Makanan tambahan Putih Blink-Blink Glowmax membantu menguatkan sistem imunisasi atau daya tahan badan dalam melawan penyakit kerana pendedahan pada bahan kimia boleh merosakkan sistem imun, mengurangkan kemampuannya untuk melawan jangkitan biasa dan penyakit serius seperti kanser. Q10 dapat memberikan tenaga dan memastikan sel kita bekerja secara berterusan dan bertindak seperti pada kala usia muda. Q10 juga amat penting untuk memastikan kulit kita sentiasa tegang dan anjal.
Q10 dan Maqui Berry antara yang kaya anti oksidan untuk melindungi badan dari serangan radikal bebas. Antioksidan dapat membantu mengurangi dan mencegah kerosakan akibat reaksi radikal bebas (pemakanan, bahan kimia, asap rokok, radiasi dll) ini adalah kerana antioksidan dapat memberikan elektron yang meneutralkan radikal bebas. Oleh sebab itu kita memerlukan antioksidan termasuklah vitamin, mineral dan enzim yang dipercayai dapat melindungi tubuh dan memperlahankan pemusnahan sel yang disebabkan oleh proses pengoksidaan untuk memelihara tubuh badan dari sebarang penyakit. Malah pengambilan anti oksidan dapat membantu merawat kulit dan kembali muda.
Pengusiran racun dalam tubuh yang dipanggil detoksifikasi adalah bertujuan mencegah penyakit, membersihkan bahagian tubuh, memperlambatkan proses penuaan dan tidak mudah diserang penyakit. Proses ini akan menyihatkan tubuh badan dan secara tidak langsung membantu menurunkan berat badan kerana berlakunya pembuangan toksin dalam badan yang mengganggu metabolisme yang menyebabkan kegemukan. Acai Beri adalah salah satu penyumbang kepada peningkatan metabolisme dan kualiti tidur.
Vitamin C adalah bahan yang paling penting digunakan dalam perawatan atau pembaikan kulit. Kemampuannya sebagai perisai sinaran matahari telah membuatnya menjadi bahan yang sangat diperlukan dalam industri kosmetik. Vitamin C adalah unsur yang diperlukan untuk pembentukan semulajadi kolagen. Kekurangan kolagen akan menyebabkan kulit menjadi kusam dan masalah penuaan. Kolagen bermanfaat untuk meremaja dan menegangkan kulit. Pinebark pula berupaya membantu meningkatkan keberkesanan vitamin C.
Vitamin C memberikan rambut yang sihat dan kuku yang bersinar. Mempercepatkan penyembuhan luka dan keringkan jerawat dalam masa hanya seminggu.
Astaxanthin, Pomegranate dan Lycopene berfungsi untuk meningkatkan kualiti kulit. Mampu mencerahkan dan mendapatkan kembali kulit yang lebih muda, anjal dan halus. Mencegah kedut dan bintik hitam di kulit akibat sinaran matahari.
Pendek kata gabungan lengkap dari bahan-bahan penting dalam Putih Blink-Blink ini sangat membantu dalam proses anti oksidan dan anti penuaan. Putih Blink-Blink membekalkan nutrisi yang cukup untuk menyerlahkan wajah yang muda dan lebih berseri dengan kulit yang lembap, anjal dan cerah. Pengambilan yang konsisten membantu melambatkan proses penuaan dengan menghilangkan kedutan, menghitamkan kembali rambut dan menambah tenaga dan mengekalkan kesihatan pada setiap sistem tubuh badan kita.
We are checking your review. This could take a few seconds, please wait...