Nestle Koko Crunch
Sentiasa menjadi rebutan
Dari waktu zaman kanak-kanak lagi saya menyukai KOKO CRUNCH. Kalau zaman dulu saya berebut dengan sanak saudara. Zaman kini pula berebut dengan housemate dan juga officemate.
Boleh dijadikan sebagai snack tanpa mengira waktu. Saya suka jadikan snack sebelum tiba waktu lunch. Kadangkala akan jadikannya sarapan bila terlambat bangun pagi. Senang hanya dicampurkan dengan susu segar. KOKO CRUNCH sentiasa ada dalam list grocery perbelanjaan bulanan. Kadangkala terlebih beli disebabkan tertarik dengan hadiah percuma. Memang macam kanak-kanak. Tapi minat dan kegemaran tidak mengenal usia. Dalam gambar tu pun salah satu hadiah KOKO CRUCH. Penyepit bungkusan.
Nestle Milo Nuggets Chocolate
Hadiah untuk kawan sekolah
Saya suka nugget milo ni dari zaman sekolah lagi. Dari tahun 90an lagi milo memang sentiasa menang di hati saya. Disebabkan nugget milo ini tercipta sebuah kisah kenangan yang masih lagi tersemat kemas di dalam diari kehidupan saya hingga kini. Masa zaman awal persekolahan duduk di asrama, saya rapat dengan seorang rakan yang berlainan agama. Setiap kali saya membuat kerja sekolah tulisan jawi, dia akan melihat dengan penuh minat. Dia berasa kagum dengan tulisan tersebut. Kebetulan tulisan jawi saya agak cantik dan kemas. Pada suatu hari, dia meminta saya untuk mengajarnya menulis dan membaca jawi. Saya dengan senang hatinya mengajar beliau. Bila penguasaannya sedikit baik, saya meminta beliau untuk menyebut huruf jawi mengikut susunan. Kebetulan kamu mempunyai minat yang sama NUGGET MILO. Saya berjanji akan menghadiahkannya NUGGET MILO sekiranya dia berjaya. Ternyata sahabat saya memang seorang yang pantang dicabar. Maka, setelah selesai. NUGGET MILO menjadi miliknya dan kami pun makan bersama dengan penuh gembira.
Kini telah berbelas tahun kisah tersebut masih lagi dalam ingatan dan NUGGET MILO masih lagi dalam genggaman diwaktu lapang. Kadangkala untuk menghilangkan pahit dimulut sewaktu bekerja.
Nescafe Cans
segar sejuk nyaman
Saya bukan peminum kopi yang tegar. Sebelum ini saya minum jenama lain. Tapi bila NESCAFE CANS ICE dikeluarkan. Saya dah beralih minat. Rasa mint sejuk dan segar membuatkan saya cergas sewaktu memandu. Senang dibawa ke mana- mana sahaja. Tin yang mudah dipegang tapi kurang saiz kalau diletakkan di tempat penyimpanan gelas di kereta.