Fakta: Finland memiliki salah satu sistem pendidikan terbaik di dunia, yang mementingkan kejayaan dan keseronokkan kanak-kanak! Berbeza dengan kita sebagai orang Asia yang sering menganggap belajar adalah cara terbaik untuk kanak-kanak menghabiskan waktu kecil mereka.Selain itu, bolehkah kita mendalami beberapa rahsia Finland dalam membantu pelajar kita di Malaysia mencapai kejayaan? Ya kita boleh lakukan, dan ini adalah caranya!

Sudah tidak asing lagi bagi ibu bapa di Asia untuk menerapkan anak-anak mereka supaya berusaha keras agar memperoleh nilai yang cemerlang dalam peperiksaan untuk berjaya dalam hidup. Selain itu, cara pendidikan di Finland yang terkenal dalam kalangan masyarakat ini pula, berbeza dengan cara pendidikan kita di Asia. Di mana ia lebih menekankan pembelajaran yang memberikan keseronokkan dan mementingkan aspek kemahiran kepada para pelajar, di samping mengimbangkan kepentingan dalam semua aspek! Sebaliknya mereka ini juga tidak memaksa pelajar untuk memperoleh gred ‘A’ dalam semua mata pelajaran di sekolah. Pendidikan di Finland sangat mengambil berat tentang kesejahteraan dan emosi serta menitikberatkan pembelajaran yang memberikan keseronokkan kepada pelajar, di samping masih mengekalkan kepentingan akademik tertentu untuk menjadikan para pelajar ini lebih bijak, minda yang lebih luas dan tidak mudah berasa tertekan. Ibu bapa pula tidak perlu lagi berasa bimbang untuk memilih cara terbaik untuk anak-anak, kerana mereka telah mendapatkan pendidikan yang sepatutnya mereka peroleh! Jadi, kanak-kanak boleh menikmati zaman kanak-kanak mereka yang berharga di samping dapat memperluaskan minda mereka melalui persekolahan berkualiti tinggi.

Sekiranya anda sedang memikirkan tentang pendidikan, cara pembelajaran di Asia dan Finland merupakan cara yang unik dan memiliki kelebihan yang tersendiri. Kedua-duanya dapat melahirkan insan yang mempunyai minda yang cerah dan futuristik. Oleh itu, bolehkah anda bayangkan apa yang akan berlaku sekiranya kedua-dua cara pendiddikan terbaik ini digabungkan? Memeperkenalkan, sekolah Hibrid Finland-Asia, Lil Unicorn, yang telah menggabungkan sistem pendidikan terbaik bagi memberikan pengalaman belajar bertaraf dunia untuk kanak-kanak.

Pada era globalisasi ini, sudah semestinya ibu bapa akan memastikan supaya anak-anak mereka mendapatkan pendidikan berkualiti bagi menjamin masa hadapan yang cerah. Ini bermakna pendidikan yang mereka peroleh haruslah terkini dan berfokuskan apa yang diperlukan pada masa yang akan datang. Bukankah lebih baik sekiranya kanak-kanak mendapat pendidikan seperti itu tanpa perlu mengorbankan zaman kanak-kanak mereka yang berharga. Walaupun ia adalah perintah yan tinggi, tetapi tidak melebihi jangkauan,terutama sekali sekolah seperti di Lil  Unicorn.

Sistem pengajaran dan pembelajaran Finland yang mewujudkan kejayaan menakjubkan ini diperkenalkan kepada rakyat Malaysia bagi memberi manfaat kepada golongan muda. Mereka akan dibimbing di sini untuk mencapai kecemerlangan akademik tanpa perlu mengorbankan keinginan untuk berseronok melakukan sesuatu semasa zaman kanak-kanak. Ibu bapa di Asia juga perlu percaya bahawa kurikulum yang ditawarkan di Lil Unicorn ini juga bersesuaian dengan pelaksanaan kurikulum di Asia. Perkara ini merupakan hasil cemerlang perkongsian sekolah dengan Dr Rinta Korpi, pengarang sistem Pendidikan Awal Kanak-Kanak di Finland.

Pendidikan yang lengkap dan menyeluruh – itulah cara kami ingin meletakkannya, tapi sebenarnya Lil Unicorn memiliki lebih daripada itu! Dengan adanya manfaat tambahan pembelajaran emosi sosial, dan pelajaran yang menjurus kepada keperluan pelbagai dimensi kanak-kanak,pelajar di Lil Unicorn muncul sebagai pelajar yang lebih baik dengan perbezaan yang ketara dalam kemahiran sosial mereka. Kesempurnaan holistik, tanpa tekanan kurikulum hibrid ini membolehkan kanak-kanak belajar pada magnitud yang lebih besar dan bersedia sepenuhnya untuk apa yang menunggu mereka pada masa hadapan. Mereka akan menjalinkan perhubungan lebih baik dengan masyarakat dan juga dengan dunia di persekitaran mereka.Akhirnya holistik, mempunyai kesempurnaan,dan kurikulum hibrid ini juga bebas daripada sebarang tekanan yang membolehkan kanak-kanak belajar pada magnitud yang lebih besar.

Lil Unicorn telah memenangi Anugerah Pilihan Pembaca BabyTalk dalam kategori Tadika Hibrid Asia-Finland.

Untuk maklumat lanjut, layari laman web dan halaman   Facebook mereka.