Tahukah anda?
- Rambut bayi adalah lebih halus dan lembut berbanding rambut orang dewasa, lalu menjadikan ia lebih mudah kusut dan putus.
- Mata bayi yang baru lahir adalah sangat sensitif kerana proses pertumbuhan mata mereka masih belum sempurna.
- Kulit bayi yang baru lahir adalah 10 kali lebih sensitif dan 2 kali lebih pantas kehilangan kelembapan berbanding orang dewasa.
Pembersihan dan masa mandian
Di Johnson’s®, kami percaya bahawa masa mandian merupakan masa yang amat bermakna buat anda dan bayi anda. Ia bukan setakat membersihkan bayi sahaja. Masa mandian memberi peluang kepada anda untuk mengukuhkan ikatan dengan bayi anda. Ia merupakan masa berkualiti yang mampu merangsang semua deria bayi anda serta memupuk keupayaannya untuk bercakap, berfikir, menyayangi dan membesar.
Penjagaan serta perhatian khas perlu diberikan kepada rambut, mata dan kulit bayi anda kerana ianya sangat halus dan sensitif. Dengan itu, ia adalah amat penting untuk memilih produk yang dirumus khas dan menggunakan bahan-bahan yang lembut untuk bayi anda.

Johnson’s® Top-To-Toe™ Baby Wash dilengkapi dengan formula No More Tears®. Rumusan ini dirintis oleh Johnson’s® dan mempunyai perlindungan tiga kali ganda terhadap kotoran, kemerahan dan kepedihan terhadap mata bayi anda. Ia bertindak lembut terhadap kulit kepala dan mata bayi anda seperti air tulen. Ini membantu menenangkan dan melegakan bayi anda ketika mandi, menjadikan masa mandian lebih gembira baginya.
Melembap dan mengurut
Kulit bayi adalah 30% lebih nipis berbanding orang dewasa. Penjagaan khas perlu diberikan kerana ianya sangat halus, terutama sekali sepanjang tempoh tiga tahun pertama. Kulit yang sihat dan terhidrat secukupnya membentuk lapisan perlindungan terhadap bakteria dan jangkitan.

Ikatan emosi bayi anda mula terbentuk daripada sentuhan fizikal, dan ia menjadi asas kepada perkembangan emosi dan intelek anak anda. Johnson’s® Baby Oil memudahkan anda untuk mencurahkan kasih sayang pada bayi anda, dan sentuhan anda membantu merangsang pertumbuhan derianya yang penting untuk pertumbuhan bayi anda yang ceria dan sihat.
Komitmen kami terhadap penjagaan bayi
Di Johnson’s®, kami berpegang teguh kepada piawaian yang tinggi, untuk memastikan setiap produk yang kami hasilkan adalah selamat, efektif dan berkualiti tinggi. Setiap bahan yang kami gunakan dalam produk kami dipilih dengan teliti dan memenuhi keperluan kualiti, ketulenan dan pematuhan terhadap piawaian yang tinggi.

Pada hari dan zaman ini, kami tidak berhenti memperbaharui dan mempertingkatkan lagi rumusan produk sedia ada untuk memastikan perlindungan bayi anda yang berterusan. Sebagai ibu, anda komited untuk memberikan penjagaan yang terbaik buat bayi anda. Begitu juga dengan kami.
Cubalah Johnson’s® Top-To-Toe™ Baby Wash dan Johnson’s® Baby Oil kami hari ini. Bayi anda berhak mendapatkan penjagaan yang lebih baik.
Johnson’s® Baby adalah pilihan #1 yang dipercayai oleh ibu-ibu di Malaysia, sejak turun-temurun kerana kami memahami yang terbaik untuk bayi. Dengan lebih 120 tahun penyelidikan yang dilalukan, kami menyokongi ibu-ibu dega produck penjagaan kulit bayi lembut dan diuji secara klinikal.











