Lenovo Tab 3 Essential
tablet bajet yang boleh tahan memuaskan.
saya telah menggunakan tablet ini selama 7 bulan. pernah install bermacam jenis game antaranya plant vs zombie dan clash of clans. sangat puas bila bermain dgn skrin yg luas,paparan skrin juga cantik. sangat puas hati. tapi lama2 akan mula hang bila dah banyak sangat install mcm2 apps. normal la kan?kamera kurang memuaskan kerana spec nya yg kecil. tp masih boleh ambil gambar dan selfie,dont worry. sound speaker pun kurang memuaskan sbb bunyi kekadang naik kekadang turun. yg best tentang tablet ni kapasiti storage yang besar dan bateri yg tahan lama. sy cas dalam 2 jam boleh main sampai 6-7 jam. best2. bestla dengan harga yg mcm tu. sangat recommended untuk org yg tengah cari tablet bajet yg best ;)
Bio Oil
Sangat membantu pudarkan parut!
semasa belajar di penang,sy sering diganggu oleh sejenis serangga bernama charlie. charlie ni walaupun kecil tp sangat bahaya sbb ia mengeluarkan sejenis cecair(orang kata itu air kencing charlie). bila cecair tu terkena pada kulit,kulit akan mula kemerah merahan dan menggelembung berair. ianya sangat menyakitkan. saya pernah kena di badan,celah belakang lutut ada yg sampai bernanah. paling sakit dan memalukan bila terkena di bahagian hidung dan dahi. sy sangat malu untuk ke kelas. rasa mcm nk pakai topeng! lebih menyeramkan bila orang kata parut charlie akan kekal. nasib baik mak saya belikan bio oil. bila disapu secara konsisten setiap kali lepas mandi dan sebelum tidur, parut saya beransur hilang. alhamdulillah dlm masa 6 bulan kulit muka saya kembali mcm asalnya,parut yg besar completely hilang. terima kasih bio oil. serious recommended produk ni untuk korang yang nak hilangkan parut. :)
Mamee Mister Potato
snek wajib beli setiap kali ke speedmart!
setiap kali pegi speedmart sy mesti beli sebotol mister potato ni kekadang sampai 2 botol bila rasa gian nak makan jajan. saya paling suka perisa sour creme dgn honey butter. perisa pedas pun sedap! original pun sedap. senang cite semua sedap la. mmg puas hati buat kunyah2 berperisa enak sambil baca buku atau tgk cartoon. hihi. mister potato memang the best!