AVON Women Of Earth Eau De Parfum Spray
Bau Wangian yang Mewah.
Pertama kali memakai perfume ni 11 tahun lepas. Pakai jenis roll-on je. Bau yang mewah dan menyegarkan.
Then terjumpa kawan baru di kolej yang memakai wangian yang sama. Best dan teruja sebab kawan pon sangat suka bau perfume ini.
Boleh dicuba jika anda sukakan bauan yang mewah dan classy.
Avon Vanilla Soft Musk Toilette Spray 50ml
Menyegarkan Hari Anda!
Oleh kerana harga yang berpatutan, saya mencuba sebotol. Bau yang sangat lembut dan sesuai untuk dipakai ke mana mana.
Seminggu kemudian, dah tinggal separuh botol. Rupanya, mama dan adik pon tumpang pakai ?. Sekarang ni dah berbotol² pakai.
Paling best, bila dah petang, bauan vanilla menjadi makin feminin. Maksudnya, antara berbau vanilla dan tidak. Bau sikit sikit je tapi rasanya itulah punca 'keseksian' minyak wangi ini. Sangat digalakkan mencuba.
Bio-Essence 24K Rose Gold Water
Bagus sekali!
Hanya beberapa titik sehari, ia mampu menjadikan kulit saya lebih lembab, bersinar dan lembut. Liang pori dia wajah juga semakin mengecil. Kulit menjadi pinkish². Ia cepat menyerap, tidak melekit dan sangat wangi. Highly recommended!
Scholl Foot Care Cracked Heel Repair Cream
Selamat Datang Tumit Kaki Baru!!
Disebabkan berat badan yang berlebihan, tumit kaki menjadi merekah.
Jadi, saya mencuba memakai produk ini. Ternyata, belum habis satu tiub kecil lagi pon tumit kaki kembali lembut.
Sangat menjimatkan dan boleh diguna seisi keluarga. Highly recommended!!!
Total Image Smelly-No-More Roll On
Selamat Tinggal Bau Badan!
Setelah berbulan memakai, saya sangat suka sebab sangat jimat. Saya tinggalkan dalam bilik mandi dan hanya pakai secalit lepas mandi. Lepastu, wallah, hilang semua bau.
Harga agak mahal tapi berbaloi sebab tahan lama. Nice.