Membekalkan makanan untuk anak tersayang merupakan tanda kasih sayang ibu bapa yang ingin memastikan anak-anak mereka sentiasa mendapat makanan yang mencukupi ketika berada jauh dari rumah. Kualiti bekas makan yang dibawa oleh kanak-kanak merupakan  antara faktor terpenting semasa melakukan penyediaan makanan, kerana ia akan memberi perbezaan terhadap kesegaran dan keselamatan makanan yang dibekalkan.

Anugerah bagi Compartments Lunch Box For Child tahun ini telah dimenangi oleh Mumu, iaitu pengeluar bekas makanan yang berkualiti. Terdapat tiga pilihan model yang menjadikan makanan yang dibungkus lebih kemas serta dapat menggembirakan kanak-kanak yang membawanya.

Mumu Tiga ialah bekas makanan tengah hari yang direka menggunakan 3 bahagian, manakala Mumu M3 bekas makanan yang boleh diasingkan –  model ini juga boleh digunakan secara indvidu. Mumu Lima pula mempunyai lima bahagian atau ‘compartment’.

Jenama bekan makanan ini  mengikut saranan suku-suku separuh daripada Kementerian Kesihatan Bahagian Pemakanan, di mana makanan yang diambil haruslah dihitung kuantitinya agar sentiasa memperoleh pemakanan yang sihat.  Semua model yang direka memenuhi syarat seperti ruang buah-buahan dan sayur-sayuran (½ bahagian makan) , dikuti ¼ protein dan makanan karbohidrat.  Mumu Lima pula boleh menampung lebih banyak jenis makanan. Ketiga-tiga model mempunyai penutup kedap air dan setiap set dilengkapi dengan garfu yang boleh dimuatkan ke dalam bag penebat haba yang menarik. Produk-produk yang dikenali dnegan nama Mumu Lunch Boxes ini diperbuat daripada bahan tanpa BPA, dan boleh dimasukkan ke dalam peti sejuk.

Pinggan yang seimbang ialah pinggan yang sihat.
Makan secara sihat bukan bermaksud menghapuskan satu atau lebih kumpulan makanan sekaligus. Makan secara sihat wujud daripada kesedaran individu tentang  makanan mana yang seharusnya diambil lebih banyak, dan makanan mana yang harus dikurangkan pengambilannya. Jadi kunci untuk makanan sihat ialah kesederhanaan dalam memilih pemakanan.

Pada masa ini, Suku-suku-separuh merupakan jalan terbaik untuk mengamalkan amalan makanan seimbang. Sama ada makan di rumah mahupun makan di luar, kami menasihatkan supaya anda makan mengikut kumpulan makanan dengan kadar yang betul seperti yang telah ditunjukkan oleh Model Pinggan Sihat Malaysia.

Jom suku-suku-separuh,

  • Makanan yang diambil haruslah ½ bahagian daripada sayur-sayuran berwarna & buah-buahan segar (sekurang-kurangnya 3 hidangan sayur-sayuran dan 2 hidangan buah pada setiap hari, dengan warna yang berbeza).
  • Selain itu, mengambil ¼ bahagian protein yang berkualiti tinggi untuk membina otot dan badan yang kuat (ayam, makanan laut, kacang soya, tenusu).
  • Kita juga perlu mengambil ¼ bahagian makanan yang berkarbohidrat untuk membekalkan tenaga (bijirin, pasta, roti, jagung, kentang).
  • Minuman (air) juga amatlah penting bagi menjamin keseimbangan tubuh badan.

Bagaimana untuk berlatih

  • Individu perlu makan 3 makanan utama secara seimbang pada waktu biasa.
  • Anda juga perlu memenuhkan pinggan dengan mengamalkan konsep suku-suku-separuh.
  • Di samping itu, makan sekurang-kurangnya separuh bijirin ‘wholemeal’ daripada produk bijirin.
  • Seseorang mestilah mengambil lebih banyak kekacang daripada daging dan ayam.
  • Akhir sekali, makan sekurang-kurangnya 3 hidangan sayur-sayuran dan 2 hidangan buah setiap hari (dengan warna yang berbeza).

Rasa bimbang? Jangan risau, bekas makanan Mumu Lunch Boxes ada disini untuk memudahkan anda!

HELLO10

  • eksklusif untuk ahli berdaftar
  • berpeluang memenagi hadiah bekas makanan tengah hari
  • diskaun 10% di semua cawangan tanpa perbelanjaan minimum
  • pelan ansuran 3 bulan tanpa faedah
  • 15% mata ganjaran untuk ditebus bagi pembelian anda yang seterusnya

Baru-baru ini, Mumu telah muncul sebagai pemenang dalam tiga kategori dalam BabyTalk Readers ’Choice Awards 2021, iaitu Bekas Makanan Berpetak Untuk Kanak-Kanak, Peralatan Mainan Kayu Bayi dan Bekas Latih Tandas Kanak-Kanak.

Untuk maklumat lebih lanjut, lawati laman web Facebook and  Instagram hari ini!