HomeMalay5 Sebab Kenapa ‘Tummy Time’ Penting Untuk Bayi

5 Sebab Kenapa ‘Tummy Time’ Penting Untuk Bayi

Tummy time penting sejak hari pertama untuk membantu bayi anda membesar dengan kuat, walaupun bayi anda meragam dan menangis jika anda meniarapkannya. Pakar mendapati bahawa bayi yang tidak pernah meniarap akan lambat untuk menghasilkan skill motornya. 

Kekuatan otot leher bayi serta kemampuannya untuk mengontrol leher, kepala, serta tubuh bahagian atasnya sangat penting untuk tahap perkembangan bayi, termasuk untuk membantu bayi belajar tengkurap sendiri. Kemampuan ini tentu saja tak boleh distimulasi dengan baik kalau bayi hanya berbaring saja sepanjang hari. Solusinya: tummy time

Tummy time adalah memberikan waktu bagi bayi untuk berbaring tengkurap untuk melatih kekuatan otot lehernya. Meluangkan waktu untuk tummy time secara rutin setiap hari memberikan pelbagai manfaat bagi tahap perkembangan bayi, di antaranya: 

  1. Melatih kekuatan otot leher dan punggung bahagian atas bayi yang penting bagi tahap perkembangan bayi selanjutnya seperti tengkurap sendiri, duduk, dan merangkak.
  2. Melatih bayi untuk mengawal pergerakan leher dan kepalanya dengan lebih baik
  3. Mengurangkan risiko placiogephaly, iaitu kondisi di mana kepala bayi sedikit mendatar di bahagian belakang. Kondisi ini biasanya terjadi kerana bayi terlalu kerap berbaring dengan punggungnya.

Foto: eventbrite.com

Bilakah kita perlu membuat tummy time?

Pastikan bayi anda tidak lapar atau letih apabila anda meniarapkannya. Jangan meniarapkannya jika dia kenyang, ia akan membuatnya tidak selesa. (Tunggu satu jam selepas menyusu untuk mengelakkannya daripada muntah.)

Apabila dia mula menangis – walaupun ia Cuma seminit – cuba untuk memujuknyad engan bercakap dengannya atau bermain dengannya. Apabila dia sedang terleka, ambil dan cuba sekali lagi.

Toleransinya untuk tummy time akan meningkat dengan pujukan dan pengalaman. Ramai bayi lebih sukakannya apabila mereka boleh berguling atau membuat pilihan lain.

Sesetengah ibu bapa mendapati ianya membantu untuk meniarapkan bayinya selepas menukar lampin. Ia mudah diingati untuk membuatnya, dan bayi anda akan mahir melakukannya. Bayi anda akan menikmati pandangan dari sudut tersebut. Pastikan dia tidak meniarap berseorangan.

Berapa Lama Masa Yang Diperlukan Untuk Tummy Time?

 

  • Untuk Bayi Yang Baru Lahir; Boleh Mencuba Dua Atau Tiga Sesi Setiap Hari Selama Tiga Hingga Lima Minit Setiap Sesi.
  • Apabila Bayi Sekitar 3-4 Bulan, Boleh Cuba Untuk Meningkatkan Tempoh Tummy Time Kepada 20-30 Minit Setiap Sesi.
  • Teruskan Aktiviti Tummy Time Sehingga Bayi Mampu Untuk Mengangkat Kepala Sambil Meniarap, Berguling, Mengengsot, Menampung Badan Dengan Tangan Dan Merangkak.
  • Masa Terbaik Untuk Tummy Time Adalah Selepas Menukar Lampin Atau Tidur Siang.

 

Menerima kehadiran bayi dalam keluarga adalah sesuatu yang sangat mengujakan, bukan? Pelbagai perancangan telah dibuat oleh kita sebelum bayi lahir lagi.

Apabila bayi sudah lahir, ibu ayah bukan sahaja perlu memenuhi keperluan fizikal mereka seperti menukar lampin, menukar pakaian, menyusu, memandikan dan menidurkan bayi, tetapi juga ibu ayah sudah boleh mula bermain dengan bayi bagi merangsang perkembangan mereka.

Tahukah anda, bayi yang baru berusia sehari pun sudah boleh diberikan ‘Tummy Time’. Ia boleh dilakukan selepas bayi selesai menyusu dalam tempoh yang singkat sahaja iaitu selama satu atau dua minit.

Foto: Mum’s Grapevine

5 SEBAB PERLU ‘TUMMY TIME’

Mungkin ada yang tertanya-tanya mengapa ‘tummy time’  ini penting untuk bayi? Berikut merupakan 5 manfaat ‘tummy time’  ini buat bayi.

1. RANGSANG KOMUNIKASI

Sambil bayi meniarap, ibu ayah boleh bercakap dengan bayi sambil bertepuk-tepuk tangan. Ianya bertujuan untuk memberi stimulasi bagi meningkatkan ‘auditory attention’  bayi.

Lebih seronok lagi jika ibu ayah meniarapkan bayi di atas perut ibu ayah sendiri kerana bayi akan nampak muka kita dengan lebih rapat. Menarik juga aktiviti ‘Tummy Time Baby’  di atas ‘Tummy Mummy’ dan ‘Daddy ’ begini.

Foto: theconversation.com

2. KUATKAN OTOT LEHER, DADA, BAHU DAN LENGAN

Otot leher, dada, bahu dan lengan merupakan otot-otot utama yang akan membantu bayi belajar pelbagai perkara. Antaranya, belajar menghisap susu dengan lebih efisien, mengangkat kepala ke kiri kanan, belajar merayap serta merangkak dengan lebih mudah.

Otot-otot yang kuat ini juga penting untuk keselamatan bayi itu sendiri. Sekiranya bayi tertidur meniarap atau mengiring, dia sudah cukup kuat untuk memusingkan kepalanya dan menyelamatkan hidungnya daripada tersembam atau lemas (semoga Allah jauhkan).

Foto : starbandkids.com

3. STIMULASI SENSORI DARI SEKITAR

Semasa meniarap, bayi dapat melihat persekitarannya. Tidaklah mereka hanya memerhatikan siling dan apa-apa objek yang berada di atas sahaja apabila asyik baring terlentang.

Apabila bayi dapat melihat persekitarannya, bayi akan terstimulasi dengan cahaya, objek dan pelbagai lagi input yang ada di sekitarnya yang mana ia dapat membantu perkembangan bayi.

Foto: parents.com

4. ELAK ‘FLAT HEAD’

‘Tummy time’  untuk mengelakkan ‘flat head’  atau kepala rata ini, bukan sahaja bertujuan untuk nampak kepala bayi cantik bulat semata-mata.

Apabila bayi tidak kuat otot lehernya, bayi berkemungkinan baring di sebelah bahagian sahaja. Maka, sebelah bahagian itu akan ‘flat’  dan dinamakan ‘plagiocephaly’  di mana jika ianya tidak dirawat, bentuk kepala bayi yang rata ini akan kekal sehingga bayi ini dewasa kelak.

Foto: vidaativa.pt

5. KURANGKAN KEMBUNG PERUT

Cuba beri bayi meniarap setiap kali selepas menyusu. Percaya atau tidak, bayi akan sendawa dengan kuat kelak. Dengan ini, semakin kurang risiko bayi kembung perut dan kurang potensi bayi meragam. “Happy Baby, Happy Mama, Happy Daddy”.

Jika bayi anda mempunyai masalah leher dan pengawalan kepala ( pada umur 3 atau 4 bulan) tetapi tidak boleh bangun menggunakan lengannya, letakkan tuala atau bantal di dadanya dan ketiak, bersama tangannya melunjur ke depan. (Jika  dia berguling kedepan, pastikan letakkan tangan anda dipunggungnya.) Apabila dia sudah boleh bangun menggunakan tangannya sendiri, buang bantal dan biarkan dia menghasilkan skill motor tanpa bantuan.

Letakkan buku atau mainan dihadapan bayi anda dalam jarak yang mudah dicapai. Belikkannya mainan yang direka khas untuk bermain semasa mereka sedang meniarap. Cahaya, cermin,  gambar bergerak, muzik dan mainan.

Atau letakkan pada mat yang berwarna warni yang direka khas untuk bayi. Sesetengahnya mempunyai permainan atau cermin, dan selinnya diletakkan bersama air untuk keseronokannya. Tanggalkan stokinnya supaya dia dapat merasai permukaan mat.

Cuba untuk menyelidik jika terdapat apa-apa tentang tummy time yang membuatkan bayi anda tertekan. Mungkin dia rimas dengan selimutnya (dan karpet tersebut sangat menakutkan.) mungkin terlalu sejuk berada dilantai, atau terlalu licin.

Seorang ibu mendapat bayinya menyukai tummy time asalkan tangannya berada dibawahnya supaya dia boleh menghisapnya. Terdapat satu lain bukti bahawa bayi sukakan perutnya, asalkan punggungnya terdedah!

Banyak manfaat dengan aktiviti ‘tummy time’  bersama bayi ini, bukan? Ianya bukan sahaja dapat membantu perkembangan bayi, malah dapat mengeratkan‘bonding’  antara ibu ayah dengan bayi.

Jom buat ‘Tummy Time’ !

Leave a comment

İstanbul escort mersin escort kocaeli escort sakarya escort antalya Escort adana Escort escort bayan escort mersin

elazığ Escort escort ankara escort bayan izmir escort adana escort antalya escort bursa konya escort bayan hatay escort bayan