Tahukah anda bahawa ramai ibu lepas bersalin yang berasa tertekan untuk memulakan semula hubungan intim bersama suami. Ini kerana, selain disebabkan telah lama tidak ‘bersama’, ibu juga mungkin merasa takut luka pada faraj mereka akan sakit kesan daripada melahirkan anak. Jadi, ramai ibu yang tertanya-tanya bilakah waktu yang betul-betul sesuai untuk mereka mula ‘bersama’ dengan suami. Adakah selepas habis berpantang 44 hari, ataupun habis berpantang 100 hari, atau mungkin apabila luka bersalin mereka sudah sembuh?

Sebenarnya, tiada tempoh khusus untuk ibu lepas bersalin mula melakukan hubungan seks bersama suami mereka. Asalkan anda sendiri sudah bersedia dari segi fizikal dan mental. Namun, terdapat perkara yang perlu anda pastikan sebelum mula ‘bersama’ suami:

  1. Bersih daripada nifas. Dalam Islam, haram untuk bersetubuh semasa isteri dalam keadaan nifas. Jadi, anda perlu pastikan diri benar-benar bersih daripada darah nifas.
  2. Luka benar-benar sembuh. Adat berpantang orang Melayu menekankan supaya ibu berpantang daripada melakukan hubungan intim bersama suami selama 100 hari. Ini adalah untuk memastikan luka bersalin si ibu sudah sembuh.

Jika anda sudah melepasi kedua-dua perkara di atas, anda perlu mengikut kata suami jika suami ingin ‘bersama’ dengan anda. Cuma, jika anda masih belum bersedia, berterus-teranglah dengan suami anda tentang perasaan anda. Ini kerana kebanyakan ibu lepas bersalin, meskipun telah tamat tempoh berpantang, namun mereka tiada perasaan untuk bersama dengan suami semula. Antara sebabnya adalah kerana letih menguruskan penjagaan bayi dan tidak selesa untuk melakukan hubungan seks.

Foto: Times of India

Seks selepas bersalin, sakit ke tak?

Sakit bersalin selepas pembedahan caesarean masih belum hilang. Tapi, suami seakan memberi “tanda-tanda” ingin bersama.

Bagaimana nak buat ni? Sakit ke tak jika ingin melakukan hubungan seks selepas bersalin?

Sesetengah wanita yang bersalin secara pembedahan terus melakukan hubungan seks secepat mungkin selepas mereka pulih berpantang.

Tapi, jangan panik jika anda tak mahu melakukan hubungan intim ini lagi. Ramai wanita menangguh sesi melakukan hubungan seks selepas bersalin atas beberapa faktor.

Dan faktor yang paling utama adalah kerana rasa sakit.

Melakukan hubungan seks selepas bersalin, terutamanya bila anda bersalin secara pembedahan caesarean amat menyakitkan hingga ramai wanita berasa tidak selesa.

Walaubagaimanapun, kami di sini ingin berkongsi beberapa panduan untuk anda, sepertimana yang telah kami terima daripada Mother How!

Pembedahan caesarean atau czer adalah salah satu cara bersalin yang selalu dijalankan. Namun, ibu-ibu yang bersalin dengan cara ini pasti pernah terfikir apa cara hubungan kelamin selepas czer yang selamat?

Hal ini kerana ramai ibu risau walaupun luka bekas pembedahan sudah kering, tapi adakah luka boleh kembali terbuka atau sakit jika hubungan kelamin dilakukan dengan ganas?

Jangan risau ibu. jika anda khuatir bekas luka anda terbuka atau sakit kembali, berikut kami senaraikan 7 posisi hubungan kelamin selepas czer yang selamat untuk anda.

Lepas ini tak adalah nak risau lagi untuk berasmara dengan pasangan.

Tips selesa ‘bersama’ suami selepas bersalin

  • Selepas habis tempoh berpantang anda, jangan tergesa-gesa untuk melakukan hubungan intim. Beberapa hari sebelum itu, bermanja-manjalah dengan suami seperti bersentuhan, berpeluk ataupun berciuman sebelum anda bersedia melakukan hubungan intim.
  • Elakkan ‘bersama’ jika anda rasa penat, kerana ia mungkin akan menghilangkan mood anda untuk bersama.
  • Cari posisi yang sesuai semasa melakukan hubungan intim. Jika anda khuatir akan parut bersalin anda, cuba dengan posisi anda berada di atas suami.
  • Gunakan pelincir jika anda mengalami kering faraj.

Jika anda masih berasa sakit semasa melakukan hubungan seks, berbincanglah semula dengan suami. Anda juga boleh mendapatkan nasihat daripada doktor anda untuk mencari pilihan rawatan lain.

Bila anda boleh kembali buat hubungan seks selepas bersalin secara pembedahan?

Doktor pakar akan menasihatkan anda untuk tunggu sehingga 4 hingga 6 minggu selepas pembedahan, sebelum anda boleh melakukan hubungan seks semula.

Hal ini bagi menanti badan anda “kembali” normal dan sihat seperti sediakala.

Proses untuk sembuh daripada pembedahan biasanya mengambil masa lebih lama kerana “bahagian bawah” itu ingin pulih!

Apa yang pasti, anda perlu tunggu hingga pendarahan selepas bersalin (nifas) anda berhenti, dan badan anda kembali pulih – sebelum anda dan pasangan boleh bermesra semula!

 

Foto: afterbirth.care

Adakah seks selepas bersalin secara pembedahan berbahaya?

Ya! Jika badan anda masih tidak pulih sepenuhnya!

Terdapat risiko tinggi untuk jangkitan kuman dan penyakit akibat pendarahan selepas bersalin. Ada beberapa kes melaporkan mangsa mengalami pendarahan yang teruk kerana melakukan hubungan seks terlalu awal! 

Semuanya kerana selepas bersalin, plasenta akan dikeluarkan daripada rahim. Pengeluaran ini menghasilkan luka yang menyebabkan pendarahan selepas bersalin.

Rahim anda juga akan mengecut sebelum servik tertutup semula. Maka, perbuatan melakukan hubungan seks terlalu awal boleh memberi jangkitan pada luka yang belum sembuh. 

Jika anda mahu kurangkan risiko terkena jangkitan, tunggu sehingga pendarahan selepas bersalin anda berakhir. Ia keputusan yang lebih bijak!

Kesakitan Melakukan Hubungan Seks Selepas Bersalin Secara Pembedahan

Perumpaaan mengatakan, perbuatan melakukan hubungan seks selepas bersalin secara pembedahan seperti kembali menjadi anak dara.

Anda akan mengalami kesakitan, dan akan teragak-agak untuk meneruskan hubungan jika pertama kali mencubanya.

Tapi semua itu normal. Jangan risau. Perlahan-lahan, okay?

Mengapa kesakitan ini terjadi? Ia kerana perubahan hormon yang terjadi dalam badan anda selepas bersalin.

Biasanya, dinding faraj akan mengering. Tisu perantaraan, otot dan ligamen dalam badan anda perlu merenggang, baru kehidupan intim anda akan kembali seperti sediakala.

Jika anda ingin mengurangkan “kesakitan” ini, cuba guna pelincir atau buat foreplay lebih lama. 

Foreplay, urutan erotik dan cumbuan akan membantu wanita bertenang dan memberi tubuh mereka masa yang cukup untuk merembeskan pelincir semulajadi.

erangkan pada pasangan. Moga mereka faham yang pada peringkat awal untuk kembali bersama ini, anda perlu lebih perhatian!

Kadangkala, kesakitan untuk melakukan hubungan seks selepas bersalin secara pembedahan berlanjutan hingga minggu ke-12. Jumpa dan berbincang dengan doktor.

Dengar apa kata badan anda, dan lakukan hubungan seks dalam posisi yang paling anda selesa. Jangan pandang enteng kesakitan itu!

Lakukan semuanya secara perlahan-lahan dan penuh cermat. Semuanya akan kembali seperti sediakala, percayalah!

7 posisi hubungan kelamin selepas czer yang selamat

1) Doggy sambil berdiri

hubungan intim selepas czer, hubungan kelamin selepas czer, selepas czer, seks selepas pembedahan caesar, caesarean, ceserean, cesarean, seks selepas bersalin

Posisi doggy style merupakan kegemaran semua wanita. Namun selepas caesar, ramai ibu yang rasa sakit sebab ada tekanan pada bahagian perut.

Untuk mengatasi masalah ini, anda boleh cuba berdiri di tepi katil atau meja, sebelum suami melakukan penetrasi.

Tapi hati-hati ya! Jangan sampai tergesel bekas luka atau memberi tekanan berlebihan pada bawah perut anda itu. 

2) Hot Hula

hubungan intim selepas czer, hubungan kelamin selepas czer, selepas czer, seks selepas pembedahan caesar, caesarean, ceserean, cesarean, seks selepas bersalin

Posisi wanita di atas atau woman on top memberikan sedikit kawalan untuk kaum isteri. Tapi, posisi ini kadang-kadang boleh membuatkan ibu yang bersalin czer sakit juga.

Penyelesaiannya? Ibu boleh duduk di atas suami, namun tak payah melakukan pergerakan ke atas dan ke bawah. 

Sebaliknya, lakukan posisi hot hula dengan menggerakkan punggung ke kiri dan kanan.

3) Posisi duduk

hubungan intim selepas czer, hubungan kelamin selepas czer, selepas czer, seks selepas pembedahan caesar, caesarean, ceserean, cesarean, seks selepas bersalin

Jika anda duduk di pangkuan suami dengan rapat, ia mampu mencegah perut anda mengalami tekanan berlebihan.

Jadi, posisi duduk adalah posisi hubungan kelamin selepas czer yang paling selamat untuk anda.

Dengan dada kalian saling bersentuhan, kalian pasti lebih senang meneroka satu sama lain.

4) Posisi kaki silang X

hubungan intim selepas czer, hubungan kelamin selepas czer, selepas czer, seks selepas pembedahan caesar, caesarean, ceserean, cesarean, seks selepas bersalin

Untuk posisi hubungan kelamin selepas czer yang selamat no #4, anda boleh cuba berbaring di tepi katil dan membiarkan suami berdiri di depan anda.

Kemudian, silangkan kaki dalam bentuk X. Penetrasi suami akan dirasai lebih dalam melalui posisi ini. Malah, tekanan pada perut ibu juga tidak terlalu berat.

5) Reverse cowgirl

hubungan intim selepas czer, hubungan kelamin selepas czer, selepas czer, seks selepas pembedahan caesar, caesarean, ceserean, cesarean, seks selepas bersalin

Posisi hubungan kelamin selepas czer yang selamat biasanya melibatkan posisi yang boleh didominasi wanita.

Contohnya seperti posisi reverse cowgirl ini. Ia membolehkan anda belajar apa yang anda suka dan apa yang anda mahukan.

6) Straddle his saddle

hubungan intim selepas czer, hubungan kelamin selepas czer, selepas czer, seks selepas pembedahan caesar, caesarean, ceserean, cesarean, seks selepas bersalin

Ini pula posisi woman on top yang telah diubahsuai sedikit. Caranya dengan suami duduk bersila dan meletakkan beratnya pada kedua tangan yang ditampan ke belakang.

Kemudian, isteri boleh duduk di pangkuan suami sambil memegang bahunya.

7) Posisi air terjun

hubungan intim selepas czer, hubungan kelamin selepas czer, selepas czer, seks selepas pembedahan caesar, caesarean, ceserean, cesarean, seks selepas bersalin

Jika anda ingin melakukan posisi hubungan kelamin selepas czer yang sedikit lain dari yang lain, cubalah posisi air terjun ini.

Ia dilakukan dengan suami di bawah manakala isteri pula di atas. Anda perlu melakukannya di tepi katil.