Dettol Original Shower Foam
Mommy saya peminat Dettol.
Mommy saya seorang yang sangat mementingkan kebersihan dan kesihatan. Kata beliau jika saya ingin membeli body wash jangan hanya pada bau. Pastikan, produk itu mampu membunuh kuman- kuman degil kamu. Saya akan pastikan saya juga menjadi seperti mommy untuk kekal bersama dettol sepanjang zaman kerana yakin akan keberkesanannya.
Cetaphil Gentle Skin Cleanser
Cetaphil mengembalikan keyakinan diri.
Sedang jatuh cinta pada produk cetaphil. Pada mulanya membeli produk ini atas dasar feedback yang baik oleh pengguna. Dulunya saya tidak megharapkan lebih dari produk ini cukuplah sekadar dapat meredakan jerawat yang ada. Tetapi tidak sangka seawal penggunaan 2 bulan jerawat mulai reda, dan kulit terasa segar dan glowing. Saya syorkan setiap rumah sekurang- kurangnya satu produk cetaphil. Sangat bagus untuk mendapatkan kulit yang sihat.
Nanowhite Dark Spot Corrective Serum
Serum yang pantas meresap kekulit tanpa kesan melekit dan berminyak
Selalu kita berdepan dengan situasi pemakaian serum yang melekit tambahan pula bila kita berjemur bawah matahari. Dengan penggunaan serum nanowhite corrective dark spot ini, kesan melekit dan berminyak tiada lagi. Kita juga mudah meletakkan foundation atau bbcream yang lain dengan pantas tanpa kesan lekitan serum. Serum yang sangat dorekomen kerana tekstur yang seakan air dan mudah meresap kedalam kulit serta memberi kesan yang positif. Saya sebagai remaja sangat berpuas hati pada produk ini.