HomeMalay10 Makanan ‘Super’ Tingkat Pengeluaran Susu

10 Makanan ‘Super’ Tingkat Pengeluaran Susu

1. Oatmeal


Pengganti nasi, oat adalah makanan berserat tinggi yang lengkap dengan bijirin penuh semula jadi. Jika anda sedang mencari makanan yang boleh meningkatkan pengeluaran susu badan anda, inilah dia! Semangkuk oatmeal dapat membantu anda rasa kenyang selepas sarapan pagi. Kandungan zat besi yang kaya dengan oat membantu mengatasi masalah anemia, yang lazimnya dialami oleh ramai ibu baru, yang boleh memberi kesan kepada pengeluaran susu ibu. Elakkan memilih oatmeal segera kerana ia mengandungi ekstra garam dan gula.

2. Ikan
Sebagai ibu baru, tubuh anda memerlukan nutrisi maksimum, terutama ibu yang menyusukan bayi. Pilih makanan yang kaya dengan nutrien dan rendah lemak. Ikan merupakan salah satu makanan ‘superfood’ kerana mengandungi DHA, iaitu asid lemak omega-3 yang penting untuk membantu perkembangan otak dan sistem saraf bayi baru lahir. Sumber terbaik DHA ialah ikan salmon, sardin dan tuna.

seafood isolated on white background

INFO
Salmon merupakan makanan yang cukup lengkap untuk dihidangkan kepada ibu baru kerana sumber yang kaya dengan protein dan omega-3, di mana kedua-duanya amat penting untuk ibu yang sedang menyusukan bayi. Dengan mengambil salmon dalam hidangan anda dapat membantu meningkatkan hormon laktasi dan memastikan susu anda lebih berkhasiat.

 

3. Yogurt
Simpanlah stok yogurt di dalam peti sejuk anda kerana makanan berkrim ini mempunyai kedua-dua protein dan kalsium. Walau bagaimanapun, berhati-hati dengan pengambilan yogurt terutama jika si manja anda didiagnos mengalami masalah alahan susu. Antara tanda-tanda bayi anda mengalami alahan protein susu ialah kerap meludah, cirit-birit, najis berdarah, ruam, batuk dan tercungap-cungap.

4. Bayam
Makanan yang kaya dengan zat besi ini amat efektif untuk menambah tahap zat besi anda (terutama jika anda mengalami masalah anemia atau kehilangan terlalu banyak darah semasa melahirkan bayi). Terdapat kajian yang mengaitkan bahawa tahap zat besi yang rendah akan mempengaruhi pengeluaran susu badan. Walau bagaimanapun, anda dinasihatkan untuk makan bayam secara sederhana kerana pengambilan yang berlebihan boleh menyebabkan anak cirit-birit.

5. Kacang badam
Kacang badam bukan hanya mengandungi protein, malah kekacang ini juga merupakan sumber kalsium bukan tenusu yang baik. Ibu yang menyusukan bayi sebaik-baiknya mengambil 1000mg kalsium sehari bagi membolehkan susu yang terhasil nanti tinggi kalsium. Jika anda tidak mendapat kalsium yang mencukupi menerusi diet, nanti susu badan anda akan ‘mencuri’ kalsium dari tulang dan gigi anda.

6. Aprikot
Aprikot mengandungi serat makanan, vitamin A, vitamin C dan potassium; kesemuanya nutrien penting yang diperlukan oleh tubuh. Dengan mengambil aprikot dapat meningkatkan prolaktin- iaitu hormon yang akan memberitahu tubuh anda untuk menghasilkan susu. Walau bagaimanapun, aprikot yang segar mengandungi sumber serat yang lebih baik daripada aprikot di dalam tin.

7. Kurma
Kurma adalah satu lagi makanan yang kaya dengan kalsium. Kurma diketahui amat baik untuk membantu meningkatkan pengeluaran susu badan, kerana ia juga mengandungi prolaktin- sama seperti aprikot. Selain itu, kurma juga mengandungi serat yang tinggi dan manis semula jadi. Masukkan sekali kurma dalam hidangan pagi oatmeal anda.

8. Air
Ya, air secara teknikalnya bukanlah sejenis makanan. Akan tetapi, air merupakan aspek terpenting untuk anda menambah pengeluaran susu. Tubuh yang kekurangan air akan memberi kesan kepda penghasilan susu badan anda. Anda disarankan untuk mengambil sekurang-kurangnya 8 gelas air sehari.

9. Bawang putih
Tahukah anda bahawa dengan mengambil bawang putih dalam diet anda, bukan sahaja dapat memberi rasa kepada susu, tetapi juga akan meningkatkan pengeluaran susu anda. Bawang putih telah lama digunakan oleh ibu-ibu baru untuk membantu meningkatkan susu badan mereka. Malah, dalam menu berpantang juga, kebanyakan hidangan turut mengandungi bawang putih, tujuannya tidak lain dan tidak bukan, untuk membantu ibu baru menambah pengeluaran susu badan. Jika anda tidak boleh makan bawang putih, anda boleh cuba dapatkan suplemen garlic yang banyak dijual di farmasi.

10. Beras perang
Masih lagi teringin untuk makan nasi? Elakkan makan nasi putih dan bertukarlah kepada beras perang. Beras perang mengandungi banyak serat dan pelbagai lagi nutrien. Karbo kompleks yang ada di dalamnya membantu anda untuk rasa kenyang dan memastikan gula dalam darah anda berada pada paras konsisten.

KIRA KALORI ANDA!
Anda perlu mendapatkan lebih daripada 1,800 kalori sehari, terutama jika anda menyusukan si manja.

 

Leave a comment

İstanbul escort mersin escort kocaeli escort sakarya escort antalya Escort adana Escort escort bayan escort mersin

elazığ Escort escort ankara escort bayan izmir escort adana escort antalya escort bursa konya escort bayan hatay escort bayan