Milna Rusk
Biskut Baby Senang..
Biskut ni senang di bawa ke mana-mana.. nak buat bagi wetfood hanya perlu tambah air... walaubagaimanapun.. untuk terus makan kepada baby agak tidak selamat kerana agak melekit2 dan membuatkan baby mudah nak termuntah... texture pula bila baby pegang dan lama-lama akan jadi comot2...
Tenten Baby Guide Apple Flavour Rice Rusks
Sedap & Selamat...
Biskut ni bagus... anak2 saya memang suka makan biskut jenis ni... bila makan tak melekit-lekit dan membuatkan baby tercekik... so selamat.. mudah cair di mulut tetapi tidak mudah patah... saiz yang mudah dipegang oleh baby...
PetPet Disposable Baby Diaper
pampers ekonomi terbaikk
Saya memang pakai pet pet sejak ank pertama.. sekarang dh umur 8 tahun.. sekarang pakaikan anak yang ke3... harga yang ekonomik tetapi kualiti sangat saya suka.. menyerap cecair membuatkan kulit sentiasa kering, kadar serapan yang baik... anak bongsu saya kulit agak sensitif kalau pakai lampin pakai buang yang lain... so masih kekalkan pemakaian pet2... pelekat yang tidak mudah putus dan saiz yang agak besar berbanding sama saiz tetapi lampin pakai buang jenis lain.sangat berpuashati
Quaker Oatmeal Instant
Overnight oat - jom kurus
sangat suka dengan oatmeal quaker ni... selalu saya akan buat overnight oat untuk sarapan di pejabat.. malam buat overnight oat... bubuh dalam bekas, oat + buah2 potong (saya suka letak kismis dan kurma), madu + susu segar... kenyang!! nak buat sahur pun bagus...
Massimo 100% Whole Wheat
Roti Sedap, Tebal & Sihat
Jenama Massimo roti ini jenis yang tebal sedikit... anak-anak saya memang suka walaupun jenis whole wheat... buat roti bakar, sapu mentega tabur gula.. macam zaman kita kecik2 dulu.. lagi satu, saya suka buat karipap.. lenyek dulu bagi nipis (jenama ni bagus, bila lenyek..roti jadi padat & kurang serap minyak bila goreng).. letak inti karipap.. tekap bentuk karipap n goreng.. senang kerja... 5 bintang!!
Ayam Brand Sardines in Tomato Sauce
cepat & sedap
jenama ayam brand memang saya yakin tentang sedap, kebersihan dan status halal.. walaupun harga agak mahal berbanding sardin jenama lain... ikan bersaiz besar dan tidak hancur bila di masak.. rasa tomato sos pun sangat sedap... buka & terus makan pun takpe.. takde rasa hanyir macam sardin yang lain.. kalau pergi travel memang saya selalu buat bekalan.. senang.. nak makan dengan nasi atau buat sandwich... 5 bintang!!
Darlie Bunny Kids – Orange Flavour Toothpaste
Gigi cantik walau manis di mulut
Memang anak saya suka sangat guna ubat gigi ni, kalau tak macam-macam alasan taknak gosok gigi, guna product ni asyik nak gosok gigi pulak... Dia paling suka perisa ?.. Design kotak dan warna bekas ubat gigi tu menarik perhatian kanak-kanak untuk mencuba, baru diorg tertarik nak guna... Harga murah dan saiz agak besar berbanding saiz ubat gigi jenama lain.. Sy memang guna jenis ni je