Permainan Lego antara permainan yang terkenal di seluruh dunia. Berasaskan bongkah-bongkah kecil, pemain perlu menyusun mengikut kreativiti masing-masing untuk membentuk objek lain yang lebih lengkap.
Robot, rumah, kapal terbang, bangunan dan sebagainya mampu dibina menggunakan Lego ini. Pemainnya pula terdiri daripada kanak-kanak seawal usia 3 tahun hingga kepada orang dewasa.
Bermain Lego sangat digalakkan kepada anak-anak kerana ianya sejenis permainan manipulatif yang melatih daya fizikal dan mental untuk menjadi lebih baik.
Terdapat banyak anak-anak yang suka bermain dengan Lego. Mereka menghabiskan sepanjang hari mewujudkan menara, kereta, bangunan dan robot dan ia kelihatan seperti hobi yang sangat kreatif yang membantu untuk minda berkembang sihat.
Dari aspek kognitif, bermain lego bersama anak dapat mewujudkan suasana pembelajaran konsep dasar, seperti mengenal bentuk, warna, jumlah, jarak atau ruang. Imaginasi dan kreativiti anak pun berkembang melalui cara membuat bangunan, mengombinasi warna, dan lain-lain.
Dari segi aspek psikomotor, anak-anak bermain lego dapat belajar koordinasi mata dan motorik. Keterampilan motorik diri berkembang dan motorik kasarnya berkembang ketika gerakan meraih, menekan, mengambil warna lego yang sesuai, menarik, atau memainkan jari jemari.
Kajian bebas juga mendapati kanak-kanak dalam kumpulan Terapi Berasaskan Lego juga menunjukkan prestasi yang lebih baik berbanding dengan kanak-kanak dalam terapi sosial perbandingan.
Hasil ini dijelaskan dalam kajian lanjut oleh Dr LeGoff pada 2010 dan 2011, malah dengan potensi ini, Dr LeGoff percaya rantau membangun seperti Asia Tenggara mampu pergi lebih jauh terutama bagi Terapi Berasaskan Lego selepas menyaksikan kejayaan program itu di Amerika Syarikat, United Kingdom, Kanada, Australia dan negara maju lain.
Beliau berkongsi bagaimana penyelidikan dan kajian persendirian yang dipeloporinya selama 20 tahun itu menunjukkan peningkatan yang memberangsangkan terhadap anak autisme dan mereka yang menghidap permasalahan sama.
Selalu kita dengar orang cakap bahawa ‘Lego’ atau blok binaan merupakan antara mainan terbaik buat anak.
Tapi, kenapa ya?
PERMAINAN MANIPULATIF BAIK UNTUK ANAK
Sebenarnya ‘Lego’ adalah salah satu daripada permainan manipulatif yang bagus untuk perkembangan anak.
Permainan manipulatif adalah satu bentuk permainan pembelajaran yang memerlukan anak untuk membina atau membentuk sesuatu dengan menyambung bahagian tertentu permainan tersebut.
Permainan ini membantu anak untuk membina kemahiran motor halusnya terutama koordinasi tangan. Permainan ini juga melibatkan kordinasi otak dan mata anak.
Blok LEGO, atau blok yang bersamaan dengannya adalah permainan yang paling biasa dijumpai dalam setiap rumahtangga yang mempunyai kanak-kanak.
Selain dari membina pelbagai benda dengan blok LEGO, tahukah anda ianya juga boleh digunakan sebagai alat bantuan mengajar?
Ia boleh membantu kanak-kanak yang lebih visual dan yang suka membuat kerja dengan tangan untuk memahami dengan lebih baik.
Anda hanya akan memerlukan:
- beberapa keping kertas atau kad manila putih
- pen penanda
- blok LEGO
- Pen penanda warna atau pensel warna
1) Mengajar tentang warna
- Gunakan 4 keping kertas atau 4 keping kad manila yang telah dipotong.
- Gunakan 4 jenis warna contohnya merah, biru, kuning dan hijau. Warnakan dan tuliskan nama warna itu dengan terang.
- Terpulanglah, jika anda ingin mengajar menggunakan dwibahasa ataupun tidak.
- Berikan beberapa blok campuran 4 warna yang ditetapkan dan suruh anak agihkan ke kumpulan warna masing-masing.
2) Mengajar Nombor “Number Rods“
Kaedah mengajar nombor ini berasal dari sekolah Montessori. Ibu bapa senang mengajar tentang nombor dan kanak-kanak boleh melihat secara visual nombor menaik dan nombor menurun.
Ibu bapa juga boleh mengajar anak tentang nombor genap dan nombor ganjil dengan cara ini. Tetapi kerana saya telah buat akitiviti in dengan anak saya baru berumur 3 tahun, saya suruh hitung dan surihkan nombor sahaja.
- Susun blok mengikut warna selang seli seperti di atas.
- Suruh anak hitungkan jumlah blok yang digunakan.
- Buat titik untuk jumlah setiap baris blok itu dan suruh anak surihkan.
3) Mengajar nama bagi setiap hari dalam seminggu
Saya telah membuat aktiviti ini dengan anak sulung yang mengalami kesusahan untuk memahami Bahasa Malaysia.
Campurkan blok yang ditulis Isnin, Selasa, Rabu, Khamis, Jumaat, Sabtu dan Ahad dan suruh anak aturkan mengikut hari dalam satu minggu.
4) Mengajar Sukukata
Ibu bapa boleh menggunakan Blok LEGO untuk mengajar sukukata. Ini cara untuk menjadikan pembelajaran yang lebih menarik untuk kanak-kanak.
5) Membina ayat
Kanak-kanak juga boleh belajar untuk membentuk ayat-ayat mudah dengan perkataan yang telah ditulis pada blok LEGO. Kaedah ini adalah alternatif yang baik apabila anak sudah rasa bosan dengan latihan membina ayat yang biasa.
6 MANFAAT BERMAIN LEGO BUAT ANAK
1. Melatih Kemahiran Motor
Memasang dan membuka bongkah-bongkah Lego berupaya melatih koordinasi mata dan otot-otot halus anak.
Ini amat penting supaya anak akan mudah memegang pensel dan kemudian pandai menulis.
2. Daya Fokus Anak
Untuk membina sesuatu objek daripada bongkah Lego bukan satu perkara yang senang. Ianya memerlukan daya fokus yang tinggi untuk memikir, menyambung dan membentuk. Anak-anak perlu fokus untuk sukses dalam membina objek yang mereka inginkan.
Sekaligus, ini melatih daya fokus mereka.
3. Meningkatkan Daya Kreativiti
Anak-anak perlukan daya kreativiti yang tinggi ketika bermain Lego. Untuk mempunyai daya kreativiti, ianya perlu dilatih sejak kecil lagi. Selain itu, anak-anak juga berpotensi memahirkan diri dalam menyelesaikan masalah dan bertindak dengan solusi yang terbaik.
Semakin aktif otak anak-anak berfikir, semakin cerdas pemikiran mereka kelak.
4. Melatih Koordinasi Mata
Bongkah-bongkah Lego sengaja diwujudkan dengan warna-warna dan saiz yang pelbagai. Saiz yang kecil mungkin berbahaya kepada anak kecil bawah 3 tahun kerana risiko tertelan.
Tetapi untuk usia yang sesuai (3 tahun ke atas), warna dan saiz ini akan melatih koordinasi mata.
5. Memahami Konsep Asas Matematik
Bongkah Lego mempunyai saiz yang berbeza. Dalam masa yang sama, permainan Lego ini akan memperkenalkan dengan lebih mendalam lagi kepada konsep saiz, berat, ukuran berbeza dan bentuk.
Perkaran ini akan memberi kelebihan kepada anak-anak tentang konsep asas dalam matematik.
6. Memahami Konsep Ruang
Berbeza daripada apa yang dilihat pada buku atau skrin tablet, permainan seperti ini menggalakkan anak untuk memahami konsep ruang yang bersifat 3 dimensi.
Ianya juga boleh disentuh dan digerak 360 darjah untuk mereka lebih memahami.
Semasa bermain Lego bersama kawan-kawan atau adik-beradik yang lain, secara tidak langsung melatih anak kecil untuk berkomunikasi (bersosial) dan berani mengemukakan idea ketika di dalam kumpulan.
Mereka juga akan dilatih supaya lebih yakin dengan pendirian diri sendiri apabila berjaya membina sesuatu mengikut kemahuan mereka.
Kami percaya permainan Lego bukan hanya berpotensi memberi 6 manfaat ini kepada anak-anak, tetapi lebih lagi. Cuma, ibu bapa perlu mengawal atau memerhatikan aktiviti anak-anak terutama anak di bawah 3 tahun semasa bermain Lego, kerana mereka berisiko tinggi untuk tertelan bongkah-bongkah Lego.