Dunia Herbs Losyen Mustajab Pati Halia Limau Nipis

Product Details

Kegunaan Wanita Selepas Bersalin
Sangat sinonim untuk kegunaan wanita selepas bersalin, Losyen Mustajab Pati Halia Limau Nipis yang menggunakan ramuan utama pati limau nipis dan pati halia mempunyai pelbagai kegunaan hanya di dalam satu produk sahaja.

Limau nipis biasa digunakan oleh wanita-wanita selepas bersalin semasa dalam pantang sebagai salah satu bahan untuk mengempiskan perut dan menyegarkan badan yang lesu serta keletihan selepas melahirkan. Kebiasaan digunakan semasa memakai bengkung atau dicampurkan di dalam air mandian ketika berpantang.

Berpantang Secara Moden
Sesuai dengan arus kemodenan dan masih mengamalkan petua-petua tradisional, Losyen Mustajab Pati Halia Limau Nipis memudahkan ibu-ibu untuk mengempiskan perut dengan hanya sapuan losyen di perut ditambah dengan sedikit urutan dan memakai bengkung untuk mendapatkan kesan yang paling optimum. Ianya dapat menjimatkan masa dan memudahkan ibu-ibu untuk mengurus diri sewaktu berpantang terutama ibu-ibu yang berpantang sendiri. Ianya tidak berminyak dan mudah menyerap, itulah antara kelebihan losyen ini.

Pengganti Param Dan Pilis
Selain itu, ramuan utamanya iaitu halia dapat membuang angin dalam badan serta boleh menggantikan fungsi Param dan Pilis dengan membuat sapuan nipis di dahi dan bahagian-bahagian lain kecuali bahagian luka. Angin di dalam badan akan menyebabkan sakit urat dan lenguh-lenguh badan. Losyen Mustajab Pati Halia Limau Nipis ini mampu membantu ibu-ibu yang menghadapi masalah ini. Losyen ini juga boleh disapu pada kaki sebelum mengenakan stoking. Tiada lagi kerisauan tentang herba-herba yang jatuh bersepah dan mengotorkan pakaian dan tempat tidur dengan penggunaan Losyen Mustajab Pati Halia Limau Nipis.

Bauan Aroma Yang Menyegarkan
Bauan aroma limau nipis dan halia yang sungguh menyegarkan, ditambah pula dengan sedikit bauan “mint” dapat membantu menceriakan emosi ibu-ibu selepas bersalin yang biasanya lesu dan tidak bermaya. Lakukan sedikit urutan menggunakan Losyen Mustajab Pati Halia Limau Nipis untuk membantu pengaliran darah yang lebih lancar, menghilangkan rasa kebas serta membuang angin dalam badan dan mengurangkan tekanan.

Lebih jimat serta lebih efektif, Losyen Mustajab Pati Halia Limau sememangnya mustajab!!.

  1. NurulDeng08
    470 reviews

    Haruman halia dan limau yg menyegarkan

    5 out of 5, reviewed on October 20, 2017

    Saya mmg menggunakan losyen mustajab pati halia limau nipis ni semenjak dari selepas pantang sehingga sekarang..Baunya sangat wangi,bau halia dan limau nipis yg x keterlaluan dan lembut..Tekstur losyen juga cepat menyerap pada permukaan kulit,tidak meninggalkan kesan lekit..sensasi dingim dan tidak terlalu panas bila disapu..sememangnya pilihan losyen berubat terbaik untuk pelbagai kegunaan..Harganya pun berpatutan untuk dibeli.

    5
  2. noorazri07
    194 reviews

    Losen Mustajab Limau dan halia

    4 out of 5, reviewed on October 18, 2017

    Losen mustajab ini kegunaan isteri saya semasa berpantang.Baunya harum dan isteri saya kata sedap dan menyegarkan.elok digunakan sebagai pemanas badan.Ia membantu megelakkan angin masuk ke dalam badan,

    4
  3. Nur Arina
    812 reviews

    Selesa dan sedap dipakai

    5 out of 5, reviewed on August 16, 2017

    Saya suka dengan losyen mustajab ini. Tidak terlalu panas dan selesa sangat. Saya akan sapukan pada setiap malam ketika berpantang tempoh hari. Memang terasa tubuh segar dan sihat.

    5
Get Reviews Widget

Leave a review

You may also like...

İstanbul escort mersin escort kocaeli escort sakarya escort antalya Escort adana Escort escort bayan escort mersin

elazığ Escort escort ankara escort bayan izmir escort adana escort antalya escort bursa konya escort bayan hatay escort bayan