Kalsium amat penting untuk tubuh badan manusia terutama untuk perkembangan dan kekuatan tulang. Ia juga memainkan peranan penting dalam memastikan organ-organ dan otot-otot rangka berfungsi dengan baik. Tubuh kita mendapat kalsium yang diperlukan untuk fungsi asas dengan melepaskan kalsium yang disimpan dalam tulang kita ke dalam darah melalui sejenis proses pemecahan dan pembentukan semula yang kita tidak nampak. Oleh kerana ketumpatan tulang semakin berkurang dengan faktor peningkatan usia, ditambah pula dengan kadar kesembuhan tulang yang semakin menurun apabila berlaku kerosakan, saintis dan pakar kesihatan berpendapat bahawa penting bagi badan untuk mengekalkan tahap kalsium dalam darah yang secukupnya bagi memastikan kalsium yang terkandung  di dalam tulang dapat terus disimpan.

Kuantiti pengambilan kalsium dalam badan telah dicadangkan oleh sesetengah pakar dalam bidang kesihatan. Bagi lelaki dan wanita dewasa, cadangan pengambilan kalsium adalah 1,000 miligram sehari manakala bagi lelaki dan wanita dewasa yang melebihi usia 50 tahun dicadangkan sebanyak 1,200 miligram sehari. Bagi kanak-kanak berusia antara 4 sehingga 18 tahun pula, dicadangkan sebanyak 1,3000 miligram sehari.

Susu tinggi dengan kandungan kalsium

Kalsium terkandung dalam pelbagai sumber makanan. Umum mengetahui bahawa susu sebagai salah satu sumber makanan utama yang mengandungi kandungan kalsium yang paling tinggi. Susu sebagai contoh dalam setiap 240 mililiter susu mengandungi 300 jumlah kalsium. Jumlah ini jauh lebih tinggi jika dibandingkan dengan jumlah kalsium yang terkandung dalam lain-lain sumber makanan seperti sayur-sayuran, buah-buahan, ikan dan produk tenusu lain seperti yogurt, keju dan soya.

Pastinya susu diakui sebagai sumber kalsium terpenting terutama bagi bayi yang baru lahir dan juga kanak-kanak. Oleh itu ia menjadi makanan wajib yang mesti dibekalkan kepada setiap kanak-kanak sehingga mereka mencapai usia tertentu. Pada peringkat kanak-kanak, bekalan kalsium melalui pengambilan susu bertujuan untuk pembinaan, perkembangan dan menguatkan tulang.

Perlukah orang dewasa minum susu ?

Namun apabila kita dewasa, adakah kita masih memerlukan minuman susu untuk menjaga kesihatan tulang? Tiada jawapan tetap mengenai soalan ini. Ini adalah kerana kalsium tidak hanya terkandung dalam susu sahaja. Masih terdapat pelbagai lagi jenis makanan yang kita boleh ambil selain daripada susu untuk mencukupkan keperluan kalsium dalam badan.

Jika anda sememangnya menggemari minuman susu, makan tidak salah untuk anda meneruskan pengambilan susu sebagai sumber utama kalsium. Tidak dinafikan ramai yang menjadikan susu sebagai minuman permulaan pada waktu bagi bukan sahaja kerana keenakannya. Tetapi juga kerana kebaikan yang terkandung dalam segelas susu mampu memberikan tenaga untuk sepanjang hari. Pengambilan susu sebanyak 3 gelas sehari dikategorikan sebagai sederhana. Segelas cawan bersaiz 244 gram dianggarkan mengandungi 305 miligram kalsium.

8 Minuman susu berkalsium tinggi untuk orang dewasa

Memilih susu untuk orang dewasa di pasaran adakalanya lebih sukar kerana kurangnya pilihan berbanding susu untuk bayi dan kanak-kanak. Namun masih terdapat beberapa jenama dan pilihan yang baik untuk anda pilih. Berikut ialah beberapa produk minuman susu berkalsium tinggi untuk pilihan orang dewasa yang terdapat dalam pasaran masa kini.


1.Marigold HL Low Fat Milk


Susu rendah lemak ini mengandungi 36 peratus lebih kalsium untuk kesihatan tulang dan seluruh tubuh anda. Susu ini menjadi pilihan bagi mereka yang menggemari susu tetapi sangat ingin mengurangkanpengambilan lemak dalam badan. Susu rendah lemak dan berkalsium tinggi ini boleh didapati dalam perisa biasa, coklat dan strawberi. Kandungan kalsiumnya yang tinggi sangat baik untuk membekalkan kalsium kepada tulang dan badan anda. Ia turut kaya dengan pelbagai sumber kebaikan lain dari sumber mineral dan vitamin yang paling bermanfaat untuk tubuh badan anda.

Baca ulasan pengguna mengenai keenakan susu ini


2. Anlene Milk Powder

Kekal aktif dengan menjaga kekuatan tulang, sendi dan otot anda dengan susu daripada Anlene untuk orang dewasa ini. Ia membekalkan kalsium yang tinggi untuk membantu anda mendapatkan kalsium secukupnya untuk keperluan tulang dan tubuh badan keseluruhannya. Anda boleh menikmati keenakannya dalam tiga perisa iaitu susu biasa, coklat dan perisa baharu iaitu latte. Rasanya begitu enak sehingga membuatkan anda ingin menikmatinya pada setiap hari. Jadikan susu Anlene sebagai salah minuman utama untuk setiap permulaan hari anda.

Baca ulasan pengguna mengenai susu ini


3. Alpha Lipid TM Lifeline TM Colostrum Milk Powdered Drink


Produk susu Alpha Lipid ini telah lama berada di pasaran di stokis-stokis terpilih seluruh Malaysia. Ia membekalkan 1,000 miligram kalsium dalam setiap hidangan untuk kesihatan tulang dan gigi anda dan seluruh isi keluarga. Susu ini juga baik untuk memperbaiki dan penyembuhan badan secara semulajadi. Anda dicadangkan untuk menikmatinya setiap kali sebelum sarapan. Untuk lebih enak anda boleh sediakan secara sejuk atau boleh juga ditambah dalam minuman smoothie anda.

Baca komen pengguna mengenai susu ini


4. Fernleaf Full Cream Milk Powder


Susu segera dari Fernleaf dalam bentuk serbuk. Anda boleh membancuhnya dengan segelas air panas dan terus nikmati keenakan susu panas atau disimpan dalam peti sejuk sebelum diminum untuk rasa susu yang lebih menyegarkan tekak. Ia membekalkan kalsium yang tinggi untuk kesihatan tulang, gigi dan seluruh perkembangan tubuh badan anda

Baca komen pengguna mengenai susu ini


5. NESTLE OMEGA PLUS Milk Powder


Susu ini walaupun bertujuan untuk menurunkan paras kolestrol dalam darah, ia juga baik untuk kesihatan tulang anda. Anda akan mendapatkan bekalan kalsium secukupnya melalui pengambilan dua gelas susu setiap hari seperti yang disarankan. Selain untuk tulang, ia turut membekalkan manfaat yang tinggi untuk kesihatan jantung dalam darah anda.

Baca komen pengguna mengenai susu ini


6. Goodday Pasteurized Milk


Susu berpasteur dalam kotak yang boleh diminum segera daripada peti sejuk. Ia boleh didapati dalam dua perisa iaitu susu biasa dan coklat. Susu ini juga mengandungi kalsium yang cukup untuk kesihatan tulang, sendi dan otot anda.

Baca komen pengguna mengenai keenakan susu ini


7. Anlene Gold Powder


Susu tepung untuk golongan berusia emas berusia 51 tahun ke atas. Dengan membekalkan kalsium secukupnya untuk tulang, anda boleh nikmati gaya hidup aktif yang lebih meriangkan. Ia turut mengandungi bahan aktif MFGM iaitu komponen yang sama ditemui pada struktur sendi. Nikmati dua gelas sehari untuk bekalan kalsium dan lain-lain nutrien terbaik untuk kesihatan anda.

Baca komen pengguna mengenai susu tepung ini


8. Dutch Lady Nutritious Full Cream Milk Powder

Susu tepung penuh krim untuk seisi keluarga anda. Ia membekalkan kuantiti kalsium seumpama dua ikat bayam yang lengkap melalui dua cawan hidangan susu ini setiap hari. Ia juga mengandungi 50 peratus tambahan kalsium untuk meningkatkan kesihatan tulang anda. Seluruh ahli keluarga anda boleh menikmati manfaat yang sama melalui 1 kilogram bungkusan susu yang enak ini.

Baca komen pengguna mengenai susu tepung penuh krim ini