Kebanyakan ibu menjadi amat bimbang apabila mengalami masalah kekurangan pengeluaran susu untuk memastikan kekenyangan bayi mereka. Perkara ini amat menyukarkan terutama jika bayi baru sahaja lahir yang berusia antara 1 sehingga 6 bulan di mana satu-satunya sumber makanan yang mengenyangkan bagi mereka adalah susu ibu. Hal ini pastinya akan menyebabkan lebih tekanan kepada ibu terutama apabila bayi minum susu dalam kuantiti yang banyak melebihi kemampuan badan seseorang ibu menghasilkan susu. Salah satu masalah yang terpaksa dihadapi oleh ibu yang menyusukan bayi ialah apabila susu tidak dapat dihasilkan secara konsisten dalam kuantiti yang mencukupi. Ini kerana bekalan susu ibu sentiasa berubah-ubah mengikut keadaan. Ia bergantung kepada pelbagai faktor antaranya keadaan biologi ibu itu sendiri dan juga kaedah meminum susu seseorang bayi.

Semakin bayi membesar, semakin banyak kuantiti susu yang diperlukan. Bayi yang mengalami proses tumbersaran dan perkembangan berat badan secara normal seharusnya tidak perlu risau kerana ini menunjukkan bayi anda telah menerima bekalan susu yang mencukupi. Namun jika berlaku sebaliknya, keadaan fizikal bayi cengkung, kurus dan sentiasa sakit, ini mungkin menjadi petanda bahawa bayi anda tidak mendapat bekalan susu ibu yang mencukupi.

Anda mungkin telah mendengar pelbagai tips bagi para ibu meningkatkan pengeluaran susu ibu. Salah satunya adalah dengan melebihkan makanan ‘super’ dalam diet seharian yang dikatakan membantu menjana pengeluaran susu secara optimum. Makanan seperti bayam, ikan, kurma dan air adalah antara makanan terbaik bagi para ibu menjana penghasilan susu ibu.

Ada satu lagi pilihan yang dapat membantu para ibu meningkatkan pengeluaran susu ibu iaiatu melalui produk makanan yang dicipta khas yang membantu para ibu menyelesaikan masalah ini. Produk ini umpama makanan ringan yang boleh diambil pada bila-bila masa diperlukan. Anda tidak perlu ke dapur dan menyediakan bahan-bahan yang pelbagai untuk menghasilkan sup ikan. Melalui paket simpanan makanan yang kecil yang mampu dimuatkan di dalam beg, anda boleh membawanya ke mana sahaja dan menikmatinya sama seperti anda makanan makanan kegemaran seperti coklat dan biskut.

Mari kita lihat beberapa produk makanan sedap yang membantu para ibu meningkatkan pengeluaran susu dalam kuantiti yang lebih memberangsangkan.


1. Mom More Milk Super Pumping Lactation Brownies

Biskut brownies lazat ini diformulakan khas dengan bahan-bahan istimewa yang dapat membantu menjana penghasilan susu ibu. Biskut coklat sedap ini mengandungi ramuan terbaik iaitu alfalfa dan juga buah kurma. Alfalfa merupakan sejenis tumbuhan hijau yang mengandungi vitamin dan mineral serta bahan antioksida yang baik untuk sistem dalaman ibu. Alfalfa juga terkandung sejenis sebatian hormon dipanggil stachydrine yang dikatakan mampu membantu meningkatkan penghasilan susu ibu. Brownies enak ini sesuai dimiliki bagi ibu-ibu yang sentiasa sibuk menjalani tanggungjawab sebagai pekerja dan suri rumahtangga yang sentiasa ingin memberi susu terbaik untuk bayi mereka iaitu susu ibu.

Baca komen pengguna mengenai produk ini


2. Mom More Milk Premium Lactation Hot Chocolate

Bagi para ibu yang menggemari keenakan coklat panas, dalam masa yang sama anda boleh menggalakkan penghasilan susu ibu dengan segelas cawan yang enak setiap hari. Minuman coklat istimewa ini dihasilkan istimewa dengan rasa coklat brownies yang pekat dan kaya dengan keenakan campuran coklat dan kurma yang berkhasiat. Anda boleh sediakan bekalan minuman coklat ini di mana sahaja termasuk di rumah dan di tempat kerja. Minuman coklat kuram ini juga membekalkan lebih tenaga untuk tubuh badan para ibu apabila dalam keadaan keletihan akibat sibuk dengan tugas seharian. Susu ibu akan dihasilkan dengan lebih banyak, secara langsung anda boleh terus menyusukan bayi.

Baca komen pengguna mengenai produk ini


3. Lacto Momma Milk Booster Cookies

Bagi ibu-ibu yang menggemari keenakan biskut, terdapat empat pilihan perisa biskut yang boleh dikunyah pada bila-bila masa. Biarkan penjanaan susu berlaku secara semulajadi selepas biskut ini dinikmati. Empat piilihan perisa anda boleh dapatkan iaitu classic choc chip, dates & goats milk, butterscotch pecan dan cranberry & white choc. Ia mengandungi bahan campuran penjanaan susu khas dipanggil galactagogues, iaitu bahan terpilih terbaik untuk menggalakkan penghasilan susu ibu secara semulajadi.

Baca komen pengguna mengenai produk biskut ini


4. Femilac Milk Booster

Produk dalam bentuk pil ini sangat membantu ibu-ibu yang menghadapi masalah dalam menghasilkan bekalan susu badan yang mencukupi untuk bayi mereka. Bermula pada hari pertama pengambilan, anda akan melihat perubahan pada saiz payudara di mana saiznya akan berubah disebabkan banyaknya susu yang dihasilkan. Bayi anda tentunya bakal menerima bekalan susu yang mengenyangkan. Susu akan dihasilkan lebih lagi pada pengambilan seterusnya. Para ibu pasti berpuas hati dengan produk yang menakjubkan ini.

Baca komen pengguna mengenai produk ini


5. MOMMA Pregolact Chocolate

Formulasi susu coklat yang membantu para ibu menjana penhasilan susu badan secara lebih mudah dan cepat. Ia dibekalkan dengan nutrisi penting iaitu DHA, kalsium, asid folik, vitamin dan  mineral yang menguatkan fizikal ibu dan menjana penghasilan susu dengan lebih menggalakkan. Ia tidak mengandungi campuran gula, krimer atau sebarang susu rendah lemak. Menjadikan ia minuman coklat terbaik sebagai pilihan para ibu yang menyusukan anak kecil. Susu juga lebih pekat yang memberi kekenyangan kepada si kecil anda.

Baca komen pengguna mengenai produk ini


6. Anmum Lacta

Nikmati susu enak ini dua kali dalam sehari. Ia membekalkan sumber nutrien yang lengkap bagi membantu badan anda menjana penghasilan susu yang cukup dan tenaga untuk tubuh badan. Antara kandungan nutrien yang dibekalkan ialah asid folik, zat besi, kalsium, tiamina, riboflavin dan beberapa jenis vitamin iaitu seperti B6 dan B12. Antara kebaikan lain, ia dihasilkan secara rendah lemak supaya ibu-ibu dapat menikmati keenakan susunya tanpa kerisauan akan kenaikan berat badan.

Baca komen pengguna mengenai produk ini


7. Abbott Similac Mom

Susu berperisa vanila ini sesuai untuk diambil oleh para ibu sebelum melahirkan bayi yang risau jika badan tidak mampu menghasilkan susu yang mencukupi. Minuman ini tidak akan menyebabkan kenaikan berat badan dan kalori. Ia membekalkan badan anda dengan 24 jenis mineral dan vitamin yang diperlukan untuk meningkatkan penghasilan susu dan menguatkan tubuh badan sebelum dan selepas kelahiran. Ia juga memperbaiki sistem imunisasi ibu dan bayi supaya lebih sihat dan terhindar daripada jangkitan penyakit.

Baca komen pengguna mengenai produk ini


8. Mom More Milk Oats & Hershey’s Chocolate Chips Lactation Cookies

Rasai keenakan biskut lazat campuran cip coklat yang membantu para ibu meningkatkan penghasilan susu secara lebih mudah dan mengenyangkan. Biskut ini dihasilkan daripada bahan gandum yang diformulasikan dengan unsur laktogenik semulajadi seperti oat dan germa gandum yang menyihatkan. Ia tidak mengandungi bahan pengawet tiruan yang lebih selamat dimakan untuk ibu yang menyusukan bayi mereka.

Baca komen pengguna mengenai produk ini