Innisfree The Green Tea Seed Eye Cream
Berkesan
Saya mula menggunakan eye cream ini dari tahun lepas lagi.Ia dapat mengurangkan lingkaran gelap di bawah mata walapun bukannya 100 percent hilang tetapi berbaloi juga.Lagipun ianya bergantung terhadap gaya hidup kita juga.Kelebihan yang lain adalah ianya mempunyai bekas yang agak besar berbanding brand lain dengan harga yang berpatutan.Jadi boleh jimat, pakai pun tak banyak.
SAMYANG BULDAK SPICY CHICKEN NOODLE
Pedas dan Sedap
Samyang spicy noodles ini walaupun pedas tetapi rasanya sangatlah sedap.Dengan warna yang seakan-akan merah membuatkan kita lagi terliur dan ingin menikmatinye.Mee yang agak kenyal dan tidak mudah lembik membuatkan proses memasaknya lebih mudah.Saya mencadangkan kepada pengemar makanan yang menyukai kepedasan untuk mencuba dan merasainya sendiri.
Pixy UV Whitening Two Way Cake SPF 15 Refill Yellow Beige
Cantik dan simple
Dah lama guna pixy sejak belajar lagi.Mudah dan cepat ,tak perlu nak touch up lebih-lebih.Selalu guna untuk makeup harian sebab dia tak bercapuk dan still maintain cantik.Dan bahan yang digunakan jugak tak buatkan muka kita rosak.