Perlukah Permainan Kanak-Kanak Dibezakan Mengikut Jantina ?

Product Details

Sebagai ibu bapa, pernahkan anda tertanya-tanya tentang kesesuaian anak anda yang berlainan jantina diberikan alat permainan yang sama? Perlukah permainan kanak-kanak dibezakan mengikut jantina? Bolehkah kanak-kanak lelaki bermain dengan anak patung yang comel dan adakah sesuai bagi kanak-kanak perempuan memanjat pokok kelapa di belakang rumah?

Sejak dari kecil, seseorang kanak-kanak sentiasa diajar dan didedahkan dengan idea pengajaran berasaskan pengkhususan jantina. Kanak-kanak perempuan seringkali terpinggir daripada dunia permainan kanak-kanak lelaki yang penuh imaginasi dan kanak-kanak lelaki pula dilarang sama sekali menyertai dunia permainan kanak-kanak perempuan yang penuh kelembutan. Fikiran kita terperangkap di bawah sistem pendidikan berasaskan sosialisasi jantina.

Sosialisasi jantina ini memainkan peranan penting dalam dimensi sosial di mana kanak-kanak lelaki diajar bagaimana menjadi lelaki yang lasak dan tegas. Sebaliknya kanak-kanak perempuan pula diajar bagaimana menampilkan ciri-ciri kewanitaan untuk menjadi perempuan sejati dan mempersiapkan diri menjadi seorang ibu mithali.

Kajian Mengenai Permainan Kanak-Kanak Mengikut Jantina

Dalam satu kajian bertajukToy References in Children : Impact of Gender and Culture, An Observation Study oleh gabungan beberapa orang pelajar dari United Kingdom dan Turki, terdapat beberapa perkara berkaitan kecenderungan ibu bapa dalam mendedahkan anak-anak mereka dengan permainan mengikut jantina.

Kajian ini mengambil kira perbezaan budaya antara dua bangsa iaitu Turki dan British. Mereka ingin mengkaji apakah sebenarnya faktor yang mempengaruhi kanak-kanak dalam memilih suatu permainan. Apakah sebenarnya perkara yang mendorong seorang kanak-kanak menyukai sesuatu permainan dan adakah pengkhususan permainan mengikut jantina begitu penting untuk dititikberatkan oleh ibu dan bapa? Bagaimanakah permainan yang mereka pilih mampu mempengaruhi perkembangan sosialiasi seorang kanak-kanak?

Kajian lain mengenai perbezaan permainan kanak-kanak mengikut jantina sebenarnya pernah dilakukan lebih awal sejak tahun 1930-an seperti yang pernah dicatatkan oleh pada tahun 2009 oleh Alexander et. al.

Adakah Permainan Mengikut Jantina Dipengaruhi Ibu Bapa ?

Dalam kajian di atas, kesimpulan dari kajian mereka mendapati bahawa ibu bapa lebih cenderung mendedahkan anak-anak mereka yang berusia antara empat sehingga enam tahun dengan permainan berdasarkan pengkhususan jantina. Kengganan ibu bapa membenarkan anak-anak mereka bermain dengan permainan yang bertentangan dengan jantina mengehadkan pendedahan keinginan anak mereka sesuatu permainan.

Kajian juga mendapati bahawa kebanyakan kanak-kanak mempunyai kecenderungan yang neutral dalam pemilihan permainan. Mereka tidak hanya akan bermain permainan mengikut jantina sahaja. Kebanyakan kanak-kanak lelaki dan perempuan berkongsi minat yang sama untuk bermain jenis permainan yang neutral seperti permainan puzzle dan melukis.

Namun, kajian ini juga mendapati bahawaa tiada kanak-kanak yang akan memilih permainan yang bertentangan dengan jantina masing-masing walaupun kanak-kanak lelaki dan perempuan tersebut diletakkan bermain-main bersama dalam sebuah bilik dan disediakan pelbagai permainan berasaskan jantina

Selain itu, kecenderungan kanak-kanak memilih sesuatu permainan juga dipengaruhi oleh rakan di sekeliling. Kebiasaanya, permainan yang menjadi pilihan dan minat rakan kesukaan mereka akan turut menjadi permainan pilihan hati mereka. Mereka cenderung untuk bermain permainan yang sama seperti apa yang dilihat rakan mereka bermain.

Membeli Permainan Untuk Anak-Anak

Ibu bapa sering memberi pendapat stereotaip seperti “Anak perempuan kecil saya perlu diajar bermain alat permainan memasak dan anak patung kerana ia dapat mengenalkan mereka tentang peranan isteri dan ibu semasa di rumah”. Disebabkan fikiran stereotaip sebegini, ibu bapa cenderung mendedahkan anak perempuan mereka dengan permainan yang bersifat feminin.

Anak lelaki pula diajar bermain permainan yang lasak dan kasar. Dalam mana-mana budaya sekalipun, layanan terhadap anak-anak lelaki tidak selembut seperti layanan terhadap anak perempuan walaupun tahap kasih sayang di bahagikan sama rata di antara anak lelaki dan anak perempuan.

Dalam sesi soal jawab juga mendapati, walaupun ibu bapa membenarkan anak mereka bermain permainan yang berlainan jantina, idea ini tidak dilaksanakan oleh ibu bapa ketika membeli permainan untuk anak mereka. Ibu bapa masih tetap dipengaruhi oleh pemikiran yang stereotaip di mana mereka akan mendapatkan permainan askar atau pistol untuk anak lelaki manakala untuk anak perempuan pula dihadiahkan permainan patung barbie yang cantik jelita.

Cara Kanak-Kanak Bermain Berbeza Mengikut Jantina

Sesetengah ibu bapa cenderung membeli permainan kanak-kanak bersifat neutral. Contohnya permainan dinosaur. Sesetengah kanak-kanak memilih permainan dinosaur disebabkan minat mereka terhadap haiwan. Mungkin mereka seringkali melihat haiwan-haiwan hidup di kaca televisyen atau minat ibu bapa yang sering membawa anak mereka melawat zoo haiwan.

Namun, walaupun permainan patung dinosaur diminati oleh kanak-kanak lelaki dan perempuan, anda akan mendapati terdapat perbezaan terhadap cara kanak-kanak lelaki dan perempuan bermain dengan patung dinosaur.

Kanak-kanak lelaki seringkali bermain dengan patung dinosaur secara bertempur dan melaga-lagakan antara patung dinosaur seolah-olah mereka sedang bertarung. Cara mereka bermain dilihat lebih kasar. Ini berbeza dengan kanak-kanak perempuan yang diberikan permainan dinosaur. Selalunya kanak-kanak perempuan akan bermain secara lembut seperti memberikan patung dinosaur mereka makan rumput, mencari makanan atau beraksi seolah-olah patung ibu dinasour sedang mencari anaknya yang hilang.

Ini menunjukkan bahawa pembawakan seorang kanak-kanak bermain sesuatu permainan sebenarnya adalah mengikut jantina kanak-kanak tersebut. Adakalanya jenis permainan langsung tidak mempengaruhi bagaimana cara kanak-kanak itu bermain. Imaginasi dan cara berfikir kanak-kanak lelaki dan perempuan semestinya berbeza. Perspektif kanak-kanak melihat sesuatu permainan juga berbeza di antara kanak-kanak.

Stigma Masyarakat Mengubah Kecenderungan Kanak-Kanak Memilih Permainan

Disebabkan stigma masyarakat yang sering melarang secara tegas kanak-kanak lelaki bermain dengan anak patung atau menyertai kanak-kanak perempuan bermain masak-masak, kanak-kanak lelaki sering menunjukkan kecenderungan jantina yang lebih kuat berbanding kanak-kanak perempuan.

Mereka akan sering menolak apabila ditawarkan dengan permainan kanak-kanak yang bersifat “keperempuanan”. Malah, warna-warna permainan turut mempengaruhi pemilihan mereka dalam membeli permainan. Kanak-kanak lelaki yang dipengaruhi kuat oleh kecenderungan jantina sama sekali akan menjauhi warna-warna lembut seperti pink dan ungu.

Kanak-kanak perempuan pula biasanya diberikan kebebasan untuk bermain permainan yang mereka gemari. Ia bergantung kepada kecenderungan mereka dalam pemilihan sesuatu permainan. Tidak dinafikan wujudnya kanak-kanak perempuan yang gemar bermain permainan lasak yang menjadi dunia kanak-kanak lelaki. Namun, jarang sekali ibu bapa yang akan memaksa anak mereka supaya menjauhi permainan lasak. Stigma masyarakat pula semakin berubah di mana perempuan zaman moden tidak hanya terceruk di sudut dapur. Wanita hari ini diajar supaya berdiri sebaris dengan kaum lelaki. Apa yang lelaki mampu lakukan, kaum wanita juga memiliki keupayaan melakukan perkara yang sama.

Permainan Kanak-Kanak & Perkembangan Intelektual

Kemahiran spasial adalah kunci kejayaan dalam pelbagai bidang, termasuk seni, seni bina, kejuruteraan, dan sains fizikal. Untuk itu tidak dapat dinafikan bahawa kanak-kanak perlu didedahkan dengan permainan bersifat teknikal, mekanikal dan mencabar untuk mengasah kemahiran kanak-kanak berfikir.

Walaupun kemungkinan bermain anak patung mempunyai manfaatnya yang  sendiri, anak patung yang sangat seksual mungkin mengajar anak perempuan untuk menghargai diri mereka terutama melibatkan penampilan fizikal mereka. Ia bukanlah satu resipi terbaik yang menjanjikan pembangunan intelektual di kalangan kanak-kanak perempuan.

Oleh itu, terdapat sebab-sebab yang baik untuk menentang tekanan budaya yang mendorong kanak-kanak memilih permainan secara stereotaip mengikut jantina masing-masing. .

Get Reviews Widget

Leave a review

You may also like...