Quaker Oatmeal Instant
Cepat dihidang
Oat nie saya guna untuk kawal tekanan darah tinggi dan diet. Saya ambil setiap pagi. Tapi sekarang saya ada pilihan menu lain, juga dari jenama quaker, tapi product rolled oat. So setiap hari saya ada pilihan sama ada instant oat atau rolled oat
OPPO R9s
Telefon Bimbit Kesayangan
Oppo R9s memang telefon pintar kesayangan saya. Selain telefon ini paling mahal pernah saya miliki, ianya juga telefon yang saya guna untuk komen sekarang. Kelebihan telefon ini adalah tempoh mengecas yang singkat bagi full bateri. Selain itu ianya tiada kurang berbanding telefon pintar yang lain. Cuma kekurangan oppo r9s adalah terdapat app yang tidak compatible contohnya app move2sd
Quaker Oatmeal Instant
Quaker untuk diet dan kesihatan
Quaker oat instant memang menjadi pilihan saya dalam berdiet. Saya mengambil oat ini bersama susu dan hirisan buah buahan segar untuk sarapan pagi. Selain itu ia membantu dalam mengawal kadar kolestrol dan gula dalam darah saya. Secara tidak langsung ia membantu saya mengawal diabetes. Memang dicadangkan untuk kesihatan.
Yeo’s Chrysanthemum Tea
Minuman Pilihan Untuk Majlis
Air kotak chrysanthemum Yeos memang menjadi pilihan saya jika mengadakan majlis, selain rasanya yang tidak manis ia juga memudahkan saya dalam penyediaan air. Ia juga pilihan saya jika ingin hilangkan dahaga apabila dalam perjalanan. Jika dibandingkan dengan jenama lain, saya lebih menyukai rasa yeos dan harganya yang berpatutan.
Ayam Brand Sardines in Tomato Sauce
Antara menu dari kecil
Sardin cap ayam ni menu rutin saya dari zaman budak-budak lagi. Masa tu keluarga tak mampu beli lauk yang mewah seperti ayam. So sardin cap ayam lah penukar selera. Sedapnya masyaAllah jangan cakap. Masa tu sardin ni makanan orang susah ja, tapi sekarang sardin ni dah mahal, jadi makanan orang senang pula. Tapi sardin cap ayam tetap menjadi menu pilihan. Seminggu sekali pasti ada menu sardin.