HomeMalay6 Cara Tidurkan Bayi Dengan Cepat

6 Cara Tidurkan Bayi Dengan Cepat

“ADUH. ESOK NAK KENA BANGUN PAGI-PAGI NI. ANAK I MATA BULAT SEGAR LAGI NI TAK NAK TIDUR. MACAM MANA NAK BUAT NI?”

Bila baru menimang cahaya mata, bahagianya rasa. Rasa hidup berumahtangga semakin lengkap dan sempurna dengan adanya anak-anak yang menyinari hidup kita. Keterujaan itu diiringi dengan pelbagai persediaan untuk berikan yang terbaik untuk membahagiakan anak kita.

Tetapi sehingga satu tahap bila rutin harian dan pekerjaan mula mempengaruhi mental dan fizikal kita, kita semakin stres bila kita tidak dapat berehat dan tidur yang secukupnya kerana SI COMEL SUSAH TIDUR atau asyik terjaga pada waktu malam.

Jangan risau! Ini adalah masalah yang biasa dihadapi oleh semua ibubapa dan anda yang sedang membaca artikel ini tidak terkecuali. Kita beruntung kerana di zaman internet ini, pelbagai masalah boleh dicari penyelesaiannya, hanya di hujung jari sahaja.

Tidak dinafikan setelah pulang ke rumah dengan kepenatan pulang dari tempat kerja, memang amat menduga kesabaran bila anak kecil kita menangis terkejut di waktu malam kerana kita pun akan turut terkejut. Bila terkejut, kita akan mula pening kepala dan migrain. Sampai kadang-kadang kita tidak sedar kita termarah anak kecil kita itu walhalnya kita lupa si kecil itu tidak tahu apa-apa.

Sebagai usaha untuk mencari jalan mengatasi situasi ini, banyak perkongsian tentang cara dan tips yang dicadangkan oleh pakar-pakar untuk menidurkan bayi seperti :

  • Susukan atau beri makan sehingga bayi mengantuk
  • Tepuk pinggul, belai atau dodoikan sehingga tidur
  • Banyakkan aktiviti di waktu siang sehingga bayi penat
  • Pencahayaan suram
  • Pasang muzik yang tenang dan lembut
  • Sediakan puting sebagai alternatif

TETAPI mungkin ada antara anda yang sudah cuba semua cara di atas dan malangnya, langsung tidak berkesan pada bayi anda sehingga anda putus asa. Kami boleh rasakan betapa kecewanya anda kerana tenaga anda yang sepatutnya digunakan untuk mencari rezeki di siang hari sudah hampir habis. Kami tahu anda kepenatan mencari jalan dan idea untuk tidurkan semula anak yang terjaga di waktu malam atau menidurkan anak yang susah tidur.

Bila kita kepenatan di waktu siang, kita tidak dapat fokus dan paling tidak menarik, kita jadi ‘moody’ dan pemarah kerana mengantuk. Jadi prestasi kita di tempat kerja mula merosot.

Dan pada hujung minggu, kadang-kadang bila kita memerlukan waktu rehat atau ‘me-time’ di rumah, mahu ber’bubble bath’ atau habiskan tonton siri drama Korea kegemaran di Netflix, percubaan tidurkan anak bukannya selalu menjadi.

Tengok anak jiran sebelah, senangnya tidur.

Mula tertanya pada diri : Apa yang tidak kena dengan cara kita? Apa yang tidak kena dengan anak kita? Apa yang tak kena dengan kita? Macam-macam soalan bermain di fikiran kita akhirnya. Bermula juga episod ‘breakdown’ mempersoalkan diri, rasa seperti bukan ibu atau bapa yang baik.

Sebenarnya tiada apa yang tidak kena dengan kita dan anak kita, wahai ibubapa semua.

Bertenang!

Kita hanya perlu sedar bahawa bukan semua bayi akan memberi reaksi dan tindakbalas yang sama dengan menggunakan cara yang sama yang digunakan oleh semua orang, seperti senarai di atas. Kunci utamanya hanyalah : JANGAN BERPUTUS ASA.

Untuk membantu anda, baru-baru ini kami telah lakukan sedikit kajian dan telah berjaya menemui 6 CARA TIDURKAN BAYI DENGAN CEPAT. Yang menariknya, kebanyakan ibubapa yang sudah mencuba akui semuanya berjaya tidurkan anak masing-masing dengan cepat terutamanya pada hari yang sibuk. Jadi, giliran anda pula untuk mencuba.

Kami sertakan 6 cara tersebut bersama video menunjukkan caranya dan sebagai bukti keberkesanannya supaya anda boleh mencubanya serta-merta :

Kaedah 2 Huruf

Tonton video ini di mana seorang bapa, Daniel Eisenman menidurkan anaknya Divina dengan melafazkan perkataan ‘Ommmmmmmmmmmm….’ yang kebiasaannya digunakan ketika Yoga sehingga anaknya yang menangis terus terdiam dan bertenang sehingga tidur lena. Dipercayai, vibrasi dari sebutan ini memberikan satu perasaan yang menenangkan di mana sesiapa pun yang menyebut dan mendengar akan memberi efek kurang gelisah dan keresahan. Jadi, ia memberi kesan yang sama pada bayi. Sangat mengagumkan!

 

Bunyi Air Menitis

Telah viral satu video, seorang ibu, Lauren dari Michigan menggunakan satu teknik mudah menenangkan dan menidurkan anak buahnya yang menangis sekuat hati. Pernah menggunakan teknik ini untuk anaknya sendiri sebelum ini, ibu muda ini merakamkan video mempraktikkan teknik ini untuk dimanfaatkan oleh ibu-ibu lain di seluruh dunia. Caranya adalah dengan membuka air dan membiarkan bunyi air menitis, dukung bayi anda mendekati air itu dengan berhati-hati supaya dia dapat mendengar bunyi air tersebut. Namun, jangan dibiarkan bayi anda keseorangan di bilik mandi ya. Pastikan anda mendukung dan dodoikan mereka. Dalam video ini, anak buah Lauren tidur serta-merta selepas mendengar bunyi air menitis ini. Wow!

 

Urutan Lembut Di Wajah Bayi

Dengan satu urutan ringkas di wajah bayi kita, dipercayai si kecil memang akan tertidur dengan pantas. Sesuai untuk ibubapa yang sibuk dan memerlukan kaedah pantas. Kita yang dewasa pun cepat tertidur bila diurut, inikan pula seorang bayi. Setuju tak? Caranya, hanya baringkan bayi anda di tempat selesa dan perlahan-lahan urutkan wajah mereka dengan pergerakan lembut seperti video di bawah ini. Kebanyakan ibubapa yang dah mencuba memberi jaminan cara ini antara cara paling berkesan. Cubalah!

 

Usapkan Tisu Ke Wajah Bayi

Seorang bapa muda bernama Nathan Dailo, berjaya menidurkan bayi kecilnya yang susah tidur. Hanya dengan usapan menggunakan tisu lembut ke wajah bayinya secara berulang kali. Viral videonya di YouTube dengan 12 juta tontonan dan komen yang tidak henti berterima kasih memuji keberkesanan kaedah ini. Walaupun kaedah ini sangat ringkas namun ramai tidak terfikir ianya sangat berguna untuk membantu ibubapa yang pecah kepala mencari idea untuk tidurkan anak dengan pantas. Hanya dengan 40 saat usapan tisu, saksikan sendiri bayi anda tertidur dengan lenanya. Namun, pastikan anda hanya gunanya tisu yang lembut dan elakkan menggunakan tisu kasar seperti tisu serap minyak atau kertas kerana ini boleh melukakan muka bayi anda. Jom tiru cara Nathan!

Sekiranya tiada tisu ketika itu, boleh cuba menggunakan tangan : 

 

Pernafasan Kuat Ala Darth Vader

Antara semua kaedah kami senaraikan, ini mungkin antara cara yang paling pelik. Tetapi seorang bapa yang merupakan die-hard-fan Star Wars, berjaya menidurkan anaknya dalam masa 30 saat sahaja dengan cara pelik ini. Pernafasan ala Darth Vader. Hanya perlu tarik nafas dan hembus nafas kuat-kuat dengan bayi anda di samping anda. Pelik kan? Tapi berkesan! Tidak pasti bagaimana caranya? Jom tonton video ini.

 

Pasangkan Bunyi White Noise Atau Degupan Jantung

Keberkesanan bunyi white nose dan bunyi degupan jantung untuk menidurkan bayi adalah satu kaedah turun-temurun yang diamalkan oleh ramai ibubapa. Bunyi white noise dipercayai dapat menenggelamkan bunyi-bunyi lain di dalam rumah. Contohnya, bunyi bising kanak-kanak lain dan sebagainya. Bunyi degupan jantung pula mampu menenangkan bayi kerana selama 9 bulan mereka di dalam perut ibu mereka dan mendengar degupan jantung ibu. Jadi ianya membuatkan mereka rasa dekat dengan ibu mereka. Dan bila rasa dekat, mereka akan bertenang dan cepat tertidur.

Menarik kan? Semoga 6 cara ini dapat membantu menidurkan bayi anda dengan cepat.

Apapun cara yang digunakan, kita sendiri harus tenang. Jika kita tidak hadapi situasi dengan tenang, anak kita juga akan merasai aura gelisah itu. Vibrasi dan aura kita memainkan peranan penting. Bila kita bertenang, anak kita juga akan tenang.

Kami faham anak-anak kita boleh mencabar kesabaran kita ke satu tahap yang memenatkan. Namun, setiap satu cabaran sebagai ibubapa adalah pengajaran yang istimewa untuk kita hadapi kehidupan di zaman moden ini.

Dan percayalah, setiap penat lelah kita amat berbaloi apabila melihat anak-anak membesar dengan sihat dan bahagia.

Kami di 100comments.com amat berbesar hati untuk menjadi sebahagian dari proses tumbesaran anak-anak anda bersama anda.

Selamat mencuba!

Leave a comment

İstanbul escort mersin escort kocaeli escort sakarya escort antalya Escort adana Escort escort bayan escort mersin

elazığ Escort escort ankara escort bayan izmir escort adana escort antalya escort bursa konya escort bayan hatay escort bayan