HomeMalayNak bercuti dengan keluarga dengan bajet rendah, ketahui tips membeli tiket penerbangan

Nak bercuti dengan keluarga dengan bajet rendah, ketahui tips membeli tiket penerbangan

Bila merangka percutian, perkara yang paling utama sekali yang perlu dipertimbangkan adalah harga tiket flight. Harga tiket flight mempengaruhi hampir satu pertiga daripada kos keseluruhan. Disebabkan terlalu mengejar harga tiket flight murah, ramai yang tertipu dengan scam yang menjanjikan bulan dan bintang, harga tiket murah yang tidak masuk akal. 

Bila bercakap tentang travel, ianya merangkumi tiket penerbangan pergi dan balik, kos makan dan minum, kos pembelian ole-ole, kos pengangkutan seperti tren, bas, teksi dan lain-lain lagi. 

Ada banyak tips dekat website untuk kita dapatkan penerbangan murah. Salah satu cara ialah dengan bandingkan dahulu dengan beberapa website. Jangan bergantung pada satu sumber je. 

Kalau ikutkan pakar dari momondo.co.uk, kita sebenarnya boleh dapatkan banyak penjimatan lagi kalau tempah pada waktu yang tepat. Ini termasuk pada waktu, hari atau minggu yang spesifik tau! 

Misalnya, tak ramai yang tahu tapi, tempahan yang dibuat untuk penerbangan pada hari Selasa adalah 11 peratus lebih murah. Logiknya, tak ramai yang terfikir nak bercuti apabila minggu baru sahaja bermula.

Yang kedua, tiada istilah siapa cepat dia dapat bila cerita pasal tempahan tiket. Trick nya disini adalah, tempah pada waktu petang. TIket yang ditempah pada waktu petang sebenarnya 9% lebih murah daripada waktu pagi.

Foto: IDN Times

Bergantung kepada destinasi, kalau korang buat tempahan 60 hari sebelum penerbangan, anda boleh jimat sebanyak 34 peratus daripada harga tambang.

Namun, situasinya berbeza jika anda ingin terbang ke Asia. TIket penerbangan untuk ke negara Asia akan jadi lebih murah pada waktu pagi.

Banyak kos yang perlu anda tanggung ketika pergi bercuti ke luar negara. Lebih-lebih lagi jika anda ke negara seperti Eropah. Semuanya mahal. Anda hanya perlu lebih bijak ketika menyediakan bajet dan menyiapkan itinerari.

Kalau sudah biasa, pasti anda tahu bagaimana untuk memotong kos agar lebih murah ketika bercuti. Oh ya, di sini kami ingin berkongsi cara terbaik untuk anda mendapatkan tiket penerbangan yang lebih murah.

Ingin tahu caranya? Baca tips penuh di bawah:

1. Tempah tiket penerbangan anda hari Selasa dan Rabu

Kenapa anda perlu memilih dua hari ini untuk menempah tiket penerbangan yang lebih murah? Kerana dua hari ini adalah hari yang terbaik untuk beli tiket. Majoriti syarikat penerbangan biasanya akan menetapkan sistem tempahan pada hari Selasa pada jam 7pm.

Selain itu, ianya adalah kerana syarikat penerbangan tahu tentang kebanyakan penumpang mempunyai masa untuk menempah tiket pada hari minggu. Menurut statistik pula, ramai yang selalunya mula survey harga tiket bermula hari Jumaat, Sabtu dan Ahad.

2. Pilih hari yang sesuai untuk terbang

Kebanyakan syarikat penerbangan akan menetapkan dua hari iaitu Selasa dan Rabu sebagai hari ‘kurang sibuk’ dalam sistem penempahan. Begitu juga lapangan terbang yang akan kurang dengan kesibukkan seperti biasanya berbanding hari Jumaat dan Ahad. Tiket pun akan lebih murahlah.

Foto: TMPL Backpackers

3. Sentiasa pilih untuk mendarat di lapangan terbang yang lebih kecil

Teknik ini sebenarnya lebih menjimatkan. Bagaimana caranya? Anda tidak perlu untuk turun di lapangan terbang utama. Contohnya jika anda ingin ke London, tak perlu turun di Heathrow, anda boleh cuba untuk turun di Manchester. Kemudiannya boleh naik tren untuk ke London.

Lebih murah dan menjimatkan dengan teknik ini.

4. Tempah tiket penerbangan awal, tapi jangan terlalu awal

Jika anda ingin menempah tiket penerbangan, paling elok adalah 21 hari lebih awal dari tarikh penerbangan. Ini kerana kebanyakan syarikat penerbangan sudah pun menetapkan di dalam sistem untuk mencapai seberapa banyak jualan tiket yang boleh.

Sistem juga telah menetapkan kuota yang tertentu untuk tiket penerbangan yang dijual pada harga rendah. Contohnya, dalam sistem ditetapkan penerbangan dari Kuala Lumpur ke London, hanya 20 penumpang terawal akan dapat menempah tiket pada harga terendah.

Manakala, 200 penumpang seterusnya bakal mendapat harga medium, selebihnya mungkin lebih mahal.

5. Lakukan perbandingan harga tiket. Jangan malas!

Sentiasa lakukan perbandingan harga tiket dari satu website ke satu website yang lain. Jangan malas, nanti rugi!

Anda akan jumpa tiket penerbangan yang lebih murah daripada syarikat penerbangan yang sama, memang pelik tapi benar.

Cuba survey di platform seperti di bawah:

1. Skyscanner
2. CheapFlight
3. Momondo
4. Kayak
5. Google Flight
6. Ita Software

Foto: KoinWorks

6. Padam semua cookies pada browser di komputer anda selepas survey tiket penerbangan. Kenapa?

Paling penting adalah untuk memadam semua cookies jika anda ada melawat mana-mana laman web penerbangan 30 hari sebelum. Perkara ini adalah bagi mengelakkan syarikat penerbangan mengesan yang anda sudah pun melayari laman web mereka beberapa kali untuk melihat perbandingan tiket penerbangan lebih murah.

Oleh itu, sistem tempahan akan tetapkan harga yang sama sahaja walaupun anda sudah masuk laman web itu berulang kali.

 

7. Untuk penerbangan antarabangsa, boleh cari ‘Best Deal’

Selalunya syarikat penerbangan menawarkan ‘Best Deal’ antara 11 sehingga 12 minggu lebih awal bagi penerbangan antarabangsa. Masa inilah anda perlu rajin sikit untuk check harga tiket. Mungkin boleh dapat yang lebih murah dan berbaloi!

 

8. Hukum ‘Hari & Masa’ Penerbangan

Memilih penerbangan pada hari Selasa, Rabu atau Khamis lebih murah berbanding penerbangan pada hari Isnin, Jumaat, Sabtu atau Ahad

Bergantung kepada destinasi, penerbangan awal pagi dan lewat malam lebih murah berbanding pada masa-masa lain di dalam sehari.

 

9. Hukum ‘Satu Arah’

Apabila kita menempah tiket, syarikat penerbangan tahu yang kita pasti akan pulang. Jadi pada masa inilah kita akan di’pau’ oleh syarikat-syarikat ini.

Jadi, untuk ‘mengelabui mata’ pihak syarikat, kita boleh menempah promosi satu arah dan kemudiannya kita menempah pula tiket penerbangan balik.

Hakikatnya memang segala cara ini renyah dan menyusahkan tetapi atas usaha kita ini kita mungkin dapat menjimatkan kos tiket penerbangan yang sememangnya adalah kos utama dalam setiap perjalanan.

Foto: Grid.ID

10.Beli Daripada Trusted Agency
Kadang-kadang, agensi seperti Expedia, GoToGate, Tripair dan PYOTravel turut menawarkan harga yang agak rendah. Ini kerana mereka mempunyai ‘Agent Discount’. Kami pernah dapat tiket ANA Airlines ke Canada beharga RM3,300 daripada website GoToGate. Padahal ketika itu di website ANA harganya adalah RM4,200. Namun mahu diingatkan di sini, jangan sebarangan beli daripada Agensi yang tak dikenali. Pilih lah Agensi yang mempunyai review yang baik. Anda boleh baca review-review setiap Agensi di TripAdvisor.

Selamat bercuti dan nikmati pengalaman pertama kali naik kapal terbang.  Jangan pejam mata sewaktu take off takut jantung tertinggal!

Akhir sekali, berhati-hati ketika berada di lapangan terbang. Jangan sesekali ambil atau tolong pegangkan barang dari sesiapa yang anda tidak kenali. Kita tidak tahu musibah yang akan datang.

Leave a comment

İstanbul escort mersin escort kocaeli escort sakarya escort antalya Escort adana Escort escort bayan escort mersin

elazığ Escort escort ankara escort bayan izmir escort adana escort antalya escort bursa konya escort bayan hatay escort bayan