Dari segi kapisiti kemampuan otak, otak kanan mempunyai 90% berbanding otak kiri 10 -12%. Fungsi utama otak kanan adalah mengawal bahagian tubuh kita terutamanya bahagian kiri badan seperti saraf sensori dan pergerakan tubuh serta kesedaran akan anggota tubuh. Selain itu, otak kanan juga berfungsi menjadikan kita kreatif, daya cipta, imaginasi, berpersonaliti, inovasi serta empati yang menjadi indikator seseorang yang hebat.

Otak kanan:

  • Mengawal
  • bahagian tubuh
  • Personaliti
  • Bentuk 3 dimensi
  • Muzik dan seni
  • Subjektif
  • Imaginasi
  • Intuisi
  • Kreativiti
  • Fantasi
  • Emosi

Apakah asas pembinaan penggunaan otak kanan di taska dan tadika?

Kita mempunyai cara berfikir yang berbeza, namun cara berfikir kita boleh dilatih. Begitu juga dengan kanak-kanak, kemahiran menggunakan otak kanan mereka perlu dilatih dalam pembelajaran formal dan kehidupan harian mereka. Antaranya melalui Kurikulum Pendidikan Awal Kanak-kanak sama ada di taska atau tadika.

Kurikulum:

Penekanan dalam kurikulum mesti berorientasikan individu, sesuai dengan prinsip pembelajaran kanak-kanak bahawa setiap individu mempunyai kebolehan yang berbeza.

Pendekatan:

Pendekatan bermain atau pembelajaran secara aktif. Aktiviti-aktiviti pembelajaran berkonsepkan memperkembang potensi individu. Perbanyakkan bentuk-bentuk aktiviti penerokaaan, bermain peranan, visual, penyoalan, perhitungan, analitis, keterampilan diri, seni, muzik, kreativiti, imaginasi, metafora dan analogi.

Penilaian:

Penilaian yang berbentuk formatif atau berterusan yang boleh mengukur perkembangan holistik kanak-kanak. Bagi penilaian yang tepat, pendidik harus mengembangkan bentuk-bentuk penilaian baru yang mengembangkan bakat dan keterampilan dengan menggunakan otak kanan.


Bagaimana melatih otak kanan kanak-kanak?
Asas penting melatih otak kanan adalah lebih mementingkan cara berfikir untuk bertindak dan mengambil risiko untuk mencuba.

1. Cara untuk mengaktifkan otak kanan dengan melatih anak-anak kita.
i.Left-handed handling (Buat sesuatu dengan menggunakan tangan kiri)
ii.Left-handed brushing (Gosok gigi dengan tangan kiri)
iii.Left-handed writing (Tulis nama dengan tangan kiri)
iv.Left-handed signing (Buat tanda tangan dengan tangan kiri)
Aktiviti-aktiviti ini membantu anak-anak anda memaksimumkan penggunaan otak mereka, berfikir secara terbalik dan bertentangan dengan kebiasaan mereka. Kita perlu melatih anak-anak sukakan perubahan dan berfikir di luar kotak. Binakan budaya usahawan dalam kehidupan mereka dengan berfikir secara dinamis serta berusaha untuk perubahan.

2. Cara melatih otak kanan dengan memupuk kreativiti kanak-kanak.
Kita boleh melatih anak-anak dengan melakukan aktiviti yang berasaskan kreativiti di sekolah atau di rumah. Antaranya, melatih kemahiran motor halus kanak-kanak seperti menulis, melukis, melakar dan merasa dengan sentuhan. Pada masa yang sama, latih mereka menggambarkan apa yang akan dilukis, membiasakan mereka dengan aktiviti yang baru melalui fotografi dan seterusnya meminta mereka menulisnya. Aktiviti-aktiviti ini mengasah otak kanan kanak-kanak berfikir idea baru yang mungkin mudah bagi anda tetapi hebat bagi kanak-kanak.

3. Cara melatih otak kanan dengan melakukan hobi atau perkara yang disukai anak.
Pastikan setiap kanak-kanak ada hobi seperti bermain permainan video, bersukan (bermain bola, hoki, golf, skate), aktiviti luar dan sebagainya. Hobi membantu individu bersabar, memberi tumpuan, kreatif dan tekun. Secara tidak sedar ketika mereka melakukan hobi, mereka tidak akan rasa bosan. Hobi sangat berpotensi melatih otak kanan kerana sangat berkaitan rapat dengan kreativiti.


4. Cara melatih otak kanan dengan aktiviti spontan atau kelakar.
Banyak program spontan dan kelakar dalam televisyen kita hari ini yang amat membantu anak-anak kita menggunakan otak kanan. Aktiviti-aktiviti ini perlu dilatih dan dibiasakan, tontonan aktiviti ini menjadikan kanak-kanak ceria. Mereka yang ceria mampu memikirkan idea-idea yang kreatif. Dapat kita lihat di sekitar kita orang-orang yang selalu ceria adalah orang yang suka berjenaka. Orang yang kuat otak kanannya selalu berfikir ke depan dan mencari idea-idea baru.

5. Cara melatih otak kanan dengan muzik.
Kanak-kanak secara semula jadinya sukakan muzik. Dengan melatih kanak-kanak mencintai muzik dapat membantu mereka untuk mengimaginasi. Lirik-lirik lagu yang indah, irama yang penuh dengan seni membantu menenangkan emosi. Orang yang kuat otak kanannya selalu berimaginasi dan mendapatkan idea melalui muzik.

6. Cara melatih otak kanan dengan al-Quran.
Ayat-ayat dalam al-Quran bermula dari kanan ke kiri adalah berlawanan dengan tulisan rumi. Membaca al-Quran dapat melatih penglihatan kita dari kanan ke kiri. Kedudukan tulisan ini akan merangsang pemikiran untuk berfikir dalam arah bertentangan daripada biasa sekali gus melatih kemampuan otak kanan. Kelancaran kanak-kanak membaca al-Quran dari kanan ke kiri akan membantu pemikiran mereka bertindak dengan cepat.