Setiap kali memilih syampu rambut di pasaran, apakah keperluan yang anda cari bagi memastikan syampu yang dipakai tidak menyebabkan masalah rambut menjadi bertambah kusut? Tentunya anda mencari syampu yang mengandungi bahan penjagaan yang bersifat organik kerana meyakini kemampuannya merawat masalah rambut secara alami. Syampu organik yang baik seharusnya mengandungi sekurang-kurangnya 70% bahan organik yang boleh dibaca pada label bahan yang terdapat pada botol syampu. Baki 30% bahan lagi boleh terdiri daripada bahan pengawet yang dihasilkan secara sintetik.
Sejauh mana keberkesanan syampu organik berbanding dengan syampu biasa? Sesetengah pengguna berpendapat syampu organik jauh lebih lembut apabila digunakan pada rambut serta menghasilkan aroma kewangian yang lebih bersifat semulajadi. Dari segi keberkesanan, ia bergantung kepada sejauh mana tahap keseriusan dan jenis masalah rambut yang dihadapi. Ramai pengguna yang mencuba syampu organik berjaya mendapatkan hasil rawatan rambut yang lebih baik selepas suatu tempoh penggunaan. Keberkesanannya juga bergantung kepada jenis bahan organik yang digunakan dalam sesuatu produk syampu.
Apapun, tidak salah sekiranya anda ingin mencuba syampu organik. Tentunya ia jauh lebih baik daripada syampu biasa yang mengandungi lebih banyak bahan kimia. Kami cadangkan 10 syampu organik yang berkesan merawat masalah rambut.
1. Palmer’s Coconut Oil Conditioning Shampoo
Mengandungi beberapa bahan alami dari sumber tumbuhan. Antaranya minyak kelapa dan minyak monoi. Kedua-duanya merupakan bahan kunci utama. Minyak kelapa berkesan untuk memberikan kelembapan pada rambut dan menjadikan rambut kelihatan lebih bersinar. Minyak monoi pula berkesan mengelakkan kekeringan pada rambut yang menjadi punca rambut mudah rosak. Syampu ini bebas dari bahan sulfat dan detergen yang bersifat kasar untuk struktur rambut yang lembut Ia membersihkan rambut anda secara perlahan dan memelihara kelembapan rambut secara semulajadi.
Baca komen pengguna mengenai syampu pelembap Palmer’s Coconut Oil
2. Himalaya Anti-Hair Fall Shampoo
Bagi mereka yang mengalami masalah keguguran rambut yang tidak berkesudahan,apa kata anda mencuba produk rambut Himalaya. Himalaya sememangnya terkenal dengan penghasilan produk penjagaan organik. Syampu dengan formula 2 dalm 1 ini mempunyai dua fungsi iaitu mencegah rambut daripada gugur dan membekalkan vitamin untuk kulit kepala. Dua bahan alami utama yang terkandung di dalamnya ialah Butea Frondosa yang berupaya menjana pertumbuhan rambut dan Bhringaraja yang membantu pertumbuhan rambut, mencegah rambut gugur dan merawat masalah rambut kering. Kedua-dua bahan ini begitu popular digunakan oleh masyarakat di negara India. Sesuai untuk semua jenis rambut.
Baca komen pengguna mengenai Himalaya Anti-Hair Fall Shampoo
3. Hask Argan Oil Repairing Shampoo
Syampu ini bebas dari bahan kimia seperti sulfat, paraben, gluten, alkohol dan bahan pewarna buatan. Ia mencuci rambut anda dengan lembut, merawat kerosakan rambut yang pecah di tengah dan hujung dan mencegah rambut daripada bersimpul yang menyukarkan anda menyikat rambut dengan kemas. Sesuai untuk mereka yang mengalami masalah kekeringan rambut. Syampu ini sesuai untuk penggunaan yang kerap bagi mereka yang gemar bersyampu secara rutin harian.
Baca komen pengguna mengenai Hask Argan Oil Repairing Shampoo
4. NAVEEN Lemongrass Refreshing Shampoo
Syampu yang dihasilkan 100% dari bahan semulajadi dan mengandungi 10% bahan organik. Ia diformulasikan untuk merawat masalah rambut berminyak serta sesuai untuk penggunaan setiap hari. Syampu ini akan membuatkan rambut anda lebih bersih dari kekotoran dan habuk yang melekat pada rambut yag berminyak. Ia juga berkesan untuk menghilangkan kelemumur pada kulit kepala dan mengharumkan semula rambut yang berbau. Minyak serai adalah bahan utamanya yang berfungsi mengilatkan dan mengharumkan rambut dengan aroma yang penuh kesegaran.
Baca komen pengguna mengenai NAVEEN Lemongrass Refreshing Shampoo
5. Palmer’s Cocoa Butter Formula with Vitamin E Moisture Rich Shampoo
Syampu yang mengandungi 100% kandungan mentega koko dan vitamin E yang membantu menyuburkan rambut dan kulit kepala anda. Ia juga ditambah dengan minyak peppermint untuk melembutkan kulit kepala yang kering, gatal dan memberikan kenyamanan serta rasa bersih pada kulit kepala. Selain itu terdapat kandungan minyak Mongongo yang membantu menyihatkan lagi rambut dan memperbaiki keadaan kulit kepala supaya lebih kuat. Vitamin E akan memperkuatkan folikel rambut bagi pertumbuhan rambut yang lebih panjang, sihat dan kuat.
Baca komen pengguna mengenai Palmer’s Cocoa Butter Formula with Vitamin E Moisture Rich Shampoo
6. EcoHerbs Scalp Rejuvenation Hair Re-Born Herbal Shampoo
Syampo rambut yang dihasilkan 100% menggunakan bahan semulajadi dan tanpa melalui proses pemanasan bahan api dan bahan kimia. Sesuai untuk semua jenis rambut. Formula syampo ini membantu mereka yang mengalami masalah keguguran rambut melalui rawatan herba berkualiti dan enzim buah-buahan yang merangsang pertumbuhan akar rambut bagi menghasilkan pertumbuhan rambut baru yang lebih sihat. Syampu ini tidak meninggalkan kesan minyak pada rambut. Cecair syampu ini tidak menggunaan haruman tambahan untuk memberikan keharuman pada rambut. Aromanya lebih semulajadi sesuai dengan bahan semulajadi yang digunakan.
Baca komen pengguna mengenai EcoHerbs Scalp Rejuvenation Hair Re-Born Herbal Shampoo
7. Clairol Herbal Essences White Tea & Mint Shampoo
Pilihan syampu yang sesuai bagi mereka yang gemar mencuci rambut setiap hari. Anda dapat nikmati kesegaran bau daun herba White Tea dan daun pudina pada kulit kepala dan rambut saat dicuci. Ia tidak akan menyebabkan rambut anda kering kerana diformulasi dengan keseimbangan nilai pH yang membuatkan rambut lebih sihat. Haruman buihnya akan membuatkan anda menyukai cucian rambut setiap hari.
Baca komen pengguna mengenai Clairol Herbal Essences White Tea & Mint Shampoo
8. Atomy Herbal Shampoo
Syampu formula Korea ini boleh menghindari kekeringan rambut, mengekalkan keseimbangan rambut supaya sentiasa lembap dan mencegah masalah rambut bercabang.Mengandungi tiga bahan utama dari ramuan tumbuhan semulajadi iaitu kacang walnut, lidah buaya dan jojoba. Rambut anda akan sentiasa lembut dan beralun dengan cantik.
9. The Olive Tree Tea Tree & Mint Shampoo
Syampu dengan ramuan daun teh diimport daru Australia dan pudina untuk mereka yang mengalami masalah kulit kepala berminyak. Orang asli Australia menggunakan daun pokok teh untuk membuat pembalut untuk luka, luka dan untuk merawat jangkitan kulit. Ia akan membersihkan kulit kepala anda dan menyuburkan rambut sehingga ke akar. Syampu semula jadi semulajadi ini menggabungkan kekuatan minyak pokok teh dengan minyak wangi untuk menyucikan dan menghidupkan kulit kepala untuk rambut yang kuat, berkilat dan kelihatan sihat.
Baca komen pengguna mengenai The Olive Tree Tea Tree & Mint Shampoo
10. Botaneco Garden TRIO Oil Anti Dandruff Shampoo
Diperkaya dengan pelbagai khasiat tumbuhan seperti minyak jojoba, minyak kelapa, mentol, minyak dauh teh, daun pudina dan climbazole. Rawatan organik bagi mereka yang mengalami masalah kelemumur yang berkeping-keping di atas kulit kepala.
Baca komen pengguna mengenai Botaneco Garden TRIO Oil Anti Dandruff Shampoo