Pemilihan tisu lembap mungkin tidak dianggap begitu penting bagi sesetengah ibu. Namun keperluannya menjadi satu perkara wajib terutama apabila memiliki anak kecil. Bagi ibu-ibu yang peka, pemilihan tisu lembap bukan sekadar melihat pada kegunaannya semata-mata. Pelbagai faktor menjadi pertimbangan sebelum membeli tisu lembap. Antaranya bau. Adakah tisu tersebut berbau harum atau tanpa bau? Mungkin ada ibu yang menyukai tisu lembap yang tebal supaya tidak mudah terkoyak. Atau mungkin anda mempertimbangkan jika ia selamat digunakan pada kulit bayi tanpa menyebabkan sebarang kesan sampingan seperti alergi yang menyebabkan gatal pada kulit bayi.
Kebaikan Penggunaan Tisu Lembap Bebas Bahan Kimia
Para ibu digalakkan untuk sentiasa memilih tisu lembap yang bebas dari kandungan bahan kimia berbahaya seperti paraben dan pewangi tambahan yang sering digunakan dalam pembuatan tisu lembap. Banyak kebaikan dari penggunaan tisu lembap bebas bahan kimia ini untuk bayi anda. Antaranya :
- Mengekalkan pH kulit bayi supaya sentiasa sihat
- Selamat untuk penggunaan berulang kali
- Tisu lembap yang dihasilkan menerusi teknologi fiber mudah untuk dilupuskan serta selamat untuk alam sekitar
- Tidak menyebabkan sebarang kesan iritasi ke atas kulit yang sedang mengalami jangkitan ruam.
- Bahan tambahan seperti pewangi tidak sesuai untuk kulit bayi yang menjadi penyebab kepada masalah alergi kulit.
- Salah satu bahan kimia yang biasa digunakan dalam pembuatan tisu lembap iaitu phenoxyethanol sangat berkait rapat dengan masalah kesihatan kulit seperti ekzema adn masalah pernafasan.
Antara bahan kimia berbahaya yang biasa digunakan dalam pembuatan tisu lembap ialah paraben, malic asid, propylene glycol, benzyl alcohol dan tocopherol acetate. Jadi pastikan anda sentiasa menyebab bahan kandungan pada bungkusan tisu lembap sebelum membeli.
9 Tisu Lembap Bebas Bahan Kimia Yang Lembut Pada Kulit Bayi
Sesetengah tisu lembap di pasaran mengandungi bahan kimia yang mungkin sensitif pada kulit bayi yang lembut. Oleh itu, anda tentunya memerlukan tisu lembap yang bebas dari bahan kimia. Namun adakah terdapat tisu lembap yang bebas dari bahan kimia di pasaran? Bagi anda yang ingin tahu, ini adalah antara cadangan tisu lembap yang bebas atau mungkin kurang mengandungi bahan kimia.
1. Pigeon Wet Tissues Hand and Mouth
Tisu lembap yang lembut pada kulit bayi. Ianya bebas dari kandungan alkohol. Walaupun kandungan alkohol terbukti berkesan dalam menghapuskan bakteria dan kuman, keberkesanan tisu lembap bukan hanya mampu membersihkan kulit bayi dengan baik. Ia tentunya lebih selamat pada kulit bayi yang sensitif. Rekabentuk kotak yang fleksibel memudahkan tisunya ditarik dengan hanya sebelah tangan. Saiznya didatangkan dengan dua pilihan iaitu 20 keping dan 60 keping dalam setiap bungkusan.
Baca ulasan mengenai tisu lembap Pigeon Wet Tissues Hand and Mouth
2. BabyOrganix Naturally Kinder Wet Tissue
Tisu basah yang bebas dari bahan kimia berbahaya seperti paraben, alkohol, SLS dan Propylene Glycol yang biasa digunakan dalam pembuatan tisu lembap. Ia diiktiraf sebagai tisu lembap bersifat organik dari ekstrak lidah buaya yang berkesan sebagai agen antibakteria. Ibu-ibu tidak perlu risau kesan sampingan penggunaannya pada bayi kerana ia dijamin selamat untuk seluruh kulit bayi. Didatangkan dalam bungkusan 30 helai tisu lembap.
Baca ulasan mengenai tisu lembap BabyOrganix Naturally Kinder Wet Tissue
3. K-MOM Organic Baby Wipes
Produk tisu lembap organik dengan ketebalan yang memuaskan. Setiap helai dihasilkan menerusi inovasi teknologi tisu fiber. Maka tidak hairan harganya lebih mahal berbanding tisu lembap lain di pasaran. Ia dihasilkan secara organik dari gabungan pudina, bunga kamomil dan lidah buaya. Sangat efektif sebagai tisu pembersih bersifat antibakteria. Kandungan pudina tentunya memberikan kesegaran kepada kulit si kecil anda. Ia juga tidak melekit dan tidak meninggalkan kesan licin seakan sabun pada kulit selepas digunakan. Bebas dari 9 jenis bahan kimia. Antaranya alkohol, paraben, benzalkonium chloride serta bahan pewarna tiruan.
4. K-MOM Organic Baby Wipes
Dihasilkan daripada bahan tisu yang lembut dan selesa untuk kulit bayi. Tiada pewangi tambahan serta bebas bahan kimia sperti paraben. Ia juga dilabelkan selamat untuk kegunaan bayi yang menghidapi penyakit asma dan alergi kulit. Terdapat senarai kandungan bahan dan tarikh luput pada bungkusan sebagai info berguna kepada para ibu. Mengandungi 80 keping dalam setiap bungkusan.
5. Princeton Natural Organic Original Series Plain Baby Wet Wipes
Tisu lembap organik yang diiktiraf oleh negara-negara seperti Korea, UK, USA, Jepun dan German. Kangungannya yang bebas toksik dan bahan kimia sesuai digunakan untuk bayi yang baru lahir. Tisu lembap ini juga bersifat antibakteria untuk mencegah kuman berbahaya. Tisu lembap ini juga menggunakan air tulen yang dirawat menerusi proses yang sama dilalui air minuman bersih. Selamat digunakan untuk seluruh kulit bayi termasuk bahagian muka.
Baca ulasan mengenai Princeton Natural Organic Original Series Plain Baby Wet Wipes
6. Pureen Baby Wipes
Tisu lembap semulajadi tanpa pewangi tambahan. Ia tidak mengandungi bahan kimia seperti alkohol dan paraben. Maka ia selamat digunakan untuk kulit bayi yang sensitif. Bagi kanak-kanak yang mengalami gatal kulit, tisu lembap ini masih selamat digunakan tanpa menyebabkan kesan iritasi yang lebih teruk. Diperkaya dengan esktrak lidah buaya dan vitamin E yang memelihara kelembapan dan kesihatan kulit. Setiap kepingannya tebal dari jenis bahan kapas berkualiti yang tahan koyak.
7. Anakku Baby Wipes
Tisu lembap Anakku sememangnya menjadi pilihan ramai ibu untuk bayi mereka. Setiap kepingan tisu selamat digunakan untuk kulit bayi kerana kandungannya bebas dari pewangi tambahan, alkohol, paraben dan colorant. Sebaliknya ia diperkaya dengan wangian lidah buaya yang memberi kelembapan pada kulit. Selain itu, ia juga mengandungi vitamin E untuk menjamin kesihatan kulit saat menggunakannya.
8. Diapex Soft Baby Wipes
Kekalkan kesihatan kulit bayi dengan kelembutan tisu lembap Diapex Soft Baby Wipes. Tisu ini tidak mengandungi sebarang pewangi sebaliknya menggunakan ekstrak lidah buaya sebagai pewangi semulajadi. Diperkaya dengan vitamin E untuk kesihatan kulit. Ianya dihasilkan tanpa bahan kimia berbahaya seperti alkohol dan paraben. Anda boleh dapatkannya dalam bungkusan 80 keping dan 30 keping.
9. Pureen Baby Wipes in Pink Packaging
Satu lagi pilihan tisu lembap yang bebas bahan kimia paraben yang berbahaya untuk kulit bayi. Ia bukan sahaja bebbas paraben, malah tidak mengandungi alkohol yang sesuai untuk kegunaan Muslim. Ianya efektif untuk membersihkan kulit bayi anda dari kekotoran tanpa menyebabkan kesan alergi pada kulit. Diperkaya dengan ekstrak lidah buaya dan vitamin E yang memberikan kesegaran dan kesihatan kulit. Terdapat dua pilihan bungkusan iaitu 30 keping dan 100 keping.
Baca ulasan mengenai tisu lembap Pureen Baby Wipes in Pink Packaging