HomeMalay10 Kad Kredit Terbaik Untuk Membeli-Belah Di Malaysia – Banding, Pilih & Mohon Online

10 Kad Kredit Terbaik Untuk Membeli-Belah Di Malaysia – Banding, Pilih & Mohon Online

kad kredit terbaik

Kemudahan teknologi memberikan kebaikan bukan sahaja dari segi aspek pendidikan, pengangkutan dan pertanian, malah sektor perniagaan turut menerima tempiasnya. Yang paling dekat dengan kita adalah adanya sistem kad kredit terbaik untuk membeli-belah di Malaysia.

Menarik tentang kad kredit adalah ia memudahkan urusan transaksi dengan lebih pantas, lebih selamat, praktikal untuk di bawa ke mana-mana sahaja berbanding menggunakan tunai.

Kemahuan atau keperluan, kad kredit dalam kehidupan?

kad kredit terbaik untuk membeli-belah

Mengapa ada orang menggunakan tunai atau kad kredit dalam satu-satu masa? Sekiranya kad kredit memang keperluan, mengapa tidak semua pengguna atau transaksi menyeragamkan kepada satu cara sahaja?

Kita pasti tertanya-tanya tentang hal ini. Menurut laporan yang diberikan, jumlah pemilikan kad kredit masih bersaing hebat dengan mereka yang menggunakan tunai, e-dompet, dan sebagainya.

Bahkan kira-kira 45 peratus dari keseluruhan rakyat Malaysia tidak mempunyai kad kredit sama sekali. Justeru kenyataan ini menjawab kepada persoalan tadi. Boleh kita simpulkan bahawa tidak semua golongan layak dan berkeperluan untuk menggunakan kad kredit.

Ini semua bergantung sepenuhnya kepada individu itu sendiri untuk menentukan sama ada ia keperluan atau kehendak dalam kehidupan mereka.

Senarai kad kredit terbaik untuk membeli-belah 2023

Secara umumnya, kad kredit di Malaysia ditawarkan dari pelbagai jenis. Malah setiap institusi kewangan ada menawarkan lebih daripada satu kad kredit dengan kelebihan yang tersendiri.

Kali ini, kita akan berkongsi mengenai kad kredit terbaik untuk membeli-belah. Kad kredit beli-belah ini amat sesuai bagi anda yang gemar berbelanja. Hal ini kerana, banyak tawaran eksklusif dan diskaun yang ditawarkan dari pusat beli-belah popular di Malaysia.

Berikut adalah senarai lengkap yang boleh menjadi rujukan anda:

1. Alliance Visa Infinite

Kad kredit yang terbaik untuk membeli-belah yang pertama adalah Alliance Visa Infinite. Tanpa menetapkan sebarang tarikh luput, kad ini sangat membantu untuk anda yang gemar membeli-belah dan melancong ke luar negara.

Banyak mata point yang diberikan dari pelbagai kategori pilihan seperti beli-belah, pelancongan, barangan runcit, dan makanan.

Kelebihan:

  • Lebih daripada 8 kali Timeless Bonus Point bagi setiap RM1 yang dibelanjakan
  • Lebih daripada 5 kali  Timeless Bonus Point dalam  urus niaga Barangan Runcit dan Luar Negara
  • Lebih daripada 1 kali Timeless Bonus Point untuk untuk transaksi tanpa sentuhan, makan, hiburan, pengebilan automatik dan transaksi runcit lain
  • Setiap mata boleh ditebus kepada hadiah, minyak kereta, dan baucar
  • 5% Pelan Pembayaran Fleksi
  • Pelan Pembayaran Fleksibel 0% selama 3 bulan untuk pembelian tiket penerbangan, tempahan Hotel dan perbelanjaan luar negara

Ciri-ciri:

  • Kadar faedah: 15.0% p.a
  • Syarat kelayakan: RM 60, 000 (gaji minimum tahunan)
  • Yuran tahunan: RM438

Mohon Alliance Visa Infinite

2. Maybank Shopee Visa Platinum Credit Card

Bagi anda yang gemar membeli-belah secara dalam talian dia aplikasi Shopee, anda pastinya jangan lepaskan peluang untuk dapatkan Maybank Shopee Visa Platinum Credit Card ini.

Banyak tawaran menarik yang sangat menguntungkan bakal anda perolehi dengan berbelanja banyak di Shopee.

Kelebihan:

  • 5 kali Maybank Shopee Coins (untuk dibelanjakan untuk Shopee pada setiap 28 haribulan dan hari Kempen Besar seperti 9.9, 12.12, dan sebagainya)
  • 4 kali Maybank Shopee Coins (untuk dibelanjakan untuk hiburan dan paywave pada setiap 28 hari bulan dan hari Kempen Besar iaitu 9.9, 12.12 dan lain-lain)
  • 1 kali Maybank Shopee Coins (untuk Semua perbelanjaan lain seperti bahan makanan)
  • 5,000 Shopee Coins dengan perbelanjaan runcit minimum RM300 dalam masa 60 hari.

Ciri-ciri:

  • Kadar faedah: 15% p.a
  • Syarat kelayakan: RM 24,000 (gaji minimum tahunan)
  • Yuran tahunan: Percuma

Mohon Maybank Shopee Visa Platinum Credit Card

3. Standard Chartered JustOne Platinum Mastercard

Untuk Standard Chartered JustOne Platinum MasterCard ini pula, ia amat sesuai bagi anda yang biasanya berbelanja RM2500 setiap bulan. Kad ini menawarkan pulangan tunai (cashback) untuk perbelanjaan runcit, e-dagang dalam talian, dan tambah nilai atau transaksi e-dompet (e-wallet).

Dalam kata lain, setiap kali swipe kad, memang lebih banyak cashback yang boleh anda perolehi. Bukan itu sahaja, malah setiap transaksi ada juga diberikan perlindungan Visa eCommerce Purchase Protection untuk kekal selamat dan terjamin.

Ciri-ciri:

  • Kadar faedah: 15% p.a
  • Syarat kelayakan: RM36,000 (gaji minimum tahunan)
  • Yuran tahunan: RM250

Mohon Standard Chartered JustOne Platinum Mastercard

4. Citi Rewards Platinum Card

Citibank Berhad menghasilkan sebuah kad kredit paling digemari ramai iaitu Citi Rewards Platinum Card. Kad ini bagus bagi mereka yang gemar membeli-belah di dalam dan luar negara.

Oleh kerana Citi Bank mempunyai banyak cawangan di luar negara, ini menjadikan transaksi segala pembelanjaan anda menjadi lebih mudah. Kebaikannya boleh anda perolehi di dalam dan luar negara.

Kelebihan:

  • Perlindungan insurans kemalangan perjalanan sehingga RM50,000 dengan tempahan tiket penerbangan
  • 5 mata ganjaran (rewards points) dengan setiap perbelanjaan RM1
  • Diskaun sehingga 15% untuk semua kadar bilik hospital
  • Akses ke Plaza Premium Lounge di KLIA

Ciri-ciri:

  • Kadar faedah: 15% p.a
  • Syarat kelayakan:  RM60, 000 (gaji minimum tahunan)
  • Yuran tahunan: Percuma

Mohon Citi Rewards Platinum Card

5. Standard Chartered WorldMiles Mastercard

Kad kredit terbaik untuk membeli-belah yang seterusnya adalah Standard Chartered WorldMiles Mastercard. Bagi anda yang sukakan pengalaman membeli-belah di luar negara, kad kredit ini justeru memberikan manfaat yang banyak.

Kelebihan:

  • Lebih banyak mata WorldMiles apabila berbelanja di luar negara
  • Setiap 2 mata WorldMiles memberi 1 Airmile kepada Program Penerbangan Kerap (FFP)
  • Meningkatkan pengalaman perjalanan dengan akses percuma ke Plaza Premium Lounge di KLIA dan KLIA 2 apabila  melancong ke luar negara
  • Nikmati pulangan tunai sehingga RM80 ke atas Airport Limo (dari KLIA) & KLIA Ekspres (dari KLIA & KLIA 2) perjalanan pulang apabila pulang dari perjalanan luar negara

Ciri-ciri:

  • Kadar faedah: 15-18% p.a.
  • Syarat kelayakan: RM 90,000 (gaji minimum tahunan)
  • Yuran tahunan:  RM600

Mohon Standard Chartered WorldMiles Mastercard

6. HSBC Advance Visa Platinum Credit Card

kad kredit terbaik untuk membeli-belah

Membeli barang keperluan secara dalam talian menjadi kemudahan yang sangat selesa, efektif dan menjimatkan masa. Dengan HSBC Advance Visa Platinum, kita boleh mengoptimumkan pengalaman membeli-belah itu.

Kelebihan:

  • Dengan setiap RM1 yang yang anda belanjakan dalam talian, anda peroleh 3x mata ganjaran
  • Dapat 1 mata ganjaran untuk setiap RM1 perbelanjaan, kecuali untuk perbelanjaan petrol
  • Kemudahan bayaran arahan tetap (standing instruction) dan pembayaran bil automatik (auto-billing)

Ciri-ciri:

  • Kadar faedah: 15% p.a
  • Syarat kelayakan: RM 36,000 (gaji minimum tahunan)
  • Yuran tahunan: Tiada

Mohon HSBC Advance Visa Platinum Credit Card

7. Affinbank Visa Gold

kad kredit terbaik untuk membeli-belah

Kad kredit dari Affin Bank Berhad iaitu Affinbank Visa Gold ini khusus kepada mereka yang gemar berbelanja dan melancong.

Banyak mata ganjaran yang ditawarkan untuk setiap transaksi runcit melalui Affin Rewards Points”. Menariknya, setiap mata ganjaran ini boleh ditebus dengan hadiah, baucar atau barangan terpilih.

Dari segi pembayaran semula pula ia memberi kemudahan  pembayaran tanpa sentuh (contactless payment) melalui Visa PayWave.

Kelebihan:

  • Mempunyai pelan pemindahan baki dengan “Affin Bank Balance Transfer”
  • Mempunyai Pelan bayaran ansuran (easy payment plan)
  • Perlindungan insurans perjalanan yang lengkap, dengan perlindungan insurans pernjalanan sehingga RM500,000
  • Perlindungan lain seperti penundaan atau kelewatan penerbangan dan kelewatan bagasi juga ditawarkan dengan jumlah perlindungan sehingga RM1,000

Ciri-ciri:

  • Kadar faedah: 15% p.a
  • Syarat kelayakan: RM 30,000 (gaji minimum tahunan)
  • Yuran tahunan: RM150

Mohon Affinbank Visa Gold

8. AEON Big Visa Classic

Antara kad kredit terbaik untuk membeli-belah yang popular di Malaysia tentunya AEON Big Visa Classic. Anda bukan sahaja boleh mendapatkan tawaran terbaik apabila berbelanja di AEON Big malah disemua pasar raya terpilih di dalam dan luar negara juga.

Ini juga termasuklah isian minyak dan penerbangan ke luar negara seperti perlindungan insurans untuk kemalangan peribadi.

Kelebihan:

  • Rebat tunai sehingga 5% untuk perbelanjaan di pasaraya AEON BiG dan isian minyak
  • Rebat tunai sehingga 2% untuk perbelanjaan atas talian (online) dan perbelanjaan luar negara
  • Diskaun dan mata ganjaran ketika anda membeli-belah dalam negara dan luar negara, atau setiap kali anda mengisi minyak
  • Memiliki pelan pemindahan baki AEON Balance Transfer dan pelan bayaran ansuran AEON Easy Payment Plan

Ciri-ciri:

  • Kadar faedah: 15% p.a
  • Syarat kelayakan: RM24,000 (gaji minimum tahunan)
  • Yuran tahunan: RM30

Mohon AEON Big Visa Classic

9. Maybank Card Visa Platinum

Maybank Card Visa Platinum adalah kad kredit antara yang popular juga di Malaysia. Maybank sendiri cukup dikenali ramai sebagai sebuah perbankan yang selamat dan dinobatkan terbaik di dunia.

Kelebihan:

  • Dapat 1 mata setiap kali berbelanja RM1 di Malaysia
  • Dapat 2 mata setiap kali berbelanja RM1 di luar negara
  • Dapat 2 mata setiap perbelanjaan ketika bulan hari jadi kita
  • Insurans perlindungan ke luar negara sehingga RM700,000

Ciri-ciri:

  • Kadar faedah: 15% p.a.
  • Syarat kelayakan: RM60,000 (gaji minimum tahunan)
  • Yuran tahunan: RM550

Mohon Maybank Card Visa Platinum

10. CIMB World Master Card

Pilihan terakhir yang lain untuk kad kredit terbaik yang boleh anda cuba adalah CIMB World Master Card.  Ia memberikan anda peluang untuk merasai pengalaman berbelanja di luar negara dengan tenang dan menjimatkan.

Kelebihan:

  • Rebat tunai tanpa had 1.5% untuk perbelanjaan luar negara
  • Liputan insurans pelancongan automatik sehingga RM1 juta
  • Diskaun 50% fi hijau di 25 padang di 9 negara atau pelajaran golf

Ciri-ciri:

  • Kadar faedah: 15% p.a.
  • Syarat kelayakan: RM90,000 (gaji minimum tahunan)
  • Yuran tahunan: Tiada

Mohon CIMB World Master Card

Diharapkan perkongsian berkenaan dengan pilihan kad kredit terbaik untuk membeli-belah ini dapat memberikan anda pengetahuan yang bermanfaat untuk diaplikasikan dalam kehidupan seharian.

Ingat-ingat dalam berbelanja, berjimat cermatlah sepanjang masa!

Leave a comment

İstanbul escort mersin escort kocaeli escort sakarya escort antalya Escort adana Escort escort bayan escort mersin

elazığ Escort escort ankara escort bayan izmir escort adana escort antalya escort bursa konya escort bayan hatay escort bayan