HomeBlogPelajari Cara Terbaik Untuk Membasuh Botol Susu Bayi

Pelajari Cara Terbaik Untuk Membasuh Botol Susu Bayi

Penjagaan bayi bukan lah mudah seperti yang difikirkan. Bayi amat sensitif dan perlu dijaga dengan teliti dari segi pemakaian, makanan, alatan yang digunakan dan sebagainya. Sebagai ibu bapa yang prihatin, pasti anda mahukan yang terbaik buat bayi anda.

Oleh itu, mari pelajari satu perkara yang sering kali diambil mudah oleh ibu bapa iaitu proses mencuci botol susu. Botol susu adalah alatan yang digunakan setiap hari, maka ianya penting untuk bersihkannya dengan teliti. Botol susu perlu dibersihkan dengan khusus agar ianya selamat untuk digunakan. Mencuci botol susu bayi tidak sama seperti kita membersih pinggan mangkuk. Ianya memerlukan penggunaan sabun khas dan sebagainya. Berikut adalah cara terbaik untuk menbasuh botol susu bayi agar bersih dan selamat untuk digunakan:

1. Menggunakan sabun yang sesuai

Lebihan susu akan meninggalkan kesan pada botol susu yang agak sukar untuk dibersihkan dengan hanya menggunakan air. Oleh itu, ianya amat disarankan untuk menggunakan sabun ketika mencuci. Pemilihan sabun perlulah dilakukan dengan teliti. Ini kerana, sabun biasa mengandungi tahap sabun yang tinggi dan kesan-kesan sabun yang tertinggal boleh membahayakan bayi. Gunakan sabun khas untuk mencuci botol susu bayi yang lembut dan terbukti selamat. Sabun sebegini amat lembut untuk digunakan dan mampu menghilangkan kesan-kesan minyak daripada susu dengan sepenuhnya.

2. Membuka semua bahagian botol

Pastikan anda membuka semua bahagian botol susu ketika proses membersih. Amat penting dilakukan untuk memastikan kesemua bahaian botol susu malah kawasan yang sukar untuk dicapai bersih sepenuhnya. Kebiasaan ibu bapa hanya membasuh botol, bilas dan kemudiannya selesai. Ianya salah, anda perlu membuka puting susu dahulu dan bersihkan disekelilingnya. Itu lah kawasan yang paling banyak kesan susu. Lalukan dibawah air dan letakkan sedikit sabun untuk memudahkan kerja membersih.

3. Menggunakan air panas

Kesan susu kadang-kala agak sukar untuk dibersihkan dengan menggunakan air biasa. Untuk memudahkan kerja, anda boleh menggunakan air panas. Air panas amat efektif dalam menanggalkan kesan kotoran, malah ianya juga amat bagus dalam membasmi bakteria dan kuman. Perhatikan jika anda membasuh menggunakan air panas, ianya memudahkan malah memendekkan tempoh masa permbersihan. Tips tambahan, rendamkan dahulu botol susu dalam air panas dan kemudian bersihkannya seperti biasa.

4. Menggunakan berus membersih botol khas

Jangan sesekali gunakan berus mencuci pinggan mangkuk untuk membersihkan botol susu bayi. Berus mencuci pinggan mungkin sedikit kasar untuk botol susu bayi dan merosakkannya. Gunakan berus khas untuk mencuci botol susu yang boleh didapati di pasaran. Berus botol susu juga datang dalam pelbagai saiz untuk mencuci botol, di kawasan yang sukar dicapai serta berus halus untuk mencuci puting botol susu. Pastikan berus yang digunakan dibersihkan dahulu dan tidak bercampur dengan kegunaan lain.

5. Bilas hingga bersih

Selepas anda selesai memberus botol susu, bilaskan dengan air bersih sehingga bersih. Pastikan kesemua kotoran hilang serta tiada kesan tinggalan sabun. Bilas dengan teliti dan jangan biasakan diri untuk membasuh botol dengan cara merendam di dalam bekas. Ini kerana air tersebut akan tercemar serta tidak membersihkan botol sepenuhnya. Gunakan air lalu paip untuk membersihkan botol.

6. Sterilkan

Tambahan proses membersih botol susu ianya dengan mensterilkan botol. Steril ini adalah langkah terbaik untuk membasmi kuman yang berada di dalam botol susu. Anda boleh memudahkan kerja dengan hanya perlu membeli mesin steril yang boleh didapati di pasaran khas untuk mensterilkan botol susu. Jika anda gusar mengenai punca air di rumah, maka steril botol dengan menggunakan air mineral.

7. Keringkan dengan cermat

Anda tidak mahu menggunakan botol susu yang masih belum kering. Ini kerana air paip yang terdapat dalam botol susu akan menyebabkan bayi mengalami sakit perut. Pastikan anda keringkan dengan cermat dan gunakan apabila ianya benar-benar kering. Selepas proses membilas, keringkan dengan menggunakan tuala bersih dan capai di tempat-tempat yang sukar dicapai. Perlu diambil kira juga puting botol susu. Keringkan dengan betul sebelum digunakan.

Leave a comment

İstanbul escort mersin escort kocaeli escort sakarya escort antalya Escort adana Escort escort bayan escort mersin

elazığ Escort escort ankara escort bayan izmir escort adana escort antalya escort bursa konya escort bayan hatay escort bayan