HomeMalayCuci Botol Susu Bayi Anda Dengan Peralatan WAJIB Ini

Cuci Botol Susu Bayi Anda Dengan Peralatan WAJIB Ini

Menyediakan set lengkap bagi peralatan mencuci botol susu bayi adalah sangat digalakkan bagi kaum ibu. Tanpa mengira apa jua jenama pilihan yang terdapat di pasaran, peralatan mencuci botol susu bayi yang lengkap dapat memudahkan dan mempercepatkan kerja-kerja mencuci botol susu bagi kaum ibu di rumah.

Selain daripada itu, tahap kebersihan cucian juga lebih terjamin dan selamat untuk digunakan oleh bayi anda. Perlu diingatkan bahawa botol susu yang tidak dibersihkan mengikut kaedah pembersihan botol susu yang disarankan mungkin menjadi penyebab pengumpulan bakteria dan kuman yang tidak mampu dikesan oleh mata kasar.

Maka, tidak salah sekiranya anda mengeluarkan perbelanjaan lebih untuk menyediakan set pembersihan susu botol bayi yang lengkap. Anda juga yang akan senang hati nanti bila lihat si bayi terhindar dari jangkitan penyakit.

Bagi ibu-ibu yang memerlukan set lengkap peralatan mencuci botol susu, tips ini boleh dijadikan sebagai garis panduan untuk anda memilih  peralatan mencuci botol susu bayi yang diperlukan mengikut kesesuaian.

1. Berus Botol Berfungsi Menyental Sisa Susu

Jangan biarkan lemak susu degil yang melekat pada celah-celah botol susu sehingga bertukar menjadi kulat hitam yang menggelikan. Untuk itu, berus botol menjadi peralatan terpenting kerana dengannyalah anda akan gunakan untuk mencuci botol.

Memilih berus botol yang tepat adalah sangat penting untuk proses penyentalan lemak susu degil yang melekat pada botol. Kebanyakan berus botol susu yang terdapat di pasaran diperbuat daripada pemegang bahan plastik.

Berusnya pula terdiri daripada pelbagai jenis. Antaranya bulu plastik, gabungan bulu plastik dan span lembut serta span yang dibalut jaringan keluli halus yang mana lebih kasar.

Terdapat jenama yang menyediakan dua jenis bulu pembersih botol susu iaitu satu untuk cucian bahagian dalam botol dan satu lagi khusus untuk cucian puting.

Bergantung kepada keselesaan si ibu semasa mencuci botol, ibu-ibu boleh memilih mengikut kesesuaian masing-masing. Ada yang selesa dengan berus yang mengelilingi batang pemegang.

Ada pula yang lebih selesa menggunakan berus sebelah permukaan sahaja. Biasanya berus sebegini mempunyai rekabentuk melengkung pada bahagian hujungnya untuk memudahkan cucian bahagian dalaman botol. 

Berus yang terlalu lembut dan jarang akan menyukarkan penyingkiran sisa-sisa lemak susu yang melekat. Jadi pastikan ibu-ibu tidak memilih bulu berus yang terlalu lembut dan jarang untuk menjimatkan masa cucian.

Berus yang terlalu kasar pula boleh meninggalkan kesan calar pada botol. Jadi, pilihlah berus botol susu yang benar-benar bersesuai.

Uji dan kenalpasti jika pemegang berus terlalu lentur atau jenis terlalu mudah patah. Seboleh-bolehnya, anda tentu tidak mahu menghabiskan wang berulang kali hanya untuk mengganti berus botol susu yang mudah patah.

2. Cecair Sabun Pencuci

Bagi pemilihan cecair sabun pencuci botol susu, perkara yang perlu dititikberatkan ialah dengan membaca kandungan bahan yang tertulis pada botol produk.

Sabun pencuci botol susu yang selamat biasanya diperbuat  dari bahan semulajadi serta bebas dari kandungan petroleum yang berasaskan bahan kimia.

Ia juga bersifat detergen sederhana yang tidak membahayakan, bebas toksik, mengandungi bahan antibakteria serta berkuasa menanggalkan lemak susu yang degil. Kesan sabun pula mestilah dari jenis yang mudah dibilas dengan air bersih. Kesan sabun yang mudah dibilas tentunya dapat menjimatkan masa dan bil air anda. Antara cecair sabun pencuci botol susu yang menjadi pilihan ibu-ibu ialah Pureen Liquid Cleanser

Cecair pencuci botol susu boleh digunakan sama ada untuk cucian menggunakan berus atau rendaman dalam air panas.

3. Rak Pengering Botol Susu

Selepas semua botol dicuci dengan sebersih-bersihnya, tentulah anda ingin mengeringkan sisa air dalam botol. Memiliki rak pengering botol susu menjadikan proses pengeringan botol lebih sistematik.

Sediakan satu rak pengering botol susu khas. Dengan ini, anda tidak perlu lagi mencampurkan peralatan botol susu bayi anda dalam rak pinggan mangkuk yang lain.

Rak pengering ini perlulah ditempatkan di satu sudut yang mempunyai sistem pengudaraan yang baik untuk memastikan peralatan botol susu mudah dikeringkan.

Botol susu yang tidak dikeringkan dengan baik akan meninggalkan bau yang tidak enak. Bau yang tidak enak inilah salah satu penyebab kenapa susu bayi mudah basi. Ini kerana sisa-sisa lemak susu dan bau yang tidak hilang sepenuhnya bercampur dengan susu baru yang dimasukkan ke dalam botol.

Memiliki rak pengering botol seperti Munchkin Fold Bottle Drying Rack memudahkan kerja pengeringan botol susu, puting, cawan, penyedut minuman dan injap botol.

Di pasaran juga anda boleh mendapatkan rak pengering botol susu berpenutup. Ia dapat melindungi botol susu yang telah siap dibasuh daripada debu halus yang berterbangan. Ia juga dapat melindungi botol susu dari dihinggapi lalat yang mungkin membawa penyakit.

Perhatikan juga jika rak pengering diperbuat daripada bahan plastik. Pastikan ianya bebas daripada bahan BPA (Bisphenol A). Bahan BPA telah diharamkan oleh kebanyakan negara kerana kandungan bahan kimianya yang berisiko tinggi terhadap kesihatan bayi.

4. Mesin Elektrik Steril Kuman

Menggunakan mesin steril kuman botol susu merupakan langkah akhir bagi memastikan kebersihan botol minuman bayi. Mungkin anda merasakan ia bukan satu keperluan yang wajib dimiliki.Tambahan lagi, harga bagi kebanyakan mesin steril botol susu elektrik yang ada di pasaran agak mahal. Jadi tidak semua mampu memilikinya.

Mungkin disebabkan itulah ramai ibu-ibu cenderung menggunakan kaedah steril secara tradisional iaitu dengan merebus peralatan botol susu dalam air panas.

Terdapat dua jenis mesin steril yang boleh anda miliki iaitu mesin steril elektrik dan mesin steril gelombang mikro. Kedua-duanya mempunyai kaedah membasmi kuman yang sama iaitu stim air pada suhu yang tinggi. Biasanya suhu akan ditingkatkan sehingga 100 darjah celcius.

Antara jenama mesin elektrik steril kuman yang menjadi pilihan ibu-ibu ialah Philips, Tommee Tippee, Pigeon dan Bubbles.

5. Penapis Air

Sesetengah ibu ada yang peka terhadap tahap kebersihan air. Air paip biasa di rumah selalunya mengandungi kandungan klorin yang tinggi. Ianya bukan sahaja tidak selamat untuk orang dewasa. Malah bayi lebih tidak terjamin kesihatannya apabila menggunakan air berklorin tinggi.

Untuk itu, ada ibu-ibu yang sanggup membeli bahan penapis air semata-mata untuk membasuh botol susu bayi dengan air bersih bebas klorin.

Jika anda mempunyai perbelanjaan lebih, tidak salah sekiranya anda membelanjakan duit untuk menyediakan peralatan penapis air di sinki dapur rumah anda.

Peralatan menapis air ini bukan sahaja dapat digunakan untuk membersih botol susu bayi. Malah seluruh ahli keluarga anda juga dapat meminum air yang terjamin kebersihannya.

TIPS BONUS

Bagaimana pula bagi ibu-ibu yang menyusukan bayi?

Bagi ibu-ibu yang menyusu bayi pula, penggunaan alat pengepam susu menjadi satu kemestian. Kesemua peralatan yang disenaraikan di atas boleh juga digunakan untuk membersihkan peralatan pengepam susu bayi anda.

Kaedah pembersihan juga sama. Jadi si ibu tidak perlu risau mencari-cari peralatan baru untuk pembersihan alat pengepam susu.

Pelajari Cara Terbaik Untuk Membasuh Botol Susu Bayi

 

Leave a comment

İstanbul escort mersin escort kocaeli escort sakarya escort antalya Escort adana Escort escort bayan escort mersin

elazığ Escort escort ankara escort bayan izmir escort adana escort antalya escort bursa konya escort bayan hatay escort bayan