Edu-Color Blocks
Terbaik
Anak-anak memang seronok bermain gajet. Saya memperkenalkan permainan ini, dan menakjubkan mereka seperti terlupa gajet. Saya seronok melihat anak-anak fokus untuk membina rumah atau apa sahaja dengan mainan ini. Kadang-kadang, Mereka berebut-rebut bertanding bangunan siapa paling tinggi.
Wow....!!!! Seronok sekali melihat mereka seronok, di samping bagus untuk perkembangan otak anak-anak.
Nestle Koko Crunch
Bijirin paling sedap
Sejak kecil saya & adik beradik sangat gemarkan bijirin Koko krunch. Best sangat. Berebut-rebut kalau ayah belikan untuk sarapan. Sekarang saya selalu sediakan sebagai sarapan untuk anak-anak saya.Mereka sangat gemarkannya. Melihat telatah mereka, mengingatkan saya memori saya & adik beradik yang lain.
Memang makanan turun temurun lah.
Memang Terbaik!!!!!
Good Virtues Co. Helpful & Delightful Multiple Repair Hair Serum
Sangat best
Serum rambut terbaik. Sangat sesuai untuk yang bertudung.
Rambut berbau wangi je.
Menyihatkan rambut dengan minyak habatus sauda.
Sekarang senang untuk urus kan rambut.. tiada lagi rambut kusut.
Anak-anak pun seronok menggunakannya.
Sesuai untuk seisi keluarga. Harga yang sangat berpatutan. Selalunya saya dapatkan di drugstore.
Must try item!!!
WONDA Mocha
kopi tin paling sedap
Kopi dalam tin yang paling sedap!!!!
Setiap hari nak minum.
Rasa mocha memang asli. Diminum sejuk memang menyelerakan.
Saya rasa, Mocha adalah perisa yang paling sedap yang dihasilkan Wonda.
Sesuai diminum sebelum memulakan hari anda.
Wonda terbaik dari Nescafe.
Semua patut cuba.
PET PET Night Tape Diaper
Serapan yang hebat
Berminat untuk menggunakan diapers ini setelah menndapat pek percuma percubaan.
Dapat dilihat perbezaan serapan walaupun digunakan sepenjang malam. Anak2 saya nampk selesa berbanding menggunakan Drypers pantz untuk tidur.
Memudahkan saya kerana anak2 tidur lena dan saya tidak perlu tukar lampin sepanjang malam. Terima kasih Night Tape
Habhal’s Cap Kipas Udang Sweet Soya Bean Sauce
Kicap tersedap di alam semesta
Kicap pilihan keluarga saya. Pernah cuba pilihan yang lain, tapi tidak menjadi pilihan kami. Saya selalu gunakan untuk masakan, perapan atau makan begitu sahaja. Anak-anak saya tak selera makan kalau tiada kicap. Mesti kena cepat-cepat restock, tak boleh tak ada di rumah.
Pemudah hidup saya. Lebih-lebih lagi ketika tiada mood nak masak. Makan telur mata tambah kicap bawang.... memang terangkat. Bertambah-tambah nasi.
Terima kasih Kicap Kipas Udang.
Terbaik.???
Vaseline® Petroleum Jelly
Pelbagai guna
Saya gunakan vaseline biasanya pada bibir saya. Saya mengalami bibir kering yang merekah. vaseline sangat membantu masalah saya. Sebelum tidur, saya sentiasa akan memastikan sapuan vaseline di bibir.
Saya juga gunakan untuk ruam lampin bayi saya. Sangat-sangat membantu.
Recommended. Great product!!!
Cap Limau Yu Yee Oil
Memang terbaik!!
Sejak melahirkan anak sulung pada 2011, minyak ini menjadi pilihan pertama saya. Baunya yang wangi, rasa nak cium baby setiap masa. Membantu melegakan kembung bayi. Sehingga sekarang, saya sudah mempunyai 4 orang anak. Memang tak tukar pada jenama lain. Berpuas hati.'
Silkygirl Matte Junkie Lip Gloss 01 Retro
Give matte look
Sangat selesa dipakai dan harga yang berpatutan. Saya suka kan warnanya yang nude. Warna yang cantik. Mudah untuk didapati di mana-mana drugstore.
Saya selalu memakai lip balm selepas memakai lip matte ini. Tapi matte ini cepat hilang warnanya selepas makan atau minum.
Tiada ujian pada haiwan, itu yang terbaik!!!