya mengamalkan pemakanan seimbang bagi menurunkan berat badan saya. jadi sebagai salah satu menu sarapan saya ialah Roti wholemeal bersama tuna, salad, tomato dan timun. kadang-kadang saya makan bersama pasta dan sayuran. rasa ikan tuna yang sedap. perlu ditambah sedikit bahan perasa.
Cetaphil Gentle Skin Cleanser
Pengguna CETAPHIL selepas breakout
Sekitar tahun 2017, saya mengalami breakout yang teruk selepas penggunaan produk yang mengandungi mekuri. Hampir keseluruhan muka saya naik ruam berair yang sangat gatal. Kemudian saya diperkenalkan dengan produk Cetaphil. Cetaphil ini pencuci yang tidak berbuih tetapi setelah dibilas. Kulit muka saya lebih bersih dan segar. Walaubagaimanapun, bagi menampakkan hasil, penggunaan secara konsisten dalam tempoh masa yang lama diperlukan.
Yeo’s Original Seri Kaya
Seri kaya pilihan keluarga
Keluarga saya menggunakan seri kaya sebagai sapauan roti bakar. Sangat sedap dimakan bersama buttercup. Rasa manis sesuai dengan butter. Dimakan bersama kopi 'o' kurang manis. Rasa manis lemak yang sesuai untuk santapan pagi setiap hari.
San Remo Elbows 500g
penggemar pasta
saya seorang pengemar pasta. Dan san Remo menjadi salah satu pilihan saya. texture apabila dimasak masih kenyal dan sedap. Dengan harga yang berbaloi dan pelbagai pilihan bentuk yang menarik perhatian untuk dimakan. Saya amat berpuas hati dengan jenama San Remo.