Cornell Dry Iron

Product Details

Details:

  • Adjustable temperature control
  • Non-stick coating soleplate
  • Power : 1000W
  1. Avatar

    Sarah
    149 reviews

    Not a good quality product

    2 out of 5, reviewed on October 12, 2017

    Saya menggunakan Cornell Dry Iron ini hanya selama sebulan. Banyak kelemahan produk ini dan saya rasa agak terkejut kerana bagi saya, jenama Cornell ini adalah jenama yang diyakini. Saya yakin dengan jenama Cornell kerana sebelum ini pernah menggunakan Jug Kettle Cornell dan ia berfungsi dengan sangat baik walaupun harganya murah tetapi sangat kecewa dengan prestasi Dry Iron ini.

    Seperti gambar yang saya sertakan, permukaan seterika hitam kerana telah dua kali tudung saya terbakar semasa menggunakan seterika ini. Seterika ini amat cepat panas secara tiba-tiba tetapi beransur kurang habanya selepas beberapa saat. Tetapi apabila habanya beransur kurang, masalah lain pula terjadi kerana habanya jadi sangat lemah sehingga saya perlu iron baju saya berulang kali untuk hilangkan kedut. Walaupun saya sudah tetapkan kepada suhu yang paling panas, masih tidak dapat hilangkan kedut.

    Saya tidak pasti adakah kerana seterika ini terlalu ringan ataupun memang prestasi habanya yang tidak memuaskan.
    Harganya memang sangat murah tetapi bagi saya, tidak seharusnya produk ini terlalu banyak kekurangan kerana ia hanya akan memberi pandangan yang kurang baik terhadap jenama ini.

    Jadi saya sebagai pengguna berharap walaupun selepas ini Cornell mengeluarkan produk dengan harga yang murah, sekurang-kurangnya biarlah produk tersebut masih dapat berfungsi dengan baik.

    2
  2. Nur Arina
    812 reviews

    Senang untuk menggosok

    5 out of 5, reviewed on September 12, 2017

    Saya sukakannya kerana ianya sangat senang untuk mengosok pakaian. Memang sangat mudah dan menjimatkan masa

    5
  3. Avatar

    AieenDeen28
    900 reviews

    Tapak Iron Kecil

    3 out of 5, reviewed on September 9, 2017

    Harganya mmg murah tp kualiti x sesuai utk sy..iron terlalu ringan & tapak iron juga kecil..sy kena gosok bnyak kali utk hilangkan kedutan..sy lebih memilih untuk guna yg iron steam..

    3
Get Reviews Widget

Leave a review

You may also like...