Setiap susu formula yang dijual di pasaran tentunya berbeza di antara satu sama lain. Jenama susu yang mahal belum tentu lebih baik berbanding dengan jenama susu yang kurang mahal. Sebagai ibu bapa, anda perlu mendalami ilmu pemilihan susu formula bayi yang paling sesuai untuk bayi anda. Jenama susu formula yang dibeli oleh rakan anda untuk bayi mereka tidak semestinya sesuai untuk bayi anda. Begitulah juga sebaliknya. Jadi, dalam memilih susu formula untuk bayi sendiri, jangan sesekali anda terikut-ikut dengan citarasa pemilihan orang lain.

Banyak faktor yang anda perlu pertimbangkan sebelum memilih susu formula paling sesuai untuk bayi. Sepanjang tempoh tersebut, anda mungkin akan melakukan kajian ‘trial and error’. Iaitu mencuba pelbagai jenis susu formula sebelum menemui jenama susu yang benar-benar sesuai.

TIPS MEMILIH SUSU FORMULA BAYI

Sebelum memilih beberapa jenama susu formula di pasaran yang terbaik untuk kerperluan bayi anda, ada baiknya jika anda semak beberapa tips pemilihan susu formula bayi. Ini penting supaya tidak berlaku sebarang kesan yang memudaratkan kesihatan bayi. Setiap bayi berbeza dari segi tahap sensitiviti terhadap kandungan bahan dalam susu. Jika tersilap memilih susu, bayi tentunya akan mengalami kesan kesihatan tertentu akibat alahan dan penolakan terhadap susu yang tidak sesuai.

Jenis Susu Formula

Ada 4 jenis susu formula di pasaran iaitu susu lembu, susu kambing, susu soya dan susu berasaskan protein.

Pilih Mengikut Usia Bayi

Biasanya setiap susu formula di pasaran akan memaparkan arahan label cadangan umur yang sesuai untuk susu tersebut. Susu bagi bayi yang berusia 6 bulan ke bawah tidak sama dengan bayi 6 bulan ke atas. Apa yang membezakan susu ialah kandungannya. Pemilihan susu formula untuk bayi berusia 2 tahun ke atas lebih mudah berbanding bayi berusia 6 bulan ke bawah. Ini disebabkan faktor pembentukan dan penyesuaian sistem penghadaman kedua-dua peringkat umur bayi yang berbeza.

Fahami Kandungan Nutrisi

Baca label kandungan yang terdapat pada susu tin. Terdapat istilah-istilah kandungan yang mungkin sukar untuk anda fahami fungsinya. Antaranya :

  • DHA (docosahexaenoic acid)
  • ARA (Arachidonic acid)
  • EPA Omega 3 (eicosapentaenoic acid)
  • Prebiotik / Probiotik

Setiap kandungan nutrisi ini mempunyai fungsinya tersendiri untuk perkembangan tubuh badan bayi. Jadi pastikan anda semak setiap fungsi dan kebaikan bagi bahan tersebut.

10 JENAMA SUSU FORMULA PALING POPULAR DI PASARAN

Anda mungkin mengetahui beberapa jenama tertentu sisi formula yang ada di pasaran. Mari kita 10 jenama susu formula paling popular di Malaysia. Kesemua jenama susu formula ini telah mendapat pengiktirafan Kementerian Kesihatan Malaysia di mana ia selamat untuk bayi.

1. ANMUM

Susu formula bayi jenama Anmum adalah antara susu pilihan para ibu di Malaysia. Dua jenis formula susu keluaran Anmum untuk bayi dan kanak-kanak ialah Anmum Infacare Langkah 1 (0-12 bulan) dan Anmum Essential (Langkah 3 & Langkah 4).

Setiap formula susu ini disesuaikan mengikut peringkat umur bayi. Anmum Essential Langkah 3 sesuai untuk bayi berusia 3 tahun ke bawah manakala Langkah 4 untuk bayi berusia 3 tahun ke bawah.

Untuk perkembangan sel-sel otak bayi supaya sentiasa berhubung, ia diperkaya dengan formulasi DHA dan Nuelipid. Nuelipid adalah gabungan berbagai nutrisi yang berfokus pada pertumbuhan dan perkembangan otak, khususnya dengan ditingkatkannya Gangliosida (GA). GA penting bagi perkembangan otak, dimana ia membantu menghubungkan sel-sel otak supaya proses menghafal dan pembelajaran anak menjadi lebih cemerlang.

Baca dan lihat komen tentang Anmum Infacare Step 1 (0-12month) dan Anmum Essential Step 4


2. ENFAGROW A+

Produk susu formula bayi Enfagrow A+ terdiri daripada Langkah 3, Langkah 4 dan Langkah 5. Langkah 3 untuk bayi berusia bawah 3 tahun, Langkah 4 untuk bayi berusia 4 sehingga 6 tahun manakala Langkah 5 untuk bayi berusia 6 tahun dan ke atas.

Setiap formula susu berbeza mengikut peringkat umur. Kompleks MFGM merupakan salah satu nutrisi yang terkandung dalam hampir kesemua peringkat umur. Ia juga mengandungi bahan DHA. Gabungan kedua-dua nutrien ini penting untuk perkembangan mental dan emosi kanak-kanak. MFGM penting untuk perkembangan struktur dan fungsi otak.

Baca dan lihat komen tentang Enfagrow A+ Step 3 (1-3 Years) , New Enfagrow A+ Step 4 dan  New Enfagrow A+ Step 5


3. NESTLE LACTOGEN

Untuk kanak-kanak, Nestle menyediakan pelbagai pilihan susu mengikut peringkat umur iaitu NANKID yang diformulasi berasaskan protein secara optimum. Protein ini kurang alergenik berbanding protein susu lembu biasa dan membantu perkembangan tubuh dan minda si manja dengan lebih baik.

Bagi formula Lactagrow, ia berasaskan formula manfaat bakteria L.reuteri yang memperbaiki sistem penghadaman serta kombinasi DHA untuk perkembangan tumbesaran bayi. Lactokid pula bagi kanak-kanak yang sedang membesar berusia antara 1 sehingga 3 tahun. Ia diperkaya dengan kalsium yang baik untuk tumbesaran tulang.

Baca dan lihat komen tentang Nestle Lactokid 3 , Nankid Optipro 3 dan Nankid Optipro 4


4. DUMEX MAMIL LEARNING STEP 3 & MAMIL ACTIVE STEP 4

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Kedua-dua susu formula ini sesuai bagi kanak-kanak berumur antara 1 sehingga 3 tahun dan 4 sehingga 9 tahun. Kedua-dua formula susu ini diperkaya dengan unsur prebiotik Oligosaccharide Mixture GOS/lcFOS yang sangat bermanfaat dalam memperbaiki sistem pencernaan. Bagi mengoptimumkan pertumbuhan dan perkembangan bayi, Mamil Learning Step 3 ditingkatkan dengan unsur DHA untuk bekalan nutrien secukupnya. Mamil Active Step 4 yang mengandungi vitamin D dapat membantu penyerapan kalsium ke dalam tulang supaya lebih kuat apabila usia kanak-kanak semakin meningkat.

Baca dan lihat komen tentang Mamil Learning Step 3


5. FRISO GOLD 3 & 4

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Formula susu bagi kanak-kanak berusia 1 sehingga 3 tahun dan 4 tahun ke atas. Friso Gold adalah jenama susu dari Holland. Formula susu dibangunkan menerusi teknologi LocNutri dimana ia akan memelihara protein dalam bentuk semulajadi supaya badan dapat menyerap nutrien ini dengan mudah. Tiada tambahan gula bagi kedua-dua susu ini.

Baca dan lihat komen tentang Friso Gold 3 dan Friso Gold 4


6. KARIHOME

Karihome merupakan jenama susu formula terkenal berasaskan susu kambing. Ia merupakan opsyen terbaik bagi ibu bapa yang memilih susu lain selain daripada susu lembu. Formulasi susu ini dicipta bagi kanak-kanak berusia dari umur 1 sehingga 7 tahun ke atas. Susu kambing adalah pilihan yang lebih baik bagi kanak-kanak yang mengalami alahan susu. Tidak seperti susu lembu, unsur alergen dalam susu kambing adalah amat kurang. Oleh itu, ia tidak memberikan kesan alergi terutama pada kulit bayi.

Baca dan lihat komen mengenai Karihome Goat Milk Growing-Up Formula Step 3


7. ABBOT PEDIASURE

 

Abbot Pediasure menyediakan susu formula dengan nutrisi pemakanan yang lengkap bagi kanak-kanak berusia dari 1 sehingga 10 tahun. Susu ini menjadi pilihan para ibu yang runsing terhadap selera makan anak-anak. Ia membantu menambahkan selera makan anak-anak terhadap makanan berunsur sayuran, buah-buahan serta kesukaran menerima pelbagai sumber makanan atau selera makan berkurang. Diperkaya unsur karbohidrat, DHA, AA serta bakteria hidup Bifidobacterium lactis dan L.acidophilus yang membantu memperbaiki sistem penghadaman kanak-kanak.

Baca dan lihat komen mengenai Abbot Pediasure