JBL T450BT On-Ear Wireless Headphone – Blue
Kualiti terbaik
JBL merupakan nama ikonik dalam dunia audio sama ada "consumer audio" atau "pro audio". Sebagai seorang yang terlibat dalam bidang audio saya sentiasa mempercayai produk JBL. Bagi headphone ini ianya mempunyai respon yang amat menarik. Ia juga mempunyai bunyi "bass" yang "deep and punchy" yang membuat anda teruja mendengarnya. Selain itu headphone ini juga tanpa wayar jadi dapat memberi lebih keselesaan . Selain itu jangka hayat baterinya amat lama.. Ianya amat berbaloi dari JBL.
Pineng PN-920 20000 mAh Power Bank
Power bank yang amat dipercayai..
Pineng merupakan nama yang amat dipercayai apabila melibatkan power bank. Power bank Pineng PN920 20000mah merupakan produk yang amat dipercayai dipasaran.. Saya sendiri telah menggunakan power bank ini lebih dari setahun dan kualitinya masih lagi sama dari masa saya menggunakannya kali pertama lebih dari setahun dahulu hingga sekarang.. Amat berbaloi.. Cuma pastikan anda membeli yang asli.
KHIND 16″ STAND FAN SF-1688E
Raja Kipas Angin
Khind merupakan jenama yang tak asing bagi peralatan elektrik rumah tambah pulak bagi kipas angin. Sistem kipas ini amat baik dimana sistem kelajuan kipas amat baik fungsinya. Ditambah pula dengan buatan dari material yang amat berkualitu untuk kipas ini. Sebuah kipas yang tahan lasak dan "durable" serta bilah yang baik. Selain itu alat gantian yang amat mudah diperolehi di seluruh Malaysia merupakan satu lagi ciri yang terbaik untuk kipas ini.
Wharfedale MS-100 Home Theater Speakers 5.1ch
Audio terbaik dari pakar
Saya mengenali produk Wharfedale dari sistem proaudio kerana saya terlibat banyak dalam industri "live sound" dan "pa system" . Produk wharfadale memang menakjubkan. Wharfadale memang suatu jenama hi-fi dan "home theatre" yang hebat di eropah. Saya syorkan produk ini kerana kualiti audio yang "kristal clear" serta sistem "surround sattelite speaker" yang sangat menarik.. memang berbaloi produk ini. Rasakan gegaran apa bila menonton filem atau menikmati muzik dari sistem ini.. Amat berbaloi dari jenama yang terbaik.
JBL CINEMA 510 5.1 SATELLITE SPEAKER SYSTEM
Kualiti yang terbaik
Sistem ni mempunyai kualiti audio yg amat baik.. sistem "surround" yg amat menarik.. ditambah dengan dentuman "subwoofer" yang mengegarkan.. amat sesuai untuk ruang rumah dan showroom.. amat berbaloi.
Nescafe Cans
Pilihan saya
Saya merupakan penggemar tegar nescafe sejak 10tahun sudah. Sememangnya saya akan meminum nescafe setiap masa terluang. Dengan adanya nescafe tin ini banyak membantu saya apabila "on the go". Kegemaran saya adalah nescafe black ice. Rasa dan aromanya sama seperti meminum nescafe yang dibancuh. Amat bertenaga apabila meminumnya. Memang nescafe tin ini terbaik.