Tentunya masih ramai yang masih tidak mengetahui apakah itu aair fryer, kegunaannya dan kelebihannya sebagai peralatan dapur moden. Inovasi peralatan dapur seperti air fryer dicipta untuk memudahkan kerja-kerja memasak untuk semua golongan sama ada wanita mahupun lelaki.
Jadi apakah itu air fryer?
Secara ringkasnya air fryer atau dikenali dalam bahasa melayu sebagai alat penggorengan udara yang memasak sebarang jenis hidangan yang kita inginkan melalui kaedah pengaliran udara panas sekitar makanan. Air fryer menggunakan sejenis kipas mekanikal bagi mengalir dan mengedarkan udara panas berikut mengelilingi makanan yang dimasak pada kelajuan yang tinggi. Makanan akan dimasak akan menghasilkan lapisan rangup di bahagian luar melalui tindak balas Maillard. Tindak balas ini akan menghasilkan warna makanan berwarna keperangan seperti yang anda lihat pada makanan yang bergoreng dan makanan yang dibakar.
Apa jenis makanan boleh dimasak dengan air fryer ?
Fryer bermakna menggoreng. Jadi jenis masakan utama yang anda boleh masak dengan menggunakan air fryer ialah menggoreng. Berbeza dengan kaedah gorengan biasa menggunakan minyak di atas dapur, air fryer membantu anda menggoreng apa jua jenis makanan yang boleh digoreng tanpa penggunaan walau setitis minyak.
Inovasi gorengan baru tanpa menggunakan minyak ini sebagai alternatif yang lebih sihat bagi anda untuk mengurangkan pengambilan makanan berminyak yang ternyata menjadi salah satu penyumbang kepada kenaikan berat badan dan penyakit berkaitan kolestrol dan sakit jantung.
Penggorengan mengguna air fryer sebaliknya memanaskan makanan dari segala penjuru arah untuk memastikan penggorengan yang sekata. Ia juga berbeza dengan kaedah memasak makanan menggunakan ketuhar gelombang atau oven. Suhu penggorengan menggunakan air fryer juga adalah lebih rendah berbanding dengan suhu penggorengan dan memasak menggunakan dapur, ketuhar gelombang dan oven. Sebagai contoh jika gorengan ayam menggunakan minyak masak sekitar suhu 350 darjah celcius, air fryer pula lebih rendah sekitar 25 ke 30 darjah celsius menjadikan suhu penggorengan sekitar 325 darjah celcius.
Jadi dengan penggorengan menggunakan air fryer, anda boleh mengelakkan penggunaan minyak yang menyumbang kepada pengumpulan lemak dalam makanan, terhindar daripada proses oksidasi minyak masak yang tidak sihat dan menghasilkan makanan bergoreng sedap setanding dengan kaedah gorengan biasa yang lebih kering tanpa minyak.
8 Peralatan Air Fryer Untuk Rumah Anda
Jadi adakah anda sudah bersedia menukar kaedah gorengan berminyak kepada gorengan yang lebih sihat tanpa menggunakan minyak? Dengan adanya air fryer, anda juga boleh menjimatkan penggunaan minyak masak yang pastinya lebih bernilai untuk wang anda.
Pelbagai pilihan air fryer anda boleh dapatkan di pasaran pada harga yang berbaloi untuk dimiliki. Bagi yang berminat memilikinya, apakata anda pertimbang satu daripada 8 peralatan air fryer ini untuk menambahkan lagi keceriaan anda dalam dunia masakan.
1.Philips HD-9643 Airfryer
Air fryer daripada Phillips ini membantu anda menghasilkan gorengan makanan yang lebih sihat tanpa perlu merendamkan makanan dalam minyak masak yang panas. Anda boleh menghasilkan sebarang makanan bergoreng yang rangup, garing dengan warna gorengan yang menarik. Masalah gorengan melekat juga tidak akan berlaku kerana ia menggunakan kuali jenis non-sticky yang tidak akan menyebabkan gorengan makanan melekat seperti penggunaan kuali. Lebih mudah untuk anda membersihkan ia selepas setiap kali penggunaan.
Baca ulasan pengguna mengenai produk air fryer ini
2. Elba Air Fryer 2.2L 1500W EAF-D2215(BK) Black
Ia memelihara keenakan asli makanan dengan kaedah gorengan tanpa minyak menggunakan peredaran udara panas. Menghasilkan gorengan yang serata ke seluruh permukaan makanan dalam dan luar tanpa menghilangkan kesedapan makanan yang anda masak. Anda boleh goreng pelbagai jenis lauk seperti ayam goreng, ikan, kentang, nuget ayam, kuih bergoreng seperti karipap dan popia goreng dan lain-lain dengan lebih mudah. Air fryer ini boleh memenuhi kapasiti memasak sehingga 2.2 liter. Ia memudahkan kerja gorengan makanan tanpa perlu pemanasan api dan asap memenuhi ruang dapur apabila terlebih masak.
Baca ulasan pengguna mengenai produk air fryer ini
3. Cornell Multi Air Fryer
Menyediakan dua kapasiti ruang menggoreng iaitu di atas dulang dan mangkuk. Jadi anda boleh menggoreng dua jenis makanan secara serentak. Memasak secara menyeluruh melalui peredaran panas 360 darjah. Menghasilkan gorengan yang sekatan, rangup dan enak. Jika ingin menggunakan minyak juga, cuma perlu menambah 1 sudu penuh ke atas makanan dan ini sat penjimatan yang amat berbaloi. Tiada lagi keperluan menunggu lama sehingga minyak panas untuk memulakan gorengan. Cuma masukkan ke dalam bekas gorengan, tutup dan hidupkan kausa elektrik. Pilih tetapan yang anda inginkan dan biarkan ia menggoreng sehingga selesai. Tiada lagi kerisauan gorengan hangit dan berasap.
Baca komen pengguna mengenai peralatan air fryer ini
4. RIINO Turbo Air Fryer v2
Menyediakan kapasiti gorengan sehingga 10 liter. Gorengan tidak memerlukan penggunaan minyak dan bebas dari mengeluarkan asap seperti gorengan menggunakan minyak. Sangat efisyen untuk penjimatan tenaga dan bebas dari unsur-unsur radiasi yang membahayakan kesihatan. Anda boleh menetapkan suhu masakan antara 50 sehingga 230 darjah celsius bergantung kepada kesesuaian masakan. Air fryer ini senang diangkat, disimpan di dapur serta boleh dialihkan dengan mudah dengan berat hanya 8.0 kilogram sahaja.
Baca ulasan pengguna mengenai air fryer ini
5. Pensonic PDF-2201 Air Fryer
Memasak seperti chef. Pengguna boleh menggoreng dengan mudah melalui pilihan tetapan suhu antara 80 sehingga 200 darjah celsius. Suhu ini boleh diubah pada bila-bila masa semasa proses penggorengan sesuai mengikut keperluan anda. Alat ini dilengkapi dengan sistem tutup secara auto selepas penggunaan untuk menjimatkan penggunaan tenaga elektrik. Menggunakan bahan pemanasan anti karat untuk penggunaan yang tahan lebih lama.
Baca ulasan pengguna mengenai air fryer ini
6. Trio Air Fryer TAF 858
Mempunyai fungsi kawalan suhu dan penetapan masa untuk penggorengan yang lebih nyaman. Dilengkapi dengan bekas masakan anti lekat bagi menghasilkan gorengan yang lebih cantik dan tidak merosakkan makanan. Menyediakan ruang kapasiti memasak 3.0 liter dengan kadar suhu penggorengan antara 80 sehingga 200 darjah celsius. Rekabentuk bertujuan untuk memudahkan pengendalian ketika gorengan dilakukan.
Baca ulasan pengguna mengenai air fryer ini
7. Milux MAF-1360
Air fryer dengan saiz yang sangat kompatibel iaitu 438 L x 338 W x 325 H mm. Pengguna boleh memasak lebih banyak dengan kapasiti menggoreng 12 liter. Ia dilengkapi dengan bekas memasak anti lekat, mempunyai sistem penetapan masa sehingga 99 minit, tetapan suhu antara 80 sehingga 240 darjah celsius serta dilengkapi sistem paparan LED dengan panel sentuhan skrin tanpa butang. Terdapat tambahan aksesori iaitu bekas jaringan memasak di mana anda boleh memasukkan makanan ke dalamnya dan menggoreng tanpa perlu meletakkan makanan ke dalam kualiti anti lekat.
Baca ulasan pengguna mengenai air fryer ini
8. Butterfly BAF-602M 10L Air Fryer
Air fryer ini mempunyai fungsi menggoreng, memanggang dan membakar. Sesuai untuk semua jenis masakan termasuk untuk membuat kek dan memasak bertih jagung. Ia mempunyai cermin lutsinar untuk memudahkan anda melihat proses penggorengan dan memanggang. Anda masih boleh membuka penutup ketika proses memasak sedang dijalankan untuk membolehkan anda menambah apa-apa yang diperlukan ke atas makanan seperti sos dan rempah.