Cuaca panas sekarang pastinya jualan aircond atau penghawa dingin laku keras macam pisang goreng panas! Pastinya juga tempoh masa penggunaan penghawa dingin anda adalah lebih dari sebelum ini.

Penyaman udara atau juga dikenali sebagai pendingin hawa (sering tersilap tulis sebagai penghawa dingin) dan alat hawa dingin, ialah suatu sistem atau mesin yang mengeluarkan udara secara tetap, biasanya di kawasan tertutup melalui kitaran penyejukan, di mana udara yang lebih hangat akan disingkirkan dan digantikan dengan udara yang lebih sejuk lembap.

Dalam pembinaan, suatu sistem pemanasan, pengudaraan dan penyaman udara dirujuk sebagai HVAC. Sama ada di rumah, pejabat atau kenderaan, tujuan penyaman udara adalah untuk memberi keselesaan dengan mengubah ciri udara biasanya melalui penyejukan udara di dalam.

Foto: Recommend.my

Kitaran penyejukan

Dalam kitaran ini, haba dipindahkan dari suatu lokasi bersuhu sejuk kepada suatu kawasan yang lebih panas menggunakan suatu bahan penyejuk (refrigerant) agar ia bergerak ke arah yang berlawanan. Bahan penyejuk ini dialirkan masuk ke dalam pemampat di mana suhu dan tekanan bahan tersebut dinaikkan sebelum ia dialirkan ke penyejat, Udara bergerak melalui penyejat ini lalu tersejat menjadi bentuk cecair, menyingkirkan haba dari sistem lalu haba tersebut dibawa keluar ke persekitaran luar. Penyingkiran haba juga dapat ditingkatkan dengan melalukan air melalui lingkaran penyejat lalu cecair penyejuk disejukkan lagi apabila mengena injap tersebut.

Bahan penyejuk yang masih panas ini kemudiannya dialirkan melalui injap pengembangan yang sangat kecil, lalu mengalami pengurangan tekanan yang mendadak. Penyejatan kilat (flash evaporation) sebahagian cecair penyejuk ini menyebabkan pengurangan suhu dengan ketara. Bahan penyejuk dilalukan ke penyejat yang ditiupkan angin panas melaluinya, lalu cecair penyejuk tersejat sekali menurunkan suhu udara angin. Angin yang disejukkan ini seterusnya dipam masuk ke dalam bilik. Wap bahan penyejuk disalurkan kembali ke dalam pemamabat untuk melengkapkan kitara penyejukan.

Bahagian penyejukan dan penyejatan dalam sistem dipisahkan agar kedua-dua proses ini berada dalam keadaan cekap, dan setiap bahagian ini harus mempunyai sistem pengaliran udara yang tersendiri (sama ada udara yang panas mahupun sejuk).

Kegunaan

Kegunaan sistem ini boleh dipakai sama ada untuk:

  • Tujuan keselesaan: membantu membekalkan persekitaran dalaman rumah yang malar meskipun cuaca di luar berubah-ubah, sama ada di bangunan-bangunan komersial, kenderaan pemnumpang (misalnya kereta, bas dan kapal terbang), bangunan kediaman yang rendah seperti rumah.
  • Tujuan pemprosesan: untuk sebarang pekerjaan yang memerlukan keadaan ama, misalnya dalam persekitaran mamal kimia dan biologi, perkilangan makanan dan ubatan, serta kemudahan perlombongan dan kuasa nuklear.

Foto: Compact Appliance

Tenaga Nasional Berhad (TNB) menyarankan para pengguna supaya mengamalkan tip-tip berikut bagi menjimatkan penggunaan tenaga:

– Laraskan suhu sistem penghawa dingin di antara 23 ke 25 darjah celsius.

– Tukar atau bersihkan penapis penghawa dingin dengan kerap untuk memaksimumkan potensi penyejukan unit tersebut. Penapis yang kotor menghalang edaran udara dan mengurangkan kecekapan pendingin hawa.

– Selain itu, penyelenggaraan secara kerap juga boleh membantu pendingin hawa beroperasi pada tahap optimum.

– Tutup semua pintu dan tingkap serta lubang edaran udara untuk memastikan udara sejuk tidak keluar dari bilik.

– Pada waktu malam, buka kipas dan tetapkan masa pendingin hawa untuk ditutup. Selalunya suhu bilik akan mencecah tahap yang selesa selepas beberapa jam pendingin hawa dipasang. Tambahan, penggunaan kipas adalah lebih murah dan membantu pengedaran udara di dalam bilik.

Penghawa dingin yang murah tidak semestinya tidak bagus berbanding dengan harga yang lebih mahal. Di sini terdapat beberapa jenis penghawa dingin harga mampu milik yang boleh anda pertimbangkan sebelum membeli.

1. Hisense Air Cond 1.0HP Air Conditioner- HAC-09DJN 

Penghawa dingin Hisense memiliki reka bentuk yang menarik dan elegan. Bukan hanya itu, malah ia juga memastikan anda dapat tidur yang selesa dan mampu menyejukkan bilik yang luas dengan lebih cepat. Penghawa dingin ini dilengkapi dengan mod tidur, mod pintar, mod hidup semula secara automatik dan pemasa 24 jam.

Kini anda boleh menikmati angin sejuk di bilik anda dengan hanya perlu mengawal dari alat kawalan jauh. 

Baca review pengguna Hisense Air Cond 1.0HP Air Conditioner- HAC-09DJN 

 

2. York YSL3F10AAS/YWM3F10CAS Air Conditioner 

Penghawa dingin York beroperasi dengan sangat baik untuk memastikan keselesaan anda. Dengan reka bentuk yang lebih kecil, ia akan menjimatkan lagi penggunaan ruangan di rumah. Selain itu, ianya juga penghawa dingin yang beroperasi secara senyap tanpa menganggu tidur malam anda.

Penghawa dingin yang berkecekapan tinggi kerana mudah dibersihkan dan boleh membersihkan udara dengan sendiri dan yang paling penting anti bakteria. Dengan teknologi inverter yang ada pada penghawa dingin ini menjadikannya mesra alam kerana dapat menjimatkan penggunaan tenaga. 

Baca review pengguna York YSL3F10AAS/YWM3F10CAS

 

3. Sharp (AHA9UCD) 1HP Air Conditioner 

Penghawa dingin ini bukan sahaja dapat menyejukkan tetapi ia juga menjaga udara di persekitaran anda untuk memastikan anda menghidu udara yang segar dan bersih. Dengan fungsi pembersihan sendiri yang ada pada penghawa dingin ini memastikan agar pertumbuhan kulat dapat dihalang.

Tambahan pula dengan kuasa mod turbo yang dimiliki pada penghawa dingin menjadikannya penghawa dingin yang berkuasa tinggi kerana dapat menyejukkan bilik dengan lebih cepat. 

Baca review pengguna Sharp (AHA9UCD) 1HP

 

4. Beko Deluxe Non-Inverter Air Cond BKO-BMLE090S

Penghawa dingin Beko salah satu jenama yang dipercayai ramai. Penghawa dingin ini  mudah untuk dioperasikan dan juga mempunyai pemasa sehingga 24 jam, bagi memudahkan anda untuk menetapkan tetapan untuk mematikan penggunaan bila-bila yang anda suka.

Ianya penghawa dingin yang bagus sekiranya anda mempunyai bayi di rumah kerana  menghasilkan bunyi yang rendah iaitu 33dBA bagi memastikan anda dapat tidur dengan selesa. 

5. Midea 1.0HP Ionizer MSK4-09CRN1 Air Conditioner 

Penghawa dingin ini memiliki teknologi inverter iaitu beroperasi dengan cekap dan pantas untuk memberikan aliran udara sejuk untuk ruangan rumah anda. Bukan sahaja itu, malah ia juga penghawa dingin yang menyejukkan dan juga dapat menjimatkan penggunaan tenaga.

Ianya juga dapat mengesan secara automatik sekiranya berlaku kerosakan pada penghawa dingin.

Kini anda bukan sahaja perlu mengawal dari alat kawalan jauh, tetapi juga boleh melalui aplikasi android dan iOS terus dari telefon pintar anda. Anda bolehlah nikmati tidur yang lena sambil menghirup udara yang segar dengan penghawa dingin ini.

Baca review pengguna Midea 1.0HP Ionizer MSK4-09CRN1

 

Anda yang ingin membeli pendingin hawa baharu dicadangankan supaya memilih pendingin hawa yang mempunyai bintang kecekapan tenaga yang paling tinggi kerana lebih banyak bintang bermaksud peralatan tersebut lebih cekap berfungsi.

Pemilihan saiz dan jenis pendingin hawa yang tepat juga penting kerapa pendingin hawa yang terlebih besar bukan sahaja lebih mahal untuk dibeli dan dipasang, malahan ia juga akan menyebabkan bil elektrik yang lebih tinggi kerana kompresor pendingin hawa perlu berputar dan berhenti berulang-ulang.

Apa yang pasti, buatlah pilihan yang tepat dan berbaloi dengan bajet anda.