Kemalangan atau kecelakaan tidak mengenal waktu bila dan bagaimana ia berlaku. Justeru itu, menjaga keselematan orang yang tersayang adalah sangat penting bagi memastikan mereka dalam keadaan baik-baik sahaja. Artikel pada kali ini, kami akan berkongsi kepada anda jenis insurans ibu hamil dan anak yang terbaik boleh anda cuba.
Insurans penting sebagai back up?
Persediaan mempunyai perlindungan insurans adalah sangat penting bagi membuat persediaaan kewangan bagi menghadapi situasi berada dalam keadaan yang sukar secara tiba-tiba seperti kemalangan, sakit, atau sebagainya.
Lebih-lebih lagi keperluan memiliki insurans ibu hamil dan anak, ianya justeru menyediakan fungsi sebagai perlindungan nyawa yang sangat penting. Sebagai ketua keluarga, kita tentu mahukan yang terbaik kepada insan-insan yang tersayang ini.
Oleh yang demikian, buang sikap acuh tidak acuh dalam mengambil tahu tentang kepentingan memiliki insurans bagi merancang masa depan generasi akan datang dengan lebih selamat dan stabil.
Contoh insurans ibu dan anak yang popular di Malaysia
Bagi pasangan yang baru mendirikan rumah tangga dan bakal menimang cahaya mata sulung, menyediakan persediaaan untuk menyambut kelahiran mereka di dunia ini adalah keputusan yang terbaik untuk jangka masa panjang.
Daripada kita terus risau dengan sebarang kemungkinan sekiranya ditimpa musibah atau masalah kewangan adalah lebih baik kita menyiapkan payung sebelum hujan. Berikut adalah beberapa jenis insurans ibu dan anak yang boleh anda jadikan pilihan.
1. A-Plus BabyCare Xtra (AIA Public Takaful)
Insurans ibu hamil dan anak yang pertama boleh anda cuba adalah A-Plus BabyCare Xtra. Insurans ini akan berfungsi dalam menigkatkan perlindungan kaum wanita semasa mengandung dan juga pada tahun-tahun awal kelahiran anak kita.
Ia memberi perlindungan bagi tujuh jenis kerumitan dalam kehamilan dan kematian bayi ketika masih dalam kandungan. Sekiranya bayi meninggal ketika dalam kelahirannya atau mengalami kerumitan semasa proses kehamilan, insurans ini akan memberi perlindungan yang sewajarnya.
Dalam masa yang sama, anak yang dilahirkan dan mempunyai masalah kesihatan, A-Plus BabyCare Xtra turut menyediakan perlindungan kepada bayi kita sekiranya dia dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi Neonatal, Unit Rawatan Rapi atau Unit Rawatan Separa Rapi.
Untuk pengetahuan anda juga, pelan insurans ini adalah pelan pertama di Malaysia yang menyediakan perlindungan bagi Gangguan Spektrum Autisme, Gangguan Defisit Perhatian Hiperaktif, Disleksia dan Pembantutan Teruk Perkembangan Motor atau Percakapan.
2. PruBSN Anggun MomCare (Prudential BSN Takaful)
PruBSN Anggun merupakan pelan perlindungan yang dibuat khusus kepada para wanita sehingga berumur 50 tahun. Ia menawarkan pelan semurah RM50 untuk sebulan dengan pakej perlindungan terhadap penyakit khusus wanita, penjagaan kesihatan mental yang komprehensif, kesihatan dan kesejahteraan wanita, dan ganjaran tunai untuk meraikan pencapaian serta kejayaan dalam kehidupan.
Pelan insurans ini terbukti dalam memberi persediaan khusus untuk wanita bersalin seawal minggu ke-14 kehamilan dengan memberi perlindungan menyeluruh kepada ibu terhadap komplikasi kehamilan dan anak mereka daripada penyakit konginetal.
Bagi wanita yang mempunyai kesukaran untuk hamil, pelan ini juga membantu dalam merealisasikan impian menjadi seorang ibu. Ia akan membayar balik bantuan bagi rawatan kesuburan ketika diperlukan.
3. PreciousCover dan BabyCover (Allianz Life)
Insurans ibu hamil dan bayi yang diperkenalkan oleh Allianz Life Insurance Malaysia Berhad (Allianz Life) menyediakan plan PreciousCover dan BabyCover khusus bagi ibu hamil dan bayi yang baru lahir.
Terdapat banyak bentuk perlindungan yang disediakan sebelum dan selepas kelahiran dan juga perlindungan untuk anak. Gabungan insurans ini terbahagi kepada dua iaitu PreciousCover untuk perlindungan seorang ibu ketika dan selepas kehamilan. Sedangkan untuk BabyCover adalah melindungi anak daripada penyakit kritikal dan gangguan perkembangan anak-anak.
Keunikan pada insurans ini adalah ia turut menyediakan insurans untuk isu pranatal yang lain daripada yang lain. Contohnya seperti melindungi kehamilan tunggal dari teknik pembiakan dibantu termasuklah Inseminasi Intrauterin, Inseminasi Intraserviks, dan Persenyawaan Vitro.
4. Flex Maternity Care (Zurich)
Flex Maternity Care oleh Zurich merupakan polisi insurans terbaik dengan bonus kelahiran bayi. Manfaat tambahan ini boleh dibahagikan kepada beberapa kategori merangkumi ibu hamil dan anak yang dilahirkannya.
Contohnya seperti bayaran 200% jumlah jaminan jika kematian ibu disebabkan komplikasi, bayaran faedah harian semasa kemasukan ibu ke ICU dan HDU kerana komplikasi, bayaran faedah harian semasa tempoh intubasi anak yang baru lahir, dan sebagainya.
5. SmartProtect Junior Smart Baby Shield (Great Eastesn Life)
SmartProtect Junior Smart Baby Shield adalah sebuah pelan untuk melindungi bayi sejak lahir dari kandungan lagi sehingga ibu melahirkan. Ia menyediakan perlindungan yang diperlukan untu menghadapi sebarang kemungkinan dalam tempoh tersebut.
Banyak manfaat yang disediakan seperti manfaat penghospitalan, perlindungan kritiak untuk bayi baru lahir, perlindungan dari segi kewangan untuk penyakit berjangkit, kanser bersalin, dan sebagainya.
6. PRUMy Child Plus (Prudential)
Seterusnya, insurans ibu hamil dan anak yang boleh anda pilih adalah PRUMy Child Plus dari Prudential yang memastikan anak kita dilindungi sehingga dewasa. Pelan ini menyediakan perlindungan menyeluruh bagi ibu dan bayi dalam kandungannya semasa mengandung dan memastikan kanak-kanak dilindungi semasa tahun pertumbuhannya.
Menariknya, pelan ini justeru menjaga anak-anak kita sehingga dia berumur 25 tahun. Dalam masa yang sama disertakan juga perlindungan penyakit kritikal kanak-kanak yang menjadi dewasa meliputi penyakit kritikal seperti kanser strok, masalah jantung, hilang keupayaan, dan sebagainya.
Ada juga disediakan dana simpanan tambahan untuk mengembangkan dana pendidikan seperti PRUSaver Kid untuk menabung untuk pendidikan mereka seawal usia bayi lagi.
7. PRULady Plan (Prudential)
Prudential merangka satu plan insurans yang sangat istimewa untuk semua wanita. Ia dikenali sebagai pelan insurans hayat tradisional tanpa penyertaan dengan premium tetap yang menyediakan perlindungan daripada kegawatan kewangan yang timbul akibat penyakit-penyakit berkaitan wanita, kematian atau hilang upaya.
Bagi anda yang berumur 17 hingga 45 tahun, PRULady Plan adalah pilihan yang tepat untuk anda memberi perlindungan menyeluruh kepada diri merangkumi perihal membeli harta, perkahwinan, melahirkan anak, dan persaraan.
Hanya dengan RM50 sebulan, kita sebagai pengguna dapat memperoleh manfaat bonus sekiranya berkahwin, melahirkan anak, membeli hartanah, menghadapi penyakit kritikal wanita (kanser), kematian suami, persaraan, dan banyak lagi.
Justeru itu, tidak peliklah bahawa PRULady adalah plan insurans ibu hamil dan anak yang terbaik di Malaysia.
8. AIA A-Life Lady360 (AIA)
AIA A-Life adalah sebuah insurans peribadi wanita yang menyediakan perlindungan komprehensif sehingga wanita itu berumur 80 tahun. Perlindungan ini merangkumi perlindungan kewangan kanser wanita yang komprehensif seperti kanser pangkal rahim dan kanser payu dara.
Selain itu, untuk wanita hamil ia juga menyediakan ganjaran tunai bersalin yang boleh dituntut dengan sijil kelahiran kanak-kanak.
Masuk tahun baru, ubahlah perspektif kita terhadap sentimen “sayang duit untuk beli insurans”. Sedangkan kita tidak pernah berasa rugi berbelanja sesuatu yang tidak berfaedah. Belilah insurans untuk kelangsungan hidup yang lebih lancar.